Rizal dicerca.

Rizal dicerca.

Waktu muda-mudi selalu ingat dunia ni semua fasal kita, kira kita ni hanyalah Jude Law, Brad Pitt dalam kehidupan, memang glamer dan penuh publisti mahalan dan murahan tapi bila dah besar panjang (OK, ni memang benar bukan auta, melebar dan memanjang), fikir balik life is not just about yourself, but it is you complimenting the others. OK Geli.

By the way, untuk pengemar busana-busana koleksi lelaki, segala pertunjukkan fesyen telah mula disebarkan di ruang-ruang udara atau web sesawang so bolehlah mula untuk duduk gamkan diri anda depan komputer lepas tu click button bagai dekat website menstyle. Buat masa ni masih lagi busy, so babailah nak membazirkan masa dua belas jam mengalirkan air liur sambil mangaru kepala fikir kenapa tak mampu beli segala baju ini.Oh Dolce&Gabanna Oh Louis Vuitton!

By the way hari rabu lepas pergi pavillion, di Kuala Lumpur, dapat pegang, sentuh, belek, bergelumang dengan suit,
Jill Sander. Harganya memang terbaiklah, RM8000 je, lepas dah belek belek salesperson terus cakap "Sir, by the way its  70% off, kira dan kira masih tak mampu, sebab kalau beli suit kena jual kereta, buah pinggang dengan peparu, so terus buat muka confident cakap "I'll be back" lepas tu chow.

OK, nampak sangat life suck. Tu jelah menarik minggu ni.

OK kejap, ada benda memalukan lagi, hari yang sama pergi kedai jual suit Jill Sander, sebab miskin nak jimat bayaran parkir, oleh itu parking dekat apa haram jadah tu, Berjaya times Square, ternampak Tutti Fruitti. Semua kawan-kawan asyik menghasut saya untuk cuba semangkuk dan seterusnya menghabiskan duit keatas ais krim susu masam coklat orea dengan segala accesori bagai, terikut-ikut dek gelodak nafsu terus beli, angkat mangkuk kertas, lepas tu buat muka confiden terus halakan kepada kepala nozel, tekan kebawah sekali...

srettt... jatuh meleleh dekat bawah, macam cirit bai. Masalahnya muka dok confiden tekan-tekan macam main game dekat arcade. Lepas tu cakap, "Sorry sorry" dekat saleswoman dia balas, sambil tunjuk dekat hasil cirit birit "You, ini tak boleh sorry-sorry one, aiyoo (sambil tepuk dahi) don't do it again hah! (geleng kepala sambil muncungkan bibir agar semua pembeli nampak kejakunan saya terhadap machine Tutti Frutti)"

OK rasa macam pergi sekolah, kena marah tak siap kerja rumah matematik, muka merah padam, telinga kemain panas, terus beratur dekat kaunter aksesori ais krim, amik chocolate button yang rasa macam coklat murah brand tesco, dengan Marshmellow longkang dah masuk angin, punya timbang, keluar harga dekat machine. (Salesgirl masih dalam keadaan marah sebab tercirit). Bayar RM12.90 terus chow. Bila ambil resit sales girl bagi pengajaran dan pesanan hidup, "You, don't do it again hah! (gelengkan kepala)". Makan dalam kereta lepas ngap habis terus jilat mangkuk, cuba kunyah mangkuk kertas dengan sudu tak boleh, keras. Mak kata jangan membazir. Lagipun ais krim tu harga dia macam tiket ke syurga. Sampai rumah, terus gantung buat pendant.


Namun begitu walaupun dimaki dan dicerca masih gembira sebab berjaya mencari treasured items.
Pembelian diakhir garisan, bila nak ke tempat parkir ternampak susunan baju bajan terus serbu, cuba semua baju, tak de satu muat, muat masuk ibu jari kaki je, tanya makcik tu boleh dapat bigger size terus dibalas, "Tak adalah adik, size besar-besar pergi jalan masjid india beli kain ela jahit sendiri" OK drama gila, bukan-bukan dia kata  " size Model mat salleh tak dalah adik, semua datang dalam size Anuar Zain" OK harus akur padahal dia cakap "Aiyoo, u manyak besar woo.. tak da size, try itu guni beras"
AnOtherMan bercoverkan Abang Edward Cullen, susah bai nak cari, dah berjuta kilometer cari jumpa jugak, bila dah jumpa terus ambil, abang kandung bayar sebab dia kaya, adik dia miskin.

Lepas tu ada pengajaran lagi, kalau pergi Pavillion jangan bertenggek dekat water fountain nanti tampak najis.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home
personal, fashion, travel, loan, insurance, health, real estate, home, marketing, personal, fashion, travel, loan, insurance, health, real estate, home, marketing,