Saya mengidolasikan katelovesme. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Saya mengidolasikan katelovesme.

SITUASI 1
"A person cannot change the world". Memang evillah cikgu saya waktu zaman persekolahan. Oh god, zaman berbaju putih berpalit sos cili keropok lekor dengan seluar biru berkerak beraksesorikan kasut jenama Wintra, kasut petani moden (Mama saya tak pernah belikan kasut Palas Jazz, katanya budak-budak sekolah tak boleh berfesyen ke sekolah sebab ke sekolah nak belajar dan ke kantin bukan berfesyen.) anyhow cikgu-cikgu saya semua ajar dan didik saya bahawasanya seorang manusia je tak boleh ubah dunia, kena segerombolan, berjemaah atau bergelen-gelen kata saya, bukan kata cikgu saya, sebab selalu dia marah saya sebab guna salah penjodoh bilangan lepas tu lembap mengeja.

Disebabkan didikan berkualiti dari kecil bermodus operandikan peribahasa "Melentur buluh biar dari rebungnya" memang saya tak bersikap optimistiklah, memang emo je dari kecil macam Bella Swan dari cerita Twilight. Lihat ekshibit (1)
Ekshibit (1) : Saya dalam keadaan emo, silap.. bella dalam keadaan emo, bayangkan Bella berzakar dan bersaiz anak gajah.


Tapi kini saya bukan lagi manusia beridelogi pesimistik dan pelik sebab saya dah jumpa idola saya. Kenalkan idola saya. Nama dia Katecintasaya atau Katelovesme atau nama kad pengenalan dia Pelayo Diaz Zapico. Dia bukanlah manusia tegar hebat gila gaban boleh mencairkan antartika dek aura mawi dia sejebik macam mendiang James Dean, tapi bolehlah dia dan auranya sebaris dengan Pak Jalaluddin Hassan. Kawan-kawan ini adalah Pelayo.
Pelayo mengambil angin di balkoni rumah dia di Venezuela.
Pelayo sebagai rusa kutub utara di musim perayaan.

Eh, Pelayo berfotografi dikamar magisnya.

Sebab-sebab utama dia adalah salah seorang idola saya adalah :
  1. dia unik, sangat confident dengan diri sendiri that he defines himself not others.
  2. Rambut pampadour ala James Dean dia meruntun jiwa (video tu dia dah botak, maybe mak dia suruh botakkan rambut sebab mak dia tak bagi berfesyen luar tabii).
  3. Sama sebab seperti sebab kedua (2).
SITUASI 2
Hari ini hari Ahad, esok sekolah, silap esok ada kelas kat universiti, so hari ni berzina di Midvalley dan The Gardens. Semasa sesi beramah mesra dengan kedai-kedai baru di Midvalley ( sebab dah lapan ratus tahun tak pergi Midvalley) sempat beradu nasib dan tenaga di Topman/Topshop, penuh gila dengan makhluk-makhluk yang belek-belek baju that was on 50% off, muka confident pilih padahal dalam hati dok depressed sebab tak mampu beli macam saya. Dapatlah try baju sehelai empat belas. Tetapi dek disebabkan badan bersaiz orang putih atau kaukasia memang tak muatlah baju dia, kalau muat pon masukkan lengan je, bahagian badan dan abdomen confirm out, nampak pusat.

Walaubagaimanapun hari ni juga berjaya confirmkan saiz suit Topman, baru saya tahu saya yang berbadan gabak ini bersaiz 40 Long. Bangga gila ada saiz kat Topman, gedung kanak kanak riang. Lepas dah puas sarung baju, terus berkejaran bersama abang saya (bukan boyfriend atau sugar daddy ya, abang kandung saya) ke bahagian aksesori dan kasut, renung punya renung setiap produk (ni bullshit padahal tengok tag harga) nampak bow tie ni, memang confirm tak boleh disangkal berinspirasikan gaya Pelayo (Sila rujuk Situasi 1). Tak percaya tengok sendiri evidens-evidens berikut.

Mata dikiri, Pelayo memakai baju T biru rekaan sendiri mengunakan berjuta lemon pin keselamatan.
Produk yang dipercayai hasil inspirasi dari gaya Pelayo. Adalah sikit persamaankan? Cantikkan??? (dengan intonasi Eric Casa Impian please).


Minah ni, nama dia Emilia De Poret memang terbukti mengaplikasikan gaya pelayo.


Topman ni company antara bangsa, terbuktilah seorang yang nerdy duduk rumah glued on the computer can make a difference. Siapa kata seorang manusia tidak boleh merubah dunia, Pelayo Diaz boleh je, pakai baju pin keselamatan terus semua mendewa dewikan dia sebagai objek seks, maksud saya inspirasi dunia fesyen.

Sekarang terus nak cari pin keselamatan banyak-banyak nak buat baju. Laterlah sebab mode Bella Swan kembali Sekarang sangat depressed sebab termakan kata-kata dusta cikgu waktu zaman persekolahan,
"A person can change the world. "

Tak suka kena tipu. Cikgu jahat. *sigh*


Prince Pelayo
http://www.katelovesme.net

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done