Papan Cita-Cita 2011 saya. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Papan Cita-Cita 2011 saya.

Happy New Year everyone.

Saya sangat sangat serik to make new year's resolution again. It is always truly exciting in the beginning and slowly the plan goes everywhere few weeks later. Disebabkan itu I had promise to myself that such mechanism to push me forward is officially banned from my yearly habitual activities.I had the chance to read few years ago, a story a person who instead of listing things that she would want to achieve in that particular year she made this stunning moodboard like resolution.

Kepada sesiapa yang memang tak tahu kewujudan moodboard, ini definisinya. Moodboard adalah satu papan yang selalunya digunakan oleh designers, tak kiralah fashion designers, graphic designers, interior designers, siapa-siapa yang berkenaan untuk mempamerkan semua inspiration (jangan terkejut kalau ada designers letak kain percay koyak rabaklah, gambar payudaralah Jenna Jamesonlah, gambar kilanglah.), colors dan segalalah yang boleh membantu mereka untuk memberi inspirasi kepada masterpieces mereka. Kalau masih tak paham ini sila lihat ekshibit (1) serta (2) :

Ekshibit (1) : Segala haramjadah dipaparkan bagi memberi mood kepada si pemakai, silap si pengguna meja. Tanduk itu hanya sekadar hiasan.

Ekshibit (2) : Lagi messy lagi meriah, jangan segan letak segala haram jadah, takde pembetulan kalau salah. I love the B/W tone. Stunning.

Sekarang sudah faham? (Kalau tak faham, sila buat buat faham) Berbalik kepada cerita individual tu, dia mengunakan modus operandi moodboard untuk listkan segala inspirasi hidup dia, dan tada.., segala apa yang dia tampal tu menjadi realiti. Semestinya dengan bantuan segala usaha, moodboard anda tu bukan dipuja dengan blackmagic so harap maklum bahawasanya tiada anasir-anasir luar atau Harry Potter akan membantu anda mencapai cita-cita hidup anda selain diri anda sendiri. Saya speechless.

One anonymous once told me that,

"Visual stimulation is the fundamental reason of success."

Dek kata-kata manis dia, terus saya inspired. This is my 2011's Ambition Board atau dalam bahasa kebangsaan, Papan Cita-cita 2011. Ok geli.


Papan Cita-Cita Kebanggaan saya.


Awak bagaimana?

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done