Bertudung tetapi sexy - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Bertudung tetapi sexy

Ini memang dah luar bidang kuasa saya sebagai manusia. Bila pagi-pagi macam ni, lepas melayan telatah anak buah dan minum nescafe sambil fokus memerhatikan gerak geri anak buah yang sedang menyuapkan kucing dengan roti paratha wholemeal (diet), comel dia rasa macam nak pelempang, dia ingatkan suapkan swan apa? OK terus hati tergerak nak lompat-lompat blog nak tengok apa kejadah yang baru diperkatakan oleh semua manusia dekat dunia siber ni, kebanyakkan memang bosan gilalah, especially yang sibuk komen pasal politik, undang-undang, eew jijik, bosan betullah cerita fasal politik penuh dengan kebencian dan kejahatan, lagi sanggup tunggu cat dinding kering dari cerita fasal politik.

Lepas empat belas minit lompat-lompat terbaca kempen yang di start oleh Sue Anna Joe,

Terpaksa gelak. Teringat dan terbayang segala imej yang berjaya dikumpulkan dari azali imej wanita bertudung. Pernah waktu muda tanya dekat ustazah,

 "Utaza (zaman tu kalau panggil utaza tu kira comellah), kenapa kena tutup aurat? kalau kita kena cover semua badan kita kenapa tuhan ciptakan semua anggota ni?  kenapa tak ciptakan muka dengan tapak tangan je (dengan nada annoying tetapi comel)"

Waktu ni memang redhalah, terima je kalau kena pelempang ke, kena lempang lepas tu kena pijak ustazah. tak  pun kena laknat sikit-sikit ke,  kalau kena bakar guna unggun api dengan ustazah pun agak dashyat, or paling sikit pun maybe kena berdiri atas meja. Tapi sebab ustazah penuh keimanan, berlandaskan prinsip gadis melayu terakhir, terus jawab dengan penuh kesopanan.

"rizal, sebab tuhan sayang dengan kitalah, dia suruh kita tutup aurat. Betul tak, kalau kita kita pakai seksi-seksi orang raba sana sini sapa yang susah? (sampai bahagian ni, memang dah blur, sebab fokus makan mamee) . Harus difahamkan  bagi semua, terutamanya wanita, tudung itu bukanlah satu aksesori atau statemen fesyen, ia adalah tanggung jawab kita sebagai manusia. Bila kita bertudung hanya kerana fesyen hilanglah intipati sebenar kita bertudung kerana mahu menutup aurat"

90% memang tak fahamlah, sebab zaman kecil-kecik fesyen adalah pergi The Store dengan mak beli baju Kiki Lala, kasut kena siap ada apa kebenda tu manik-manik dalam air. Pastu baju kena tuck in sampai mati. So memang masuk telinga kanan terus straight takde traffic light keluar telinga kiri. Tapi bila dah besar-besar baru faham sebenarnya konsep tutup aurat ni.

Tapi bila akhir-akhir ni tengok wah! dah pelbagai jenis tudung wujud, bak kata pepatah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tudung Yunalah, tudung Haka watani, siapa tah nama gadis bertudung campuran tu. Ceh bunyi macam beregu campuran. Mula-mula tu agak seronok tengok ada revolusi pemakaian busana muslimah dekat Malaysia., tapi bila makin lama makin extreme tengok orang pakai tudung rasa menyampah pula. Ada yang pakai tudung see-through nampak rambut, lepas tu bila tanya kenapa pakai tudung? style purposes Lady Gaga pakai macam ni. Kepala jimbit kau.  Suka-suki je kau bagi justification gitu.

Ada sesetengah tu, bahagian tudung tu memang ayulah, terlampau cantik, semua dah bertutup, kira bak kata orang  tua-tua "Ferfeklah", sekali scroll kebawah, Mak I, baju kau saiz adik umur dua tahun, terkeluar segala lemak gemalai disebalik baju tu, kira kalau duduk belakang dia tu bolehlah bosan-bosan kira berapa lapisan lemak ada disetiap sudut. Lepas tu baju mak ai, pendeknya, bila duduk ternampak spender lurah-lurih dipersada seni. OK, by now kalau people want to judge me, a perv, be my guess? I am just stating the truth. Berbalik kepada sesi kaunseling, memang sangat tak faham. Ada kadangkala wanita bertudung, memakai baju see through, lacey-lacey menampakkan separa payudaranya diudara bagi tontonan umum, dek cermin mata baruku, bagaikan menonton Astro Beyond. dekat TV 42 inci.

Monte Carlo Islamic Fashion Week

Ini sekadar pendapat saya, kalau hendak bertudung, bertudunglah dengan sebenar, tidak perlulah peralatkan konsep bertudung menutup aurat hanya kerana kehendak fesyen. Saya malu bila, rakan-rakan bukan Islam bertanya,

"Rizal kenapa perempuan tu pakai tudung tetapi pakai mini skirt?, bukankah Al-Quran katakan aurat adalah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan muka?'

saya terkesima, bukan kerana fesyen sensenya tetapi kerana rakan bukan islam lebih memahami konsep aurat berbanding rakan-rakan seislamku.

Kalau tidak bersedia bertudung, tak perlu mencalarkan identiti wanita bertudung hanya kerana kehendak fesyen anda.

Menutup aurat bukanlah satu statemen fesyen tetapi statemen kebebasan individu.



Saya Rizal Yaakub sokong akan kempen Sue Anna Joe, 190%.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done