Berjimba di kota Metropolitan Kuala Lumpur - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Berjimba di kota Metropolitan Kuala Lumpur

Memang dari awal-awal cuti semester lepas memang dah berjanji pada diri sendiri, berazam sampai mati bahawasanya apabila tibanya waktu duit PTPTN didepositkan akan saya pastikan sikap suka menabung akan dipraktiskan secara jitu bagi memastikan kesinambungan hidup berpanjangan. Ini bermodalkan idelogi mama saya yang sentiasa tanamkan dalam diri saya sentiasa suka menabung, sebab menabung sikit-sikit lama lama jadi buncit.

CEH, Janji manis menghiris pundi. Segala pelan hidup seratus tahun tergendala dek panggilan hangat diterima awal pagi, terdengar suara garau jantan  (marketing terbaik dari ladang OK, baik kau bayar processing fees) berkata dalam samar-samar,
"Weh.. By the way rizal, (sila pilih sebarang nama glamer disukai) tanya jadi atau tidak operasi berjimba dan menghabiskan duit kita di kota metropolitan Kuala Lumpur?"
Pendekkan cerita, perjalanan ke Kota Metropolitan memang berjalan lancar.  Duit keluar bergelen-gelen. Hidup terumbang ambing. Tapi sangat-sangat gembira sebab dapat beli seluar jeans dua helai dengan harga paling gabak murah dekat Forever 21 (OH YES! kini diri semakin muda dek aura selamanya dua puluh satu)
Rantai bintang tiga sumber inpirasi hidup. Sila abaikan perut boroi saya.
Bangunan berunsur origami. Gila batak tengok bangunan ni macam kera dapat plastik McD
Maaf kerana gambar blur. Kedai UNIQLO. Paling excited dalam sejarah peradaban melayu. Tak sabat-sabar nak try semua baju kaler rainbow, sekali dek size saya yang gabak baju cenonet mentyababkan hasil pemakaian gagal; saya nampak macam sarung nangka. Selain dari itu dari rumah berazam nak beli baju turtleneck kaler brown brown tahi hanjing.
Ini turtleneck warna biru, bayangkan warna coklat tahi anjing, excited bila jumpa, sekali bila tengok packaging baju ni macam packaging kerepek ubi. Terus cancel, baik beli di tesco.
Kasut highcut tengah menyebabkan ereksi yang melampau. Memang sanggup jual buah pinggang dan abang saya demi kasut ini tetapi disebabkan masalah saiz kaki saya yang luar biasa, kalau beli pun hanya muat masukkan ibu jari kaki je, terpaksa cancel beli.
Walaupun tak mampu beli barang di Zara, tak mampu borong semua barang-barang duniawi di Pavillion haruslah berbangga sebab dapat beli seluar jeans dua pasang dengan harga berani mati. Rasa seperti merompak Forever 21 sahaja. Tak sangka dapat merasai nikmat orang orang di Amerika memakai pakaian lelaki Selamanya 21 di Malaysia  Walaupun terpaksa ambil saiz bagak sebab tak muat saiz selalunya hati sentiasa bersinar-sinar bila buka plastik kuning Forever 21, rasanya bagaikan beranak keluar naga. Esok memang nak pergi frame plastik nak tunjuk dekat anak cucu bila kerepot.
 At the end of the day, semakin miskin. Terima kasih kota Kuala Lumpur!

Minta-mintalah esok bila pergi kelas ada accident lori angkut duit. Kalau tak ada accident esok memang confirm jual buah pinggang kira kati dekat Petaling street.

Hari ini dah penat, esok ada kelas, Nak belajar rajin-rajin cakap omputih tak nak jadi macam ni (sila fast foward ke minit 3:37)  :
 
"I think Paris is like the meng.. mounteng meng place for the high fashion, the hires so that you got more higher for most of the ases mos fres"
Kau menang! Ming Xi






Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done