Gaya styling kau macam longkang. Noktah. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Gaya styling kau macam longkang. Noktah.

Semalam bila balik dari ekspedisi menjejak budaya indie di kota metropolitan Kuala Lumpur, selepas penat berjimba dalam renyai-renyai hujan dan  selepas lunyai dek aktiviti menyerbu semua kedai-kedai serta butik-butik pakaian disegala pelosok dunia, memang dapat inspirasi hidup, rasa macam dapat nur dari langit.

Sebab memang hidup sangat disgustingly suck, setiap hari kerja duk jeling orang sambil scrutinized orang kiri kanan, bajet macam fashion policelah walhal memang disaster kadang-kadang. Seronok tengok macam mana styling defines people. I feel that is the most legit and magical justification why fashion with or without one's knowledge shapes his personality. Saya tak ikut trend, lantaklah lady gaga nak pakai baju daging ke, spender besi ke, mermaid atas kepala ke, george micheal jadi subang ke? nak pakai baju kelawar warna neon merah jambu dengan  kasut 17 inci Alexander McQueeen ke?  lantak dialah. Asal mak cik tu happy. Sebab that defines lady gaga.

Tapi secara jujurnya kalau jumpa spesis-spesis manusia unik macam tu dijalanan memang dah berhentikan dia cakap
"STOP! FREAK!" , 
lempang laju-laju empat belas kali lepas tu pulas nipple dia suruh dia whistle. Ada berani?

mendefinisikan diri anda tak payahlah sampai nak kena bangun pukul tiga pagi, nak kena set rambut tinggi-tinggi, lepas tu pergi shopping complex dengan lampu simbah warna oren, gelap kemain tapi pakai sunglasses Paris Hilton besar rumah. Dah lah cermin mata besar dunia , tengah-tengah hari buta pakai leather jacket butang sampai mati, Pergh! mesti you berbau kuda kan?  Tu memang penyebab aktiviti pembunuhan tidak sengaja berleluasalah, terpaksa tolak dia jatuh tingkat 3 shopping complex.

Style must be effortless. Macam campak tudung sarung terus kepala, zass.. senang
Muka blur dan muncungkan bibir kasi plum aksesori 2011.


Dalam beberapa bulan ni memang suka sangat tengok chic and effortless style. Dandan ala ala bangun pagi, gosok gigi, tak mandi lepas tu pakai kain tutup mata terus capai apa-apa baju dan sarung diri.

WOW!

Terima kasih kepada Abang yang saya sayangi (Ya masih single dan available), dia memang suka perkenalkan saya dekat kumpulan-kumpulan penyanyi baru dan seniman-seniman lama lama serta kerepot. Bertepatanlah dengan persona mereka yang memukau dan mengikut spesifikasi chic and effortless style oleh itu haruslah dok meleleh tengok style mereka. Paling suka sekali,

The Smith
Homaigod, rasa cam nak buat aksi akrobatik sambil main batu seremban. Effortless gila style diorang, macam curi baju jiran tetangga terus gayakan.



Jonathan Richman
Baju belang ala ala kelasi dengan seluar hitam dan kasut espadrilles, harus muka sememeh. Dulu waktu saya pakai, semua hinakan saya, cakap "eh baju belang jijik dan najis" pastu "Kasut kungfu apa style?, ko tampak busuk sial? Oh sekarang Cotton On dah jual. Topman dah jual tak jijik  dan najis berat pula? Eh kau ni hipokrit sial! pergi lompat dari KLCC!

James Dean
Ini speechless. Hati kering sial. James Dean memang pujaan hati, kalau dia hidup lagi memang confirm kalau ada jemputan kahwin, kenduri, hari lahir dia datang. *malu* Kalau JD pakai kain pelekat pun memang confirm gorgeous tak payah disangkal. Dia pakai kain pelekat esok lusa terus beli empat belas helai, pakai pergi Pavillion. Kau apa kisah?

Inspirasi hidup moden diorang ni, ada sesetengah individu especially lelaki sangat-sangat skeptical bila nak pakai macam diorang ni. Saya tak faham kenapa orang suka labelkan manusia-manusia yang mengambil berat tentang keperibadian fizikal seseorang ni dengan pelbagai nama, metrosexual lah, femininlah, segala haramjadah nama lah. Marah sangat-sangat. Kau ingat kau pakai baju jersey dua puluh empat jam, pakai kasut sports, pakai selipar jepun lepas tu borak pasal bola sepak liga ingeris tu, korang jantan sejatilah. Confirm? No comment. Hak individu.

OK. Tak marah, sayang sangat para pembaca. Berbalik kisah inspirasi pergi Kuala Lumpur semalam jalan-jalan dekat bukit bintang nampak ramai interesting individuals. Banyak revolusi dalam masyarakat sekarang, I am glad to see men nowadays are more concern with their look. Memang niat hati nak ambil gambar, tapi itu privacy diorang, tak mahulah invade privacy diorang, suka hati snap gambar diorang korek hidung, garu bontot pastu letak kat blog.

So terpaksa scout for similar look dari internet. Ini segala inspirasi hidup sanubari diri.
Oh Mai, very clean look,  cermin mata budak pandai digayakan dengan busana biru butang habis, tampak sangat serious dan berwibawa namun aksesori tali pinggang very industrial menambahkan tahap sifat adventurous. I am impressed.
Walaupun kening dia agak menjijikan namun padanan jacket nipis kaler kelabu dengan simple tops dan diaksesorikan dengan sedikit gelang-gelang kaler brown very earthy, sangat simple tetapi chic. this is effortless style. Cermin mata tu harus dicuri.  kalau jumpa dia, tegur cakap "Hai" zas cermin mata lari kesemua arah. Oh mai.
Stunner, saya mahu sebijik badan macam dia ni, sanggup donate lemak jadi sabun lepas tu buang tulang rusuk empat bagi makan buaya. Oversized T dengan simple navy jacket diaksesorikan dengan rantai hitam berpendant cincin saiz gabak. Very minimalistic tapi menyemburkan aura powerful diserata alam.
Tidak ini bukan aksi lucah atau aktiviti menjual pungkoq. Berbaju plaid, berseluar jeans slim cut dan diaksesorikan dengan tali pingang dua layer. Selalunya di Malaysia takkan jumpa tali pinggang macam ni, kalau pergi Berjaya Times Square sila tawaf satu bangunan cari tali pinggang perempuan yang panjang nak mati, ADA, semalam jumpa dengan harga RM10. Tak beli sebab nak save the earth tak nak contribute to global warming dengan tambah penggunaan plastik kedai. CEH! Padahal dah pokai.

Effortless. Rambut tu memang idaman dunia. Sekarang sila capai gel rambut buat cam gini. Oh mai.
Nak terberak tengok style dia. Oh god so chic. Pakai blazer jacket with simple shirt under. Couldn't be any more perfect. Anyone can pull off this look. Sekali tengok M Daud Kilau with this look. Bye.
Oh god, lepas sembilan belas jam berjalan macam zombie tengok style orang, terus terinspired, terus pergi bergerak ke semua arah, cari similar look.

Buka walet, selak-selak, sekali tengok tinggal sepuluh ringgit je

Cancel. Hidup terus merana.

Kenzo
www.kenzo.com
GQ
www.gq.com

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done