Natijah menderhaka. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Natijah menderhaka.

OK, hari ni dapat pengajaran hidup. Kalau ponteng kelas tak perlu buat adventure roadtrip dekat UiTM. Hari ini lepas kelas pertama, memang berkobar-kobar nak ponteng kelas, sebab kelas tu memang kering, pernah baca dekat artikel dia kata kalau boleh elakkan melakukan dosa, sebab masuk kelas hanya menambahkan dosa dek mulut terkumat kamit menyumpah seranah dalam pelbagai bahasa tentang keadaan hidup serta kobosanan abadi oleh itu memang ponteng sebagai jalan utama untuk mengelakkan dosa.

Dengan ada segerombolan kawan-kawan sehidup semati memang happy sangat-sangat, rasa macam buat roadtrip nak ponteng, lepas tu plan nak makan dekat luar, naik kereta comel, masalahnya kena lalu depan  bangunan yang menempatkan kelas bosan nak mati, sebab tu kena cari jalan kedua, AMBIK KAU SEJEBIK, lalu sawah padi weh, celup kaki dalam lumpur, rasa macam masuk PLKN dengan SURVIVOR serentak, mulalah dengar jeritan jeritan halus memanggil ibu dan ayah rasanya dah full dibaca ayat kursi takut tersembam masuk parit tak pun selut.

Macam game show pintar pintas ada gak, kena mencari cara melintas dengan jayanya.

Orang kata bila dah nak mati, mulalah terbayang segala perjalanan hidup dalam split second, tapi tadi dalam otak memang terbayang muka lecturer yang menjadi mangsa ponteng kami gelak mengilai sambil nyanyi lagu Nini Cokelat Celup.

Ok rasa nak penampar. Tapi..


Demi mu ku akur. Sanggup I~!!

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done