Cupcake, DSLR dan Broga. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Cupcake, DSLR dan Broga.

Sebelum cuti punyalah berkobar-kobar, berazam unggul, konon-konon mula saja cuti terus buka buku, susun nota-nota yang sekadar imiginasi wujud lepas tu baca buku yang fotostat mahal-mahal sampai juling. Oh my, tapi bila start hari cuti, hujan pulak renyai-renyai, mengamit sanubari memang bye byelah buku nota-nota ni. Eew, apa kelas baca buku. Nak stalk segala haram facebook page orang, lepas tu bayar nazar nak tengok video-video segala makhluk dekat youtube and gambar-gambar dekat blog sampai mati.

Bila semalam, ke kelmarin, bebilalah asal korang suka, semasa bercengkarama bersama rakan-rakan sepeleseran ternampak apa kebenda budak-budak bawak basikal pixie kejadah nama dia. Rasa gedik mai ai, kayuh basikal takpe sekali satu set dengan baju ala-ala indie gitu. Rasa cam nak sondol je dengan kereta kecikku berbunyi. Dahlah bawak basikal merata, jalan semua arah, mentang-mentanglah harga basikal kau sama dengan 7 bulan bayaran kereta aku, bolehlah kau ragut kemaluan aku dijalan raya? kau memang jalang. Bila rasa marah macam ni, terus rasa nak senaraikan  perkara-perkara atau elemen-elemen hidup yang sangat dibenci.

Elemen satu : Kek cawan
I geli nyah, kaler warna warni aidilfitri ni. I tak suka barat-barat ni I makan agar-agar sirap je

Sangat-sangat tak faham dengan budaya kek cawan ni.Orang kata kek cawan ni sedap, tak faham sedapnya dekat bahagian mana, krim butternyakah? kertas pembalutnya kah? Bila pergi dekat kedai Bakeri Manisnya kat simpang tiga tu, mama suruh pilih nak kek mana, mulalah berdolak dalih,

"Mama, I tak sukalah frosting macam ni, tak sedap, too sweet, I nak cupcake sebab frosting dia sedap, lagi pun cute, tak nak macam ni, tak ikut trend, jijik I mami, (gadis lalu menjingkitkan kaki terkinja-kinja tanda geli)"

Mama senyum, lantas menjawab "Hoi yah, baik kau pilih je kek kat sini hah, Kek span ni pun ada ni, nak cupcake cupcake, apa yang frostingnya lain, balik nanti aku buatkan kau semangkuk, kau muntah kedarah sampai mati, ish, gedik. Nak ke tak nak? kalau banyak songeh, aku belikan je kau Bahulu kat Tesco Shah Alam tu, yang bentuk ikan emas tu, cute jugakkan, takyah frosting mak buatkan air milo, ko cicah, senang,"

Gadis akur.

Elemen dua : DSLR
Bapa segala kegedikkan, terdengar perbualan tiga rakan berkongsi idea untuk membelikan hadiah kepada kawan serumah sempena hari lahir, katanya rakan serumah telah ada segala aksesori didunia kini perlukan segabak DSLR. Kenapa manusia kini terlalu obses akan gadget ini, yang paling penting bila jalan-jalan dekat kotaraya gantung DSLR  di leher, tak penat ke mengheret DSLR tu merata-rata? Paling annoying ambil gambar diri sendiri dalam changing room pakai DSLR, kau ingat ni fotoshot majalah? gedik sial. Lepas tu lahir satu generasi yang terus, dan lantas selepas pembelian DSLR mengelarkan diri mereka photographers, mak ai Market tinggi bang? dah lah mengangkat martabat diri sendiri lepas tu terus kata dia fashion photographer, walhal setakat ambil gambar kawan pakai baju beli dekat Berjaya Times Square berlandskapkan Broga atau Tasik Shah Alam. Najislah kau!. Sebelum nak angkat martabar diri sendiri setinggi gunung, belajarlah satu dua ilmu fotografi, kenalkan diri dengan sedikit sebanyak photographer teragung dunia.
Richard Avedon
Helmut Newton

Patrick Demarchelier


Tak tau dok diam. Jangan indie kan fotografi.


Elemen tiga : Broga
Broga, bukit indie ku.

Jangan gelarkan diri anda pendaki lasak walhal anda hanya mendaki bukit broga. Kenapa orang dok excited nak ambil gambar kat sana, bila ambil gambar dekat sana berlandskapkan lapan juta pemegang DSLR yang lain. Tolonglah jangan katakan dengan saya idea anda untuk mendaki Broga, saya jijik.


OK, bye.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done