Koleksi Dolce & Gabbana Musim Luruh&Salji 2011/2012 - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Koleksi Dolce & Gabbana Musim Luruh&Salji 2011/2012

Kadang-kadang rasa sangat pelik apabila kita dijemput berbincang berdiskusi lepas tu bila kita dok bersemangat menyumbangkan idealogi kita, lepas tu terus kena zas, kena tentang habis-habisan, kenapa tidak diplaster sahaja mulut kita? Rasanya salah caranya itu nak ambil hati generasi muda. OK, I don't think I should be blabbing about this. NEXT!

OK. Setiap hari sebab kawan ada dua lima kerat, lepas tu memang life miserable, tak ada masa nak bersosial, balik kelas terus buka laptop and glued dekat pelbagai web sesawang. Konon-kononnya nak menimba ilmu pengetahuan sebab para pensyarah cakap sebagai pelajar jurusan undang-undang kena banyak membaca dan mengetahui pelbagai kejadian disekeliling. Lepas fikir lama-lama sambil garu peha, terus decide nak menimba ilmu pegetahuan fesyen. OK memang confirm kalau lecturer baca diorang sumpah seranah, lepas tu cirit ciritkan saya, silap, carut-carutkan.

Pagi ni dapat notis bahawanya pertunjukkan Dolce Gabbana koleksi lelaki tahun 2011 dan 2012 untuk musim Luruh dan Salji dah upload. OK Geli. Fall/Winter Collection.
Advertorial zaman batu tapi unsur-unsur gambar segerombolan satu lori model masih lagi digunapakai hingga kini.
Dalam hati memang dah macam tawar hati, sebab selalunya dah bermusim-musin Dolce Gabbana selalu propa lebih, nak buat fashion show extragavanza gila babs, sampai kau tak nampak pon apa model pakai, dok semua menjuling pandang pentas, lepas tu pandang koyak rabak baju dia, lepas tu pandang facebook sebab propa terlalu hebat. Domenico Dolce dan Stefano Gabbana rasanya terlalu taksub hendak memudakan diri diorang sampai sibuk jeling fashion show Dsquared. Dean and Dean Caten tu spesis lain, so tak perlulah Dolce dan Gabbana nak jeles-jeles. Rasa nak bawak dua pereka fasyen ni jumpa Dr Rozmey bagi tazkirah.

OK bila pertama kali menonton  sneak peak, memang dah redha, dalam hati macam dah berkata-kata "Confirm, memang  show paling extravaganzalah ni, mesti model turun dari langit" sekali sangkaan meleset, buat pertama kali sangat enjoy menonton. Minimal sangat, the stage design is very simple yet alluring, terus nak berdiri dan berjalan kucing satu rumah. Casting director untuk pertunjukkan kali ni sangat brilliant, menggunakan model baru yang didewa dewikan semua makhluk pada masa kini dengan model-model yang memang dah berjaya dalam industri, contohnye sebegini,
Model bertanda 01, ada Fracisco Lachowski, berumur muda, bukan lelaki typical D&G tetapi masih digunakan. Model 02 Simon Nessman, sangat fofular, muka dia ada dekat mana-mana je, belum buat album je, kalau buat album babai justin bieber, ko bla, nyah dari muka bumi. Model 03 pula adalah Nicolas Ripoll, model yang sngat edgy, muka wajib Dior Homme kali ini menyibuk dalam Dolce & Gabanna. Model 04, pula Gandy. Kalau korang tak tau nama dia apa, ok korang konpem dan harus  lompat bangunan, ada sijil, sangat feymes, belum ganti Jalalluddin Hassan untuk iklan Beras Cap Rambutan je, tapi memang famous. Last skali model bertanda 05, nama dia Lars Burmeister, kalau pergi Pavillion nampak muka dia serata alam, dekat kedai Hugo Boss sebab dia muka wajib Boss, kalau takde dia memang tak sahlah, kalau kata orang malaysia tak Ngam.

Untuk Pakaian pula, kali ini sangat inspiring dan wearable, takdelah kalau pakai jalan-jalan orang panggil kau gila lepas tu orang datang kesian tengok muka kau compang camping busuk gila, terus bagi duit, lepas tu cakap 'Abang beli makanan ya!" sambil buat isyarat tangan ingatkan kau gila, pekak dan bengong.  Koleksi kali ini tu very clean and simple. Tengoklah sendiri!


Simple silhouette yet very chic, kalau cutting macam ni rasanya lelaki-lelaki pelbagai size pun boleh pakai dengan penuh keyakinan. Accessorize dengan cermin mata skema akan menambahkan tahap kesophistikated para lelaki. Seluar tidak perlulah seketat alam sampai terbonjol segala aset negara, very comfy and airy, to accentuate your shape dengan baju mengikut size ada, ketat tetapi tidak telalu ketat agar tidak kelihatan seperti nangka busuk. 
Suka macamana diorang (the designers) mixed the classic style with the modern architectural styling, ok kalau korang rasa rasa tengah mencarut, Oh TIDAK, dalam bahasa yang lebih mudah, Dolce & Gabbana selalunya more into classic style, contohnya penggunaan suspenders and glasses lepas tu cutting tak ketat sangat, tapi untuk kali ni diorang dah expand their horizon dengan gunakan jenis dan corak kain berbeza lepas tu warna diorang guna, merah, kelabu putih very now, very loud tetapi chic. Rasa macam nak terejakulasi tengok jacket pertama memang sangat nostalgic, teringat James Dean zaman dolo-dolo dengan jacket kulit merah, and i believe this is the new take of his style.
Abang Dean dengan Jacket Merah menggamit sanubari. Bai.


Sekarang dah tengok, dan terpancut apa lagi pergilah beli kawan-kawan, saya tak mampu, mampu tengok dari kaca laptop je. Kalau dah kaya esok lusa insyallah beli bergelen-gelen siap buat langsir baju-baju ni.

Kalau ada salah nahu atau ejaan, harap ignore jelah, sebab lembap tatabahasa lagipun SPM Bahasa Melayu dapat B3 ja oleh itu memang confirm lembap.


Dolce & Gabanna
www.dolcegabbana.com

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done