Nerd, Najis & Juling - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Nerd, Najis & Juling

Hi blog dan rakan taulan yang dirindui!

Udah lama kita enggak ketemui! minggu ni terlalu sibuk dengan perkara-perkara duniawi, satu minggu yang penuh keseksaan, rasa macam pekerja kilang panasonic. Sangat-sangat penat, dahlah belajar apa kebenda satu haramjadah pun tak tau. OK sekarang sila stress sampai mati sebab para pensyarah bagi kata putus cinta lepas cuti ada test dan segala-gala presentation. Oh mai.

Kawan-kawan,
Sangat kelakar sebab walaupun mempunyai sepasang mata, tapi sejak berzaman memang buta, sebab rabun kemain tapi takut nak pakai cermin mata, sebab orang kata nampak nerd, pastu geli.
Eee.. dahlah nerdy najis, lepas tu gigi sebesar rumah pangsa, eh kau nyahlah dari planet bumi bisik hati kecil.
Lagi pun pernah ada cermin mata tapi kerabunan bertambah terpaksa buat baru tapi dek ketakutan yang doktor cakap "Eh mamat! kau juling bai!" terus cancel. Disebabkan memang susah driving terpaksalah bergadai nyawa buat cermin mata, and lepas 3 hari siap, terus ambil, pakai.

WOW!

Permandangan kini tampak tajam, dah tak blur blur bagai, terpaksa main teka-teki siapa yang menyahut panggil nama kita. Minggu lepas, lepak dekat library bahagian law, lepas tu jalan-jalan cari buku creative, (konon-konon nak nampak macam sangat kreative sebab orang kata nerd itu najis), ternampak satu lembaga melambai-lambai. Hati berdebar-debar. Teringat pesan orang dan kata-kata masyarakat bangunan tu keras, bukan keras sebab bangunan tu buat dari konkrit ek, tapi adanya entiti entiti haram yang berkeliaran bila waktu-waktu happy hours. Tahlah betul ke tak, maybelah diorang nak market. Bila dah orang lambai kita pun senyumlah, lepas tu dia lambai lagi, kita dengan mata tak nampak ni, melangkah kehadapan menghampiri entiti ini, Dalam hati memang dah bacalah segala doa, masuk tandas, doa makan, doa kesejahteraan ibu bapa, semua doa.

Sekali..

Lecturer bai! Ish.. Korang memang najiskan, buat darah gemuruh je, nasib baik tak boleh beranak kalau tak memang konfirm terberanak kat situ jugak. Suka buat orang takut je dengan gossip-gossip tidak benar.

Berbalik fasal cermin mata ni, selepas dah guna cermin mata dulu dulu rasanya dah agak fasih dengan style cermin mata ni, lepas tu selalulah buat goggle search pasal cermin mata, konon-konon nak jadi macam editor magazine, tau je apa nak feature kat muka orang ngan muka sendiri. Mama kita selalu cakap, kalau mata rosak terus je pergi jumpa pakar mata, buat cermin mata sebab mata yang rosak akan mengakibatkan mata juling kelak. Bila bertanya tentang fungsi karot untuk baik pulih mata, mama lantas menjawab

"Kepala kau, zaman atuk-atuk dulu takdenye blender blender ni, ko ingat zaman dulu tu ada masa kau punya atuk nak menoreh getahnya lepas tu nak minum jus karot. Kau ingat ni apa? sesi kecantikan bersama atuk kau? kalau dah buta buat cermin mata. NOKTAH."

Akur, terus pergi buat cermin mata, memang dah lama nak buat cermin mata gedik-gedik yang nerdy tu, sebab style tu tak lapuk, Ok siap buat  moodboard nak tunjuk lapan juta style cermin mata agar tampak  bijak memilih.


Yang nombor (1) tu jelas geli, waktu awal-awal beli zaman muda-muda ingatkan cantik kot? Nombor (2) tu memang crime gila, ko ingat warna gonjeng putih, transparent tu boleh buat muka kau berkilau, kalau saya tak perlu sebab mata juling, nanti orang dok fokus kat mata, anak mata goes everywhere. Nombor (3) memang bye, jijik I, warna kemain, pink, kuning,  hitam, serious dah macam pergi circus. Nombor (4) chow, siap ada lubang-lubang halus, konon konon nak peekaboo, sexy kot, seksa adalah especially kalau muka sebesar rumah. Nombor (5) tu I like, sebab lepa stgk videoclip the smith terus nak beli. Lantaklau orang kata muka aku besar gajah, rumah pangsa, aku nak jugak.

Lantas lepas dah pilih terus bayar, cermin mata ala ala Rayban, Rayban mahal weh terpaksa cari harga yang murah sikit. Tak caya kecantikannya, korang tengok sendiri.
Dolce Gabbana Spring 2009

Betulkan? Apa lagi silalah serbu England Optical terdekat.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done