February 2011 - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...
Lady gaga ada telur.

Lady gaga ada telur.

Minggu ini dimulakan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada universiti kerana menganugerahkan minggu cuti sakan yang penuh pancaroba. Rasanya berdasarkan tahap kesedaran diri mungkin tak sempat habis buat projek paper, mungkin terpaksa hantar kulit je, sebab yang penting kulit buku tu berbenang emas kan. Alah tak rasa pun para penyemak nak baca sangat hasil karutan yang ditambah dengan penyelidikan secara gigih di google ditambah dengan kesenian tokok tambah secara berkala agar hasil projek tampak professional. 

Berdoa dengan gigih untuk keajaiban, hujan duit bergelen-gelen lepas tu kedai H&M dekat depan rumah. 

Please.

OK, so memang dah lama tak merendek tengok segala inspirasi dunia dekat dunia internet yang fana ni. Seriously macam bila tak check laman sesawang (Geli gila bunyi) dua hari terus jadi outdated tua kerepot. Bila orang tanya "Tau tak Lady Gaga pergi Grammy Award duduk dalam telur?" Sebab memang lama tak tengok TV atau buka website-website yang kurang berkhasiat memang tak ambil portlah terus buat muka sememeh pastu jawab, "APA? Lady Gaga tempah Bunga Telur?" Lepas tu kawan cakap "Chisin!" (macam ni kot nak eja dalam bahasa kantonis, perkataan yang bermaksud Gila)

Sumpah wanita ini tak betul, atau mungkin juga wanita ini sebenarnya berasal dari nusantara. Buktinya diusung tinggi macam bila ada majlis kahwin dekat Malaysia, nasib baik tak berkebaya emas kalau tidak confirm berasal dari Alor Gajah.
OK mengarut, by the way, inilah inspirasi sanubari minggu ni, 

Seni Classy dan Sofistikated. 


Kenapa tengah miskin sangat? perlukan baju baru!, ada yang nak derma duit? please. 

exchange dengan abang saya, dia boleh buat kerja buruh.

Ekshibit 1

Kalau bagi semua baju-bajan dekat atas (Ekshibit 1) siap dengan Satchel Kanvas Asos tu, saya bagi anak buah saya sekali. 

ASOS
www.asos.com

5 kejadah yang tidak faham sampai mati.

Mama kita pernah kata kalau ada yang ingin disampaikan, terus je sampaikan tak payah nak cover-cover sangat, contohnya bila rasa nak buang air besar atau cirit birit terus je ke jamban tak payahlah nak control bagai, duduk simpuh tahan sampai muka merah-merah, lepas tu bila orang tanya "Weh kenapa muka kau merah bagai ni? kau sakit perut ke?", nak control keayuan punya fasal, dengan muka paling Vanida Imran atau Jalaluddin Hassan terus jawab "Tak, ni natural beauty, I cepat blushing memang genetik familylah, kira macam I ni Oh my good like natural beautylah" Padahal bak kata pepatah macam najis dihujung tanduk. OK kita tak suka.

So, sebab nak menyahut saranan mama terus je listkan 5 benda yang sampai akhir zaman takkan faham.

Berbaju kurung berkasut sneakers.
Ini adalah style yang selalu saya nampak, sangat unik rasa macam nak telan buah halkum lepas  tu keluar kan balik lepas tu cakap Tadaaaa!. Bukanlah kita ni expert kemain berfesyen tapi kenapa? why l'amour? why sneakers dengan baju kurung? adakah bagi mengaplikasikan prinsip Mix and Match yang digembar gemburkan dalam dunia fesyen lantas terus mencantumkan gaya sporty dengan gaya keayuan abadi? Tak suka sangat, takdelah nak paksa pakai baju kurung dengan stilettos Nina Ricci 
Kasut tumit ala ala jamban merah Nina Ricci, Bila tengok rasa macam nak cirit birit.



Pakai mekap setebal awan 
Pemenang utama dalam anugerah keyakinan tertinggi, dari zaman sekolah dah perasan dengan spesis ini, dulu zaman sekolah ada cikgu sekolah pakai eyeshadow kiri warna biru kanan warna merah jambu, konfiden je, lepas tu semua dewa-dewakan dia puji sakan lepas tu cakap "I harap one day you ada collection make up sendiri sebab you are an inspiration, you make up better than Bobbi Brown, kalau dia tengok confirm esok dia tukar nama Bobbi Brown jadi Bedah Brahim.
Tips untuk gaya ini : Gantikan bedak foundation ada dengan tepung gandum sebungkus untuk tampak lebih realistik gunakan tepung beras bario. Lipstik, gunakan perwarna merah perisa ros. Eyeshadow gunakan warna cokelat gelap, lapan belas kali lebih gelap dari warna kulit anda bagi menampakkan kegigihan anda bangun pagi pukul 3 pagi demi kecantikan abadi.
Contact lens warna-warni aidilfitri.  
Paling anti gila khinzir, especially kalau yang pakai tu muka kemain jawa belgium, lepas tu mata biru air laut gitu. Kau ingat mata kau biru kau boleh jadi mat salleh? kau ingat mentang-mentang kau speaking berabuk bahasa inggeris siap terkeluar lidah nak sebut With kau jadi secara rasminya caucasian, lepas tu cakap "Oh mi gok, this is like my original color, i dont like wear like contact. Seba b dah jadi mat salleh lepas tu fofulat terus pakai contact lens sebelah warna biru laut sebelah lagi warna hijau-hijau lumut kolam. Terus rasa nak tanya "Do you eat belacan chili paste?" Oh gok.
Cita-cita abadi memiliki DSLR Rasa sangat tak faham dengan semua makhluk yang tergila-gila kan DSLR, rasanya dah lapan juta kali cerita pasal ni, bosan tulis tapi bila tengok kawan-kawan punya page, siap tulis "Kalau dapat DSLR dah tak nak any gift, noktah" Apa yang korang dok gila-gilakan dengan DSLR, nak jadikan pendant ke? gantung dekat leher? ambik gambar sendiri depan cermin dalam Forever 21? Gambar Broga, lepas tu bila dah beli siap bagi nama lagi DSLR tu, kau ingatkan comel? kau ingat tamagotchi Izdikoni Musawir. Paling kelakar sekali bila dah beli DSLR terus cita-cita nak jadi jurufoto professional, tangkap gambar daun, papan tanda jalan dekat Melaka, lepas tu tangkap gambar kawan posing dekat Tasik Seksyen 7, Shah Alam pakai satu almari siap make up lima inci terus official photographer. OH MY GOD, you so weird. Kawan yang dia ambil gambar terus gelarkan diri model, lepas tu masukkan pencarian model tudung lepas tu pom dekat facebook. Geli I.
Lapan juta kamera DSLR menggamit suasana aidilfitri, gantung Bang jangan tak gantung.
Tatabahasa Muda mudi. 
Ni paling annoying skali.Bila baca status atau message dihantar yang berbunyi gini : "Ka dwkat manew tew? Blerw kew free? jom lewparks?" Annoying. Rasa cam nak gigit gigit je keyboard. Siapalah yang ajar diorang eja ginikan. Paling annoying eja Shah Alam siap tambah z dekat belakang agar nampak hype, Shah Alam jadi shah alamz, Kuala Lumpur jadi Kay-el, Klang jadi Clunk, Oh my god, please sakit buah testikal aku dengar dan baca, plewse, stwop.

    Aku tak faham.

    Nak tagged dekat kawan-kawan leh tak?
    Politik menggelikan.

    Politik menggelikan.

    Politik. Kenapa kita jijik dengan politik. Sebab politik bosan. Paling benci bila orang tanya kita "Eh.. Rizal, you belajar lawkan", sebab tak nak nampak kurang hajar, lantas jawab dengan berhemah "Ah.. kat UiTM," lepas tu terus dia jawab"bolehlah you masuk politik kalau tak nak jadi lawyer, sekarang biasakanlah diri dgn politik, aktifkan diri dengan politik kampus". Oh please, tercabut buah halkum dengar. Tapi kita tak suka politik, especially politik dekat fakulti, kita tak suka sebab diorang gila pangkat, dahlah gila pangkat lepas tu poyo hebat kemain, lepas tu bajet macam barack obama padahal longkang.

    Please hapuskan majlis perwakilan pelajar, segala bagai kelab fakulti gantikan dengan kelab setem atau sorority atau fraternity, siap rumah-rumah dengan parti tupperware.
    Kemain berskirt bagai, kau ingat skirt beli dekat little india tu boleh buat kau gorjes?
    Please.

    Guntars Asmanis size idaman.

    I have been quite sensitive lately. I am really sorry kalau tiba-tiba siapa-siapa buat lawak lepas tu kita buat dek sambil pandang kuku lepas tu buat muka paling annoying terus balas dengan respon paling celaka "Kau buat lawak ek? dah menang raja lawak? eh kau bla lah dari muka aku" I think my insecurity is haunting me back, not that I am a emotional person or what, tapi bila dari kecil ada isu dengan fizikal diri lepas tu bila sekarang dengan cermin mata baru  lepas tu vision yang clear, terus tengok badan diri sendiri punyalah besar, and I just hate how I look like. People say I am quite obsessive with my body issue, but for me i am just trying to  blend into crowd.

    Mohon maaf untuk informasi tidak penting saya.

    OK, untuk minggu ni sangatlah menghiburkan, bukanlah saya menjadi penari dangdut selama sehari atau bertango kekelas selama seminggu tetapi bila dapat tahu model kegemaran saya kini kembali, rasa sangat gembira. Hari tu, bila terdengar musik dari Taylor Swift bertajuk Back to December terus sayu-mayu, kalau dah sayu mayu teruslah buat search dekat youtube lepas tu ternampak perkataan Guntars Asmanis, ingatkan  kena rasuk fikir benda lain menaip benda lain. OK tidak, memang Guntars Asmanis kembali kedunia fesyen tetapi kini sebagai pelakon tambahan didalam videoclip Taylor Swift.





    Kenapa dia idola :
    1. Muka petak dia, orang selalu pandang hina orang muka bersegi, dipanggil squarefacelah, muka kontenalah, almari asramalah, kotak pencilah, tapi Guntars selamba badak je, confiden je mamat ni.
    2. Dia tak gila publisiti murahan,  takdelah mendewakan dunia fesyen ni bagai nak rak, dok sembah designer, dia rilek je. I like. Sebab dek takde kerja lain memang terus  hafallah dialog guntars asmanis bila di interview FashionTV hello! I'm Guntars. I'm from Latvia. I almost like Fashion TV, because I'm not so much into modelling basically. It's just my job I'm here for the money. Rizal. Kau takde kerja!
    3. Dia sekeping je. Badan idaman kita.

    Nak kurus macam dia boleh tak?



    OK, confirm nak badan dia. Please.

    Hero remaja, James Franco

    Hari ni macam sukaneka, selepas bertarung dengan pelbagai musibah sebab supervisor project paper dah pass kita dekat masing-masing sebanyak sembilan juta kali. Rasa macam dapat nur cahaya selepas dah finalize tajuk dan segala jadah. Tahniah!

    Pada masa ini, tengah menonton buat kali kelapan juta juga filem kegemaran, The Holiday lakonan Kate Winslet, Cameron Diaz,  Jude Law dan Jack Black. Kau tengok sekali dia bagi satu jemaah pelakon handalan hollywood. Bagi yang pernah berborak dengan saya mesti dah bosan dengan sikap obses saya dengan filem ni, konon-konon nak nampak sangat romantiklah, buat muka stim lepas tu cakap,

    "Well.. (pause agar tampak misteri), I must say that I cry alot,  I do, more than a woman you've ever met, and it happens to be the truth. A good book, a great film, a birthday card, I weep. I'm a major weeper."


    Aku yang terangsang bye.

    By the way, dalam filem ni, Cameron Diaz kerja dia buat trailer, BUKAN, bukan dia kerja baiki treler lori tu ya, kerja dia buat suntingan trailer wayang, pastu dapat juta lemon ringgit. Kemain Cameron Diaz pom cerita dia. OK merapu, so ada satu trailer movie yang tetipu digunakan, filem Deception lakonan Lindsay Lohan dengan James Franco. TAK PAYAH nak gatal-gatal search kat google, buat habis minyak engsel kat siku tu, trailer ni olok-olok. Bila tengok James Franco teringat filem yang dia lakonkan watak James Dean. Sebab obses dengan si James Dean haruslah terus stalk James Franco, manalah tahu dia inspirasi sanubari juga, Oh mai, memang inspirasi sanubari rakan-rakan. Punyalah charismatic kalau pakai kain kapan lepas tu ikat reben pink polka dot pun orang kata stylo. Celaka.

    Tak caya? Korang tengoklah sendiri,
    Kemain, pakai cermin mata classic macam tu pegang camera nampak stylo je, Kalau macamnilah dia main galah panjang pun nampak macam main tenis, kacak je.



    Very simple yet very classy.
    James Franco terlalu simple bagi anda?


    Ambik kau eyeshadow kemain biru. Now?



    James Franco as James Dean

    Aku beraroma najis?

    Walaupun pada waktu ini sepatutnya sedang kelam-kabut menyiapkan assignment undang-undang pengangkutan dan segala haram jadah tentang kertas projek namun masih lagi malas, masih lagi sibuk bergelumang dengan dunia internet yang sangat melalaikan. Kawan-kawan semua sedang berkobar-kobar menyiapkan nota dan berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang, saya seperti biasa masih sibuk dihujung kelas beriang ria aidilfitri merenung setiap pelusuk kelas konon-konon nak cari inspirasi.

    "Kepala kau berjambul tiga rizal"

    Orang kata hari isninlah hari paling sibuk, tipulah, sebab hari ni sempat jalan-jalan waktu kelas, naik bus berhimpit-himpit, benci. OK sekarang nak berkongsi kasih sayang sesama rakan, tak faham satu benda, setiap kali naik bus, dahlah dah dok glam glam dari pukul enam pagi nak pergi kelas, lepas tu bila dah park kereta kecil ku berbunyi terus tunggu bus, tengok-tengok bas separa penuh lalu duduklah saya di tempat duduk dibarisan kedua terakhir, dicapainya MP3 lalu dipasang dengan volum separa maksima dendangan lagu the shin bertajuk new slang. Biasalah bila dah dengar lagu favourite, terus mata sibuk menjengah luar tingkap, manalah tau Megan Fox melambai ke, Selena Gomez menari zapin ke, mata khusyuk memandang kesemua arah, lepas tu bila toleh kedalam bas, tengok bas dah penuh, berhimpit-himpit adik-adik dan abang-abang macam sardin, yang peliknya kerusi kosong sebelah kita tak ada siapa nak duduk.
    Eh, kau jijik, kau bearoma ketiak, dahlah muka sememeh,lepas tu berbau longkang, eh kau najislah.

    Bengang, busuk sangat ke kita, rasanya bila siap-siap pagi tadi satu gelen perfume kita spray, lepas tu minah-minah yang kat depan semua dok tenung seksa kita, mesti dalam hati diorang cakap,

    "Confirm mamat ni bela jembalang, tak pung (bagi yang berasal dari terengganu) jerangkung, kau tengok muka dia, memang sememeh, confirm mamat tu bela jerangkung, tulah pasal kerusi sebelah tu dia tak bagi duduk, sebab mak aku kata, penunggu zaman sekarang ni memang dah easy pack, boleh dibawa kemana. ISH! bencilah tengok dia, PEMBELA JEMBALANG"
    Mntang-mentanglah dia macam kena sawan fesyen, terus je penunggu dia bentuk pokok pakai suit.

    Tak suka, pleaselah, kalau kawan-kawan naik sebas ngan kita, duduklah sebelah kita, kita tak makan orang, kita makan  low fat lasagna je.

    Sempat juga ke Library hari ini, tujuan utama nak cari bahan untuk project paper, kelangitlah rizal kalau nak fokus sangat, terus ke rak entertainment dan food, cari setinggi gunung buku masakan, especially dessert, terus plan nak try buat meringue ngan creme hazelnut nutella, lepas tu apa kebenda lagi makanan-makanan mat salleh. Meleleh air liur wa cakap sama lu. Dalam lambakan buku itu, terjumpalah buku-buku tentang fesyen demand in the world, lantas diselak tenung lalu ternampaklah gambar-gambar tahun 1930an dan sebagainya. Terus terinspired.

    Seluar katak dengan tali pinggang putih. Sebab muka begini dibenarkan, kalau jumpa lelaki-lelaki yang pakai tali pinggang putih dengan seluar slack hitam, terus rasa nak terjah dan cakap "Ya saya tahu itu pinggang awak, tak perlu nak highlight sangat, geli I"

    Biar peluh-peluh, basah ketiak yang penting berfesyen sakan. 
    Biar tengah perang, bunyi bom dimana mana, posing kasi kacak ya bang.

    Comel sangat, rasa macam nak kakikan je.
    Walaupun semua nampak batak dengan stering traktor, namun sangat bersahaja.

    Marlon Brando. Terangsang bye.

    Dajal Fesyen, Anna Wintour?

    Helo.

    Baru sahaja selesai menonton dokumentari The September Issue buat kali ke lapan juta, mencuri konotasi istimewa Israq, Anna Wintour sememangnya dajal fesyen. masih gembira walaupun sekiranya  dialih bahasa ke bahasa Thailand, atau bahasa F.  Hati sentiasa tersenyum lebar dek telatah dajal fesyen, Anna Wintour, kalau dilihat perangai Anna yang sangatlah sejuk beku macam ais rasa kalau jumpa nak dikakikan je, memang confirmlah memang kena reject dengan mak mertua. Kalau mak mertua didapur suruh tolong tumbuk cili buat sambal belacan, mahu sahaja Anna Wintour menjawab keras,

     "I'm sorry mother in law, i'm in my vintage chanel dress, and I will never "tyumbuk (pelat mat salleh)" that thing unless that lesung was designed by Cristobal Belenciaga. 

    Lalu mak mertua menyeru semangat langit dan berkata "Kau mat salleh ke, alien ke, orang gila ke, kau dalam baju kelawar canel ke, bebal ke, aku tak kisah, duduk dekat kampung nan sebatang, kau baik tolong aku rewang-rewang. I don't like you very very much care standard (jaga standard) like gadis bandar"


    Marah semerbak Anna.

    Walaubagaimana pun, saya tetap menghormati Anna sebab, 

    • dia tidak gila glamer seperti rakan seeditornya yang bernama Andre Leon Talley yang suka pakai selimut hodoh kutip tepi jalan, lepas tu gemarkan bercakap gaya blonde diserikan dengan loghat Perancis yang sangat mengelikkan. Kau ingat sebab kau kerja Vogue, berak sejamban dengan Anna Wintour ko boleh gelabah pakai selimut lepas tu satu dunia nak ikut? Kau lupakanlah roda impian kau bang oi.
      Selimut merah baki dari aktiviti menghias khemah rumah merah sempena temasya sukan sekolah.
    • Dia sangat professional dan berani. Kau ingat kau senang-senang nak komen Stefano Pilati punya baju untuk Yves Saint Laurent berwarna terlalu taik hanjing, takde kaler-kaler warna warni aidilfitri? Anna selamba dek je, lepas tu buat muka paling annoying, mata juling sebab nak kasi signal yang baju kau hodoh dan kau patut berhenti jadi pereka busana di paris dan balik ke kampung delek, Klang dan jahit baju kurung  dan baju raya sampai mati.
    • Anak dia cantik, walaupun dibesarkan dengan perangai ibunya yang sangat sejuk beku, namun anak beliau tersangatlah sopan, tidak gedik-gedik dek kuasa veto emak yang mampu mengubah cara pemakaian hidup dunia dengan sekelip mata, bayangkan kalau Anna Wintour cakap plastik sampah hitam cantik pakai dengan pearl, esok memang sold outlah plastik sampah kat serata alam, lepastu mulalah penuh dekat Lookbook tu dengan plastik sampah hitam. Geli I. By the way anak dia nak belajar law. Anak dia gila.
      Berlipstik merah, berkasut stiletto semua lelaki dek kuasa veto fesyen Anna Wintor, anda sanggup?
    • Nama dia Anna Wintor , rasanya kalau nama dia Bedah Jailani mahu ke sapa-sapa dengar apa dia carut-carutkan?, bayangkan Ricardo Tisci ingin bertanya pendapat editor vogue tentang koleksi terbarunya lalu dia menelifon pejabat editor, lalu dijawabnya panggilannya oleh setiausahanya "Bedah Jailani's office" konpem Ricardo letak telifon, geli. 
    • Dia mempunyai seorang kreatif editor berbakat bernama Grace Coddington, wanita yang boleh digelar nenek ini masih lagi creative walaupun diusia emas,kalau dekat Malaysia bukanlah dimajalahlah tempatnya tetapi di taman-taman tasik bergerak tari poco-poco.
      Walau dimamah usia, Grace (kiri) masih mampu melahirkan editorial seperti dibawah. Mak cik vogue gitu.
      Grace didalam dokumentari The September Issue melarang aktiviti mengedit perut Bob yang buncit dek prinsip hidup bahawa ini saiz manusia sebenar.

    tengoklah sendiri,



    Kesimpulannya walaupun dia tampak jahat tetapi terlalulah  sangat bijak.

    Lepas dah tengok selimut bermaharajalela, terus rasa nak belajar rajin-rajin dan masuk parlimen haramkan selimut hodoh macam Andre pakai dimasa hadapan.

    I detest you Andre!

    Apa kejadah dalam beg engkau?

    Ami tagged saya,

    1. Garnier Body Light Whitening Hydrating UV Lotion. Bau dia memang semerbak, bila pakai rasa macam nak jilat-jilat tangan sendiri. Lepas dah jilat sapu balik. Jijik.
    2. Black Organizer Aksesori terpenting dunia, walaupun nampak bodoh, dan hodoh, tetapi dek dibimbit organizer kekiri dan kanan, semua berkata-kata "Wow, organizer, mesti you ni gila sibukkan, (sebab fokus pada organizer, muka berjerawat dengan tekstur kertas pasir paling maksimum tidak menjadi isu perbualan rakan-rakan) " Untuk tampak lebih professional, letak colorful paper tebal-tebal, kertas kajang, kertas buku matematik yang kotak gabak-gabak tu, sebab bila masyarakat tengok ketebalan organizer, terus idea keberjayaan kita hadir dalam diri mereka.
    3. Pencil Case, Jangan buat konspirasi pulak kata saya drag setiap hari khamis dan jumaat  dek beg make up ni. Bag makeup sangat sesuai dijadikan tempat letak pencil kerana ianya ada compartment yang banyak, so bolehlah isi segala haramjadah agar nampak kembung, sebab pencil case yang kembung memancarkan kecemerlangan individu pada masa depan. Chewah.
    4. File kotak-kotak  OK, nampak kotor kerana dah jinjit keserata alam. DIY you all, beli kain dekat Nagoya, lepas tu mulalah menjahit. Love and Love, the best way to look differentkan, takdelah kau jinjit file yang warna putih pastu penuh kesan sos keropok lekor ngan sambal udang dari kafeteria tu kehulu kehilirkan. 
    5. Buku Photography and Law by George Chernoff buku dari perpustakaan untuk project paper. Buku ni bosan dia kemain, buka buku terus tertidur, lepas tu bila lecturer tanya "What is the essence of this book?" pusingkan buku terus baca sinopsis dekat belakang sambil  tenung kuku, lepas tu buat muka minta penampar. 
    6. MP3 player Objek wajib, kalau tak bawa rasa nak ponteng kelas, sebab tujuan hidup hilang serta merta. Ceh padahal memang nak ponteng kelas. Kadang-kadang malu sebab intipati lagu-lagu sangat mengelikan seperti lagu Noraniza Idris bertajuk Ngajat Tampi, dan lagu fesyen show dari Paris dan Milan. Bila rakan-rakan tumpang dengar, scroll punya scroll, terus muka diorang berubah, lantas bertanya "Kau biar bonar, dengar lagu Noraniza Idris weh? Kau sangat peliklah makhluk ganjil yang panjang", membela diri terus saya menjawab, "Ya ke, eh bukan aku yang masukkan, ni, anak buah aku nak prank aku, balik siap kau cephia! (muka berkerut agar nampak stress dan marah)" Lepas tu terus rakan peminjan menjawab "Bukan anak buah kau umur 2 tahun ke?" Tersipu-sipu malu saya.
    Sepatutnya dekat sini nak post gambar bag, tapi bateri kamera dah habis. 

    Semalam pergi The Curve tengok badan kita sebesar rumah pangsa berlaman terus berkobar-kobar nak berdiet, sekali turun Ikano terus beli empat Crepe Coklat yang lazat dan berkalori tinggi. Sambil mulut sibuk mengunyah terus hati kecil dalam badan rumah pangsa  membisik hina,

    "Eh Rizal ke? ingatkan rumah pangsa tadi, kau nak kurus? kau lupakanlah roda-roda impian kau tu"
    Eh lebar kau!

    OK Now depressed you all!


    Saya tag anda semua. Anda dah buat, link kat saya ye sayang.

    Selimut berair liur basi aksesori fesyen?

    Selamat tahun baru cina everyone!. Walaupun tahun baru cina tak perlulah rakan-rakan terus capai cheongsam, yang lelaki draq bagai semata-mata nak tunjuk semangat satu malaysia tu. By the way, walaupun masih pagi buta, kejap, OH kesilapan. tengah hari buta, tetapi dek kegemaran masa kini menulis,lalu dicapainya keyboard untuk dicanang-canangkan kata hati. OK Geli sebentar.

    Buka mata pagi ni, selepas bermaharajalela bersama cinta-cinta semalam di kota metropolitan Kuala Lumpur, terus buka blogger, dan ternampaklah susuk-susuk komen Ami, dia cakap fasal blanket style. Bila nampak perkataan blanket terus mata menjeling tajam dekat blanket kesayangan saya, mata sepet juling terus memproses keadaan fizikal entiti selimut itu, kelihatan jelas tahap kedaifan dengan carikkan carikkan halus, benang-benang berjuluran kiri dan kanan, rasanya dek air liur basi, keasidan bau, warna dan rasa selimut ini memang tidak dapat disangkal membahayakan. Tertanya-tanya dalam hati "Kenapa tak dicampak saja selimut busuk, koyak rabak ni?" Bila akhirnya berkeputusan nak dicampak, hati  terus tak tenteram lalu dikepamnya selimut sampai masa kini, zaman moden. Namun bila terbuka link Ami, terus excited. Tak sangka berguna juga selimut dalam masyarakat.


    Ada tulisan-tulisan dalam website tu, tapi memang malas nak baca, sebab case melabak-lambak pun tak baca, ni kan tah fasal sejarah kain ni, tapi dia kata kalau jenis selimut yang kau balut badan dari atas kebawah tu, dan bukan, kain kapan balut mayat tu tidak termasuk dalam kategori ini, dipanggil Jainsem. .

    Inilah penggerak dunia fesyen sebenar, mereka yang penuh dengan gerak hati fesyen didada. Kalau anda dalam golongan yang  geli tengok cara masyarakat berpakaian sebab bukan berjenama Calvin Klein atau Gucci dan sekiranya misi hidup anda selain bergatal mesra adalah untuk  borong secara berjemaah dekat kedai berjenama, sebab designer reka pakaian cantik-cantik, kaler warna warni aidilfitri, anda sebenarnya dah sesat, (geleng kepala), anda sememangnya Ayah Pin moden. Ini kerana fesyen designers get their inspiration from street, tak taulah, maybe zaman dulu-dulu bolehlah korang nampaklah Vera Wang, Coco Chanel, dan Karl Lagerfeld bertenggek dekat bus stand Klang tak pun dekat Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat depan Globe Silk Store dapatkan idea, tapi dengan kewujudan entiti-entiti street scout macam The Sartorialist, Face Hunter , Look Book, tak yah susah susah dah diorang nak bergelumang dengan bau ketiak orang, kutu berterbangan, naik bas intrakota semata-mata nak tengok style pemakaian masyarakat.

    So pengajaran hidup, bila tengok orang, sila senyum lepas tu dapatkan inspirasi, tapi janganlah anda celik biji mata terus ke dapur, dengan mama dan kakak anda berkain batik, abang berkain pelekat terus dapatkan inspirasi sanubari, lepas tu terus kemain berfesyen kain batik, rambut ala ala berpantang lepas beranak, lepas tu berselipar jepun terus ke Pavillion ke, atau kemana sahajalah. Bila tanya "Apa inspirasi anda?" terus jawab "Inspirasi dari mama yang gigih  mengukur kelapa di dapur" atau "Inspirasi dari identiti kakak lepas beranak anak pertama, very perempuan gila meroyan" Memang confirm ada kemungkinan besar anda kena penyepak dua kali.

    Kalau anda tak percaya, sila tenung sampai juling gambar-gambar dibawah,
    Damir Doma

    OK, Kaler dia lari sikit, tapi gaya tu adakan? Suka, this this inspiring pieces. By the way jangan pula lepas tengok gambar ni terus meluru pergi dekat Nagoya, beli kain hitam ngan kelabu satu papan, terus balut badan macam lepat pisang. Lagi satu Comforter serta toto beli dekat Pasar Khadijah, Kota Baru pun tak sesuai ya sebagai kain balut balut.

    OK, muka macam zombie, nak mandi, kalau anda rasa saya menjijikkan atau haramjadah silalah comment ya. Oh by the way bila semalam dalam perjalanan pulang dari Hartamas nampak kereta paling hodoh, lepas dah kutuk sakan, baru perasan kereta sama macam kereta kita, confirm kereta kita bentuk macam toaster, lepas tu jalan tengah jalan macam tengah mencari roti gardenia dua keping, sambil jerit "Jem! Jem!"

    Eew.

    Damir Doma
    www.damirdoma.com

    Dari gabak dinasaur, terus seksi meksi.

    Hello hello rakan-rakan!

    Bila baca komen. terus tergelak sorang-sorang, lepas tu mulalah walk down the  memory lane, jalan slowmotion terus buat muka paling annoying dalam sejarah tanda rindu. Geli I. By the way, dapat respond dari rakan pembaca, dia cakap terima kasih sebab buat yang plus size feel better, Oh yeah, I like. Untuk pengetahuan, OK geli lagi sekali dek tahap keskemaan  ayat itu, Balik semula, kalau nak tau, zaman dulu-dulu kita tersangat lah gabak, besar gila woo, cakap je segala tohmahan rakan-rakan kejam sekolah pernah diharung. Paling annoying skali bila ikut mama pergi kenduri kendara, lepas tu mulah para makcik meroyan, Mulalah carutan-carutan berbaur rasa nak kena sepak berkumandang,

    "Eh Pah, Ku semangat anak kau! sihat!, apa yang kau bagi budak ni makan? Baja asli?" (Sambil segala anggota badan cuba mendemonstrasikan size besar gabak kita)
    Payudara bergelimpangan disisi. Battle nak?

    Tak ke ngong mak cik-mak cik ni, kau ingatkan si rumah pangsa ni pokok bunga kertas? suka hati je kau bagi hipotesis sendiri, mentang-mentanglah aku melebar kiri dan kanan, atas dan bawah, Dek pembolehubah ni, kau kata aku makan baja asli. Kau hebat makcik!. Tengok dah mengarut. OK berbalik kepada cerita telenovela saya, so zaman dulu-dulu pinggang boleh mencecah 44 inci, kalau tengok sekali dah macam kayu balak dah, muka tak boleh cakaplah, dah macam sebiji pinggang. Aksesori terbaik zaman ni, perut yang kian memboyot. Pernah kawan kita cakap, dalam nada paling annoying,

    "Kaukan Rizal, dari jauh boleh tau kau datang!"

    Gembira dek kemungkinan dia kata muka kita macam celebrity ka, artis ka lantas menjawab dengan nada paling minta penampar,

    "Ya ke? macamana tu, terangkan?"

    "Perut kau. Bagaikan membuat persembahan orkestra sendiri, kiri dan kanan bergerak, bila tengok dua kali perutkau seperti asyik menari inang dan zapin tanpa menghiraukan orang awam yang terkesima dek choreograf bersahaja kamu."

    Akur. Buat muka redha, terus berlalu pergi.

    Bila lama lama makin bosan pula dengan komen-komen  luar biasa orang awam. Paling annoying bila diorang cakap, " Eh Rizal, kalau kau pergi bandar metropolitan Kuala Lumpur, berdiri depan KLCC, orang ingatkan kau bangunan baru dekat sana, or maybe rumah pangsa 60 tingkat.  Perasaan bercampur aduk, bangga pun ada, sebab layak aku jadi bangunan dekat KLCC lantas dikurniakan inspirasi untuk mengarang cerpen autobiografi darjah 5, "Saya sebuah bangunan gabak di kota metropolitan"
    Aku sebiji bangunan gabak.

    Kadangkala telinga dan mata pantas menangkap gerak geri orang awam yang cuba mendemonstrasikan keadaan fizikal saya, pelbagai aksi-aksi ganas, seperti aksi ahli sumo, gorilla, Adibah Noor (jahatkan, dia besar pun dia pandai menyanyi, kau pandai buat tohmahan je. Siapa dashyat?) dipertontonkan dihadapan saya, kira macam nak bagi inspirasilah supaya  terus kurus esok pagi, dek tekanan hidup. Kalau makanan dah hobi masa lapang, macam kumpul setem, duit syiling, plastik tesco,  lantaklah, yang penting mulut perlu disuap suapkan, mata tutup. Sok lusa kuruslah, mama kata kena berangan baru apa yang kita nak boleh dapat. YA, saya faham dalam bahasa melayu, quote mama rasa sedikit jijik tapi tulah ayatnya selepas dialih bahasa. So selama empat atau lima tahun terus berangan sampai mati.

    Sehinggalah tingkatan 2, dek peristiwa hitam (rasanya tiada siapa kisah pun kehitaman cerita ni, so kita skip ya) terus terinspired nak kurus, berkobar-kobar dek non. So kita kongsikan rahsia kita kurus dalam bentuk bullet-bullet tu, agar senang dibaca, taklah muntah baca tulisan bagai. Untuk kurus kita buat bendalah ni,

    1. Menolak kesedapan dan nikmat terulung karbohidrat bernama nasi. Ya tak kisahlah nasi apa, nasi impit, nasi goreng, nasi basi, semuanya diharamkan buat seketika dalam diet. OK, sebab tak boleh makan nasi, tak perlulah anda capai plastik kampit beras tu lalu dikunyah tanda protes. Gantikan nasi anda dengan pilihan alternatif seperti roti wholemeal, yang warna coklat tu, bukan bun coklat ya. Makan bukan sebuku ya, sekeping dua tu cukuplah kira cam nak cukupkan syarat.
    2. Haramkan minuman bergas. Sentiasa tanamkan dalam minda kita ya, minum setin minuman-minuman ini akan meruntuhkan moral anda sepanjang tahun. Sebab kalau korang bersenam sampai keluar buah pinggang ke atau keluar darah putih mahsuri pun , takde effectnya pada badan montel kita ya kalau diselangselikan dengan tegukkan demi teggukan air color warna warni ni. Kalau teringin sangat nak minum, beli sahaja Diet Coke atau air kosong letak sepotong lemon. Kau mandi luluh dengan air ini atau nak minum, SILAKAN! kau nak togak sambil berdiri, duduk atau semasa buat poco-poco, tidak akan mengemukkan.
    3. Jadikan bersenam sebagai satu adat pusaka. Tidak perlulah pujuk ibubapa, atau para suami, atau para isteri, atau para para untuk beli mesin threadmill sebesar alam semata-mata nak bersenam. Berlari setempat, buat aktiviti-aktiviti kardiovascular, agar peluh peluh menitis membasahi kulit bersih munggil anda semua.  Aktiviti bersenam tidak perlulah dibuat selama 6 jam back to back sebab anda bukan dalam rancangan the biggest loser, macam 10 minit setiap sesi tapi setiap hari sudah cukup. Kira satu minggu 70 minitlah. Tujuan nak bersenam ni, bukan setakat nak mempercepatkan sesi kembang kempis anda, ia juga mengelakkan kulit anda menjadi flabby, sebab gusar, nanti bila hujan-hujan, dek ketiadaan payung, orang asing disebelah anda pantas mencapai lebihan-lebihan kulit dibahagian perut anda lalu dijadikan payung sementara. 
    4. Kawal diri anda. Selepas dah cuba segala cara, dah kurus, silalah control diri anda. Bila makan tak perlulah pelahap sangat sampai bila ke kedai Syed Bistro lantas memesan segala roti yang wujud dalam menu. Cake sedap dimakan tapi tak perluah kau sarapan kau makan chocolate indulgence, makan tengah hari, nasi ayam penyet dengan desert satu kotak donut Big Apple dan makan malam satu set Double  Cheese Burger, dan satu kapal french fries, bila tanya kenapa makan satu kapal french fries lantas menjawab "Kesian tengok Ronald McDonald duduk depan seorang-sorang, lagipun cashier tu juling, kesian dia, tulah sebab beli sekapal". Biasakan diri anda untuk tidak melantak makanan berat seperti pasta, atau segala haramjadah selepas pukul 7 malam. 6.59pm last minute mengunyah, lepas tu, chow pergi berzikir ka, beramal ibadat.
    5. Kalau lepas dah cuba diet bagai, masih tak kurus, korang buat tak tahu jelah, terimalah hakikat yang korang dilahirkan untuk menjadi semontok Kim Kardiashian. Kalau orang ramai masih menjeling, anda jeling juling dekat mereka, terus membalas dengan "Oh please guys.. Qada dan Qadar saya untuk menjadi montok seperti Kim Kardashian, berdosa lawan takdir!" lepas tu cekak pinggang agar tampak sedikit kurus dan terus berlalu pergi.

    Ajaibnya dengan diet ini, saya bukan lagi seorang manusia bersaiz rumah pangsa, kira kira ukur lilit pinggang bersaiz 44 inci, kini saya bersaiz 31 inci. Dengan ketinggian 6'2 ini saya rasa saya telah berkembang dari rumah pangsa ke menara KLCC. Pernah rakan karib tanya

    "Rizal, kau gayatkah? (sambil menghulurkan gula-gula getah)"

    saya dengan muka paling blur lantas menjawab,

    "Kau buat tebiat ke Ahmad Jais(bukan nama sebenar), aku gayat apa nya?"


    "Gayat, dekat atas tu, kaukan menara KLCC, by the way, mak aku cakap kalau gayat, kau kunyah chewing gum, kurang sikit rasa gayat"

    "Buaya darat kau Ahmad Jais (Bukan nama sebenar)"

    terus berlalu. Dalam hati kecil lantas mencarut-carut dengan penuh kesopanan, "Ok dah kurus org kata aku tiang lampu ngan KLCC, depressed"

    Kepada mereka yang mendambakan tubuh badan lebih kurus, cubalah diet ni, tak janjilah. Kalau kurus terus pakai kebaya ambil gambar, post dalam blog, relink dekat saya ya. Lelaki jangan pulak kau gatai dah kurus terus capai kebaya mak atau kak kau, terus flaunt. Berdraq queen bagai pulak kau.
    Bagi yang memang dah lama mendambakan tubuh badan Victoria Secret lepas dah kurus, terus pakai kepak, pergi kenduri kahwin. Kalau orang jeling nista, terus zas dia dengan kepak kiri dan kanan lepas tu cakap "I'm so Hot.. Oh my Gok. (dalam nada paling blonde paris hilton)"


    Selamat menjadi seksi!

    wedding

    [australian native wedding][recentbylabel2]

    Featured

    [Featured][recentbylabel2]
    Notification
    Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
    Done