kemaluan rizal - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

kemaluan rizal

Selamat hari sabtu kawan-kawan.

Semalam hari jumaat. Hari najis saya. Bangun punyalah awal pagi. Memang sejak azali, sejak masih lagi seekor zigot dah set jam nak bangun pukul 9 pagi, sebab nak menghadiri kelas undang-undang pengangkutan. Sebelum tidur sempat stalk beberapa belog belog kegemaran. Masyallah! terjumpa gambar,
Ini nama dia, Kris Van Assche, dia adalah pereka busana koleksi lelaki bagi jenama Dior Homme, punyalah kacak bergaya pakai baju putih terus godek-godek clothes rack cari baju putih. Hah kau gorgeous siak aku! (Vain mak ai! speechless).

Sambil stalk website terjumpa video ni,
 
Najis berat sial video zaman 1980an, montaj amatur gila babs, dengan lagu yang meruntun jiwa no wonder telenovela Opah sebaris dengan Desperate Housewives dan Gossip Girl

Back to bussiness, 9.50 am dah sampai UiTM, sekali tengok Bas UiTM tiada dekat padang kawad, tengok dekat tempat tunggu bas dah macam konsert sure heboh, penuh gila umat Malaya. Dengan baju putih, berseluar jeans berkasut boatshoes terpaksalah menapak sejuta kilometer naik turun gunung everest nak sampai fakulti undang-undang tercinta. Tahap perpeluhan memang tak boleh nak komenlah, nasib baik pakai baju didalam, YA.  bukan baju dalam, baju didalam kalau tak memang alamat ada art exhibition barulah kat UiTM bertajuk Puting rizal at large!
type "Showcase my nipple" click I feel lucky terus keluar ni.  OK. Geli.
Sampai depan kelas, dengan semangat kesukanan terus tunggu tercangak macam tiang eletrik depan kelas, suddenly dapat msg "Kelas dekat  mitrans, tak tau kau mana, bye!" .  Confirm memang takkan  jumpa tempat ni, lepas dah tawaf semua bangunan tak jumpa Mitrans pergi library jadi emo. Cari buku best-best, bila jumpa buka buku best, gambar cantik-cantik semua koyak. Babi sial. Emo semakin kronik. Terus bergegas ke stesen bus, nampak bas banyak sangat ada lapan juta bas, sambil dengar MP3 player, lagu emo emo gila babi, mencanak masuk bas nombor satu. Semua pandang, memang banggalah time tu, Bisik hati kecil dalam badan gabak ni,
"Masih ada lagi yang sayang"
Serious hidung dah kembang kempis kegembiraan. Ego semakin memuncak apabila salah seorang wanita manis bertudung datang menghampiri. Dalam hati kecil comel saya ni memang dah berbisik-bisik, ni mesti nak ambil autograf ke?, nak ambil gambar ke? Nak belanja makan dekat Pak Li ke? OK CONFIRM PAPARAZZI! kata hati. Sekali terdengar bunyian indah.  Ayu sangat suara dia bertanya
"Hi, awak nak pergi mana ya?" 
Lemah gemalai suara dia, kalau dia pakai tudung terdedah sememeh nampak aurat memang confirm dia siti nurhaliza. Dengan machonya, saya jawab "Padang kawad. Bas ini menuju padang kawad. (dengan nada autoritatf dan kekar, tatabahasa sila betul sebab mak kata first impression sangat penting, nak nampak pandai gila babs.)

Dia senyum. Comel sangat. Hati berdebar-debar menantikan jawapan dia. Setiap saat berlalu sangat perlahan, saya rasakan bagai dunia berhenti seketika menyaksikan detik kegemilangan saya.  Balas gadis manis bertudung,

"Awak. Awak salah bas, bas ni pergi ke Pangkor, Ni bas lawatan."
BYE! OK. MALU. RASA NAK LOMPAT KELUAR TINGKAP MENYOROK BELAKANG PUBLIC PHONE.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done