rizal adalah superman. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

rizal adalah superman.

Rasa sangat-sangat special, sebab bila kenalkan diri cakap, saya ni pelajar jurusan undang-undang, tahun terakhir.  Lagi sekangkang kera boleh practice jadi lawyer. Tapi bila ada lapan juta tiga ratus sembilan puluh dua orang tanya "So.. (pause, agar nampak berkarisma).. lepas complete your study, masuk courtlah? "

Tapi dengan kelebihan sebagai makhluk yang tiada arah hidup sebab semua benda nak jadi, policelah, cikgulah, juruterbanglah, graphic designerlah dengan spontan jawab,

"Eh.. itu menang penting tapi rasanya nak bukak creative lab, or restaurant something like that later on". 
Lepas tu, semua orang mendepakan diri sebanyak 3 meter  dari saya, dalam hati kecil mereka mesti mencarut dan berkata-kata,
"Manusia ini tidak lagi bernilai kerana tidak boleh menegakkan keadilan didalam mahkamah kelak, You (sambil jari telunjuk tunjuk kat muka saya) sampah masyarakat!" 
Serious drama nak mati!

OK. This is really happening to me on daily basis, tapi tak ada lah dashyat macam tu skali. I know since I was young that creative world would be my other half. Macam Dr Jekyll and Mr Hyde, macam Ramlah Ram dan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. Semua orang kata saya ni gila, sebab bila beli magazine mahal-mahal ke, murah-murah ke, bundle ke, curi dari orang lain punya ke, saya memang akan terus berkobar-kobar buka magazine, berpeluh-peluh (hidung mak bapak masa tu kembang kempis sebab bangga semua jiran tetangga puji anak suka baca.), start je selak, bukan selak kain ye, selak muka surat, terus tenung dekat font magazine, susunan layout magazine, editing magazine, benda-benda nonsense. Satu haramjadah content tak tahu. Buat membazir duit je belikan? . Magazine paling favourite, magazine ni, dahlah mahal pastu penuh gambar lucah, semua bogel je. Tapi memang best. Dapat 15 bintang.
sanggup membunuh lepas tu kerat kecil-kecil masak black paper siapa siapa yang curi magazine ni dari saya.


o maigod, minimalistic dia menusuk jiwa, rasa cam nak menari poco-poco berlatarkan lagu bad romance sekarang juga

Lucah habis. Sekarang dah insaf, bila tengok selak laju-laju.

tengok dah jauh menyimpang. Tapi memang confirm minatlah creative world, by the way saya tahu bagaimana ada segerombolan kawan-kawan atau orang asing ingatkan saya ni nak jadi macam Karl Lagerfeld, atau secara tempatannya Rizalman.  Walaupun nama sama (ceh perasan), tapi naluri lain ya kawan-kawan oleh itu disini wajarlah saya tekankan saya menghargai secara obsesif  fesyen tapi saya tak lah sampai berminat menjadi pereka busana (ok ni serious geli).

OK continue dengan cerita merapu saya, saya juga suka akan perasaan menjalankan perniagaan kafe. Suka cafe yang simple and cafe. Boleh beli teh tarik and karipap seringgit 3 keping. Pastu sebab suka environmental law, balut steak or  wafel belgian dengan sos nutella guna daun pisang dan surat khabar.  Tapi tuntasnya tak nak mahal-mahal macam Kafe Biji Kopi (Starbuck). Beli satu kongsi 8 orang, berjemaah and lovey dovey konon, padahal memang papa kedana tak mampu beli air kopi.
Cafe Idaman hati. Rasa macam nak print gantung kat leher sebagai inspirasi Homaigod, kalau beli makanan kat cafe ni, memang confirm tak makan, tenung sampai mati senbbab packaging lawa sangat.

Disamping cita-cita diatas, saya juga suka interior design, setiap hari celik biji mata, terus buka laptop, type purplearea.blogspot.com lepas tekan PERGI! atau GO!. Lepas tu terus khayal dalam dunia sendiri, fikir fasal macamana nak revamp UiTM selaras dengan design scandanavian, lepas tu mulalah berangan nak beli studio house harga lapan juta, lepas tu tak mampu beli barang-barang hiasan, tidur atas toto beli kat wakaf Cekyeh, Kelantan. Lepas  dan berimaginasi terus kira berapa lama lagi nak habis belajar, convert dalam minit dengan saat, terus jadi depressed, hidup semakin kusam sebab lama gila lagi nak sampai dunia dewa dewi, boleh dapat kad magis bak kata Rebecca Bloomwood dalam Confession of a shopaholic.
Rumah semua putih, tak nak color lain, tumpah sos keropok lekor, terus depressed setahun.


Kira punya kira setahun tambah lagi setahun tambah lagi 9 bulan. Bila dah tua kerepot baru boleh beli rumah, waktu tu semua dah duduk atas langit. Beli rumah pun mampu dapat bilik stor sebab harga rumah berjillion lemon ringgit.

OK plan untuk buat interior rumah sendiri ditunda seketika.

Tapi bila dah tulis sampai sini, terfikir pula 8  atau 9 tahun lepas, pernah tanamkan azam sebelum SPM nak jadi juruterbang, sebab alasan kukuh nak jadi pilot sebab boleh jadi kaya raya, lepas tu boleh pakai Coat biru ada butang emas ala ala Philip Lim 3.1, lepas tu boleh tekan semua button kat cockpit pastu main cakap-cakap kat microphone, sebut-sebut koordinat pastu buat annoucement "all cabin crew.. (pause sekejap agar tampak sexy) we are ready for takeoff"

Ada lapan juta button pelbagai guna, tekan-tekan sampai mati. OK, Jam pilot tu cantik mesti Patek Phillipe. 


tapi sebab muka tak handsome macam ni, pegang ros merah nampak macam james bond terus cancel jadi pilot. (CEH! padahal gagal additional math dgn fizik, 7 darab 6 pun tak boleh kira. Confirm bengap).

Tapi maybe this is my lovely fate, lepas dapat result SPM, dapat tawaran Law, memang dari zaman muda mudi suka bercakap, bila ditawarkan undang-undang terus seronok boleh cakap-cakap sampai mati tak berhenti-henti. Disamping suka aktiviti berkata-kata, memang saya didedahkan dengan undang-undang dari kecil bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya,  setiap hari rabu mak bapak buka NTV7 suruh menonton satu rancangan. Inilah inspirasi utama saya:
Kalau jadi lawyer boleh ada rakan imaginasi sendiri lepas tu boleh ada bilik air yang unisex, kelapan-lapan jantina boleh kongsi sekali, gila cool. Tambahan pula boleh ada kawan yang juling macam Lucy Liu dalam gambar diatas. Kadang-kadang client pandai nyanyi, boleh nyanyi-nyanyi untuk kita, macam Josh Groban. Suruh dia nyanyi lagu Elyana. eh main tarik tali sikit? .

OK penipu. Belajar law life jadi miserable , sebab kena fikir nak pakai baju apa esok. Lepas tu kena cakap bahasa omputih dengan loghat skali. Tapi lepas dah belajar lama-lama makin jatuh cinta dengan dunia perundangan. Sebab boleh pakai suit cantik-cantik, boleh pakai beg tarik yang mahal-mahal, boleh cakap I OBJECT! pastu  boleh photostat paper & boleh main shredder, paling utamnya skali boleh jumpa Karpal Singh.

Tapi bila practice tak nak jadi macam Karpal Singh. Nak jadi macam Simon Baker in The Guardian.
Gila stylo, lantaklah the guardian tu sekadar rekaan semata-mata. Ynag penting  jadi lawyer lepas tu nak buka cafe lepas tu nak buat creative lab lepas tu nak ambil lesen pilot.

Bila cerita dekat kawan baik, dengan penuh ayu dan ghairah membalas dengan senyuman lalu berkata
"Eh.. apa tunggu lagi, kau jadi je semua skali rizal. Kau kan hebat nak mati, tahap ultraman. Kau tak nak jadi Power Rangers? Barack Obama? Monica lewisky? Superman? By the way dah terlanjur macam ni kau terus buat album dengan Taylor Swift kau kan hebat tahap dewa!

Terus bertukarmood  menjadi Bella Swan . Emo gothic setiap masa, dengar lagu marilyn manson sambil menari zapin.

Bye.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done