Walau gabak, kekal Gorgeous

Walau gabak, kekal Gorgeous

Rasa terharu semerbak you all.


Sebab bila tulis post sebelum ni, dengan penuh semangat kesukanan nak berkongsi pendapat tentang gaya masa kini, tetapi bila ada pembaca yang relink post ni, rasa sayangi. OK geli. Kalau ada yang terasa dek post saya tu, saya susun semua jari, termasuk jari anak buah saya, cepia dan mohon maaf, sebab tak rasa nak cantas sapa-sapa cuma nak anda semua fikirkanlah baik buruk pemakaian lari identiti ni.

Bak kata Coco Chanel, "before you go out the door, look into the mirror and take one thing off", OK kejap, salah quote, mahu mati kalau korang ikut nasihat kak coco ni, elok-elok baju kebaya Hatta Dolmat korang pakai, sekali pandang bawah, OK Bye, gonjeng dek kehilangan kain, ternampaklah susuk-susuk betis gorilla di pentas jalanan.
Illustrasi (1) : Terlalu khusyuk memilih sarung tangan, Kak Beckham lupa pakai seluar. Illustrasi (2) Baju Lace daging Kak Gaga, jangan pulak korang dek orang masak daging korban, kau sesedap oren buat kebarung.

Haruslah bila sebelum melangkah keluar rumah samaada untuk ke kantor, atau untuk berjimba bersama rakan taulan, lalulah dihadapan cermin, tengok, tenung sampai juling, adakah ini identiti individu yang anda mahu ketengahkan. Terkeluarkah lemak-gemalai di kiri dan kanan pinggang anda, melambakkah perut anda keserata alam. Bukankah fesyen itu memudahkah? kalau tak muat saiz XS, ambil satu saiz lagi besar. Tak perlulah segala lemak gemalai disumbat kedalam baju yang terlalu kecil untuk anda. Pernah bersama rakan-taulan berjalan-jalan ke kompleks membeli belah, masuk ke kedai lantas si polan berlari-lari anak kesemua arah mencari baju kesukaan, apabila mata jatuh cinta, lalu si gadis yang bukan bersaiz 0 dan bukan bersaiz Medium terus mencapai baju terkecil dirak.

Dek kasih sayang rakan terus saya berkata "Halimah (Bukan nama sebenar), kenapa ambil baju size xs, aku rasa tak muat, nanti segala adik beradik mu tergantung dibahu jalan, lagipun kalau button tu tercabut sebab tetasan dek impak dari proses regangan maksimum pabila ia membaluti tubuh montokmu, kau kena bayar tau (sambil mata terjugil untuk menunjukkan rasa khuatir) "

Seraya, Halimah (bukan nama sebenar) menyapa manis, "Eh Rizal, aku size Xslah, aku confirm! susah nak dapat size aku tau, size xs cepat habis". Halimah yang kini dikelilingi gadis gadis sunti kecil molek bersize xs terus membela diri.

OK, senyum jelah, keluar saja Halimah dari changing room, dek baju terlalu ketat, hanya butang pertama yang mampu menahan impak maksimum daya regangan baju separa cotton itu. Muka Halimah kini bersinar-sinar, lalu menjerit kecil "Rizal aku muat!" Terus sebagai rakan taulan yang suci murni, terus terkeluar kata-kata berbaur nista "Kepala kudi kau! aku tengok kau dah macam kampit beras, pleaselah limah (agar tampak sweet) you don't have to be in xs size to be beautiful. Dah-dah pergi try size M"

Halimah akur.

Keluar Limah berbaju size M, kini beliau kelihatan lebih muda, lebih anggun. Lipatan-lipatan lemak gemalai dulu yang jelas kelihatan disebalik baju putih cotton itu kini tidak kelihatan lagi. Oh mai, terkumat kamit mulut ni memuji. Halimah kini sebaris dengan gadis-gadis sunti yang lain, kalau Miley Cyrus tengok mau dia histeria keriangan.
V Magazine : Size issue by Sølve Sundsbø

Inilah masalah orang ramai, bila sampai dekat kedai terus capai baju paling kecil, konon-konon nak war war kan dekat masyarakat kini anda sekecil anuar zain atau amy mastura, walhal anda sebesar rumah pangsa (ini nak ingatkan dekat diri sendiri). Harus anda fahami size dekat kedai-kedai tu berbeza satu sama lain, size-size yang anda cuba pakai di gedung-gedung beli belah ini adalah saiz baju yang dikecilkan sizenya berkadaran dengan size standard orang asia. So actually kalau kau bawak si Kim Kardashian ka, Brad Pitt ka, Kakak Jolie ka, datang shopping dekat sini ni, kemungkinan entiti-entiti ini akan kelihatan seperti nangka busuk jika berpakaian size Asia.

So, rakan-rakan tidak perlu gusar dengan size, tak perlu jadi gila, sekiranya rakan-rakan anda tanya, "You.. mesti you susahkan nak cari baju kan, sebab you gedabak macam van circus, by the way you patut masuk ripley's believe it or notlah, sebab mesti susah nak cari seluar you kan, (sambil mata juling nak stressedkan penghinaan dia"

Act cool, walaupun dalam hati rabak, koyak dek tusukan tusukan halus kata kata nista dia.

Terus korang ludah je kat muka dia, OK terlalu extreme. Korang jeling manja, cakap dengan nada sangat annoying suara kasi nyaring, katakan "oh sorry saya ni european size, by the way, kalau you pergi europe mesti you shopping dekat Baby Guess kan? sebab you bersize kecik sangat, ( sambil buat isyarat kecil sangat dengan jari jemari panjang anda) alah macam hobbit dalam Lord of The Ring. tah tah you berlakon? So small. Cute. Nak buat pendant."

Kalau nak nampak lebih convincing, sebab lecturer undang-undang cakap lawyers kena tampak convincing always, terus print gambar ini dalam size terbesar,

tunjukkan dia sambil jugilkan mata, munggilkan bibir. Sambil jari jemari terus memberikan isyarat antarabangsa untuk kecil. Bagi cincin lama anda, cakap "Nah! pergi Mount Doom campak dalam gunung berapi tu" Terus picit pipi dia cakap "Cute". Lepas tu chow.

Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home
personal, fashion, travel, loan, insurance, health, real estate, home, marketing, personal, fashion, travel, loan, insurance, health, real estate, home, marketing,