5 kejadah yang tidak faham sampai mati.

5 kejadah yang tidak faham sampai mati.

Mama kita pernah kata kalau ada yang ingin disampaikan, terus je sampaikan tak payah nak cover-cover sangat, contohnya bila rasa nak buang air besar atau cirit birit terus je ke jamban tak payahlah nak control bagai, duduk simpuh tahan sampai muka merah-merah, lepas tu bila orang tanya "Weh kenapa muka kau merah bagai ni? kau sakit perut ke?", nak control keayuan punya fasal, dengan muka paling Vanida Imran atau Jalaluddin Hassan terus jawab "Tak, ni natural beauty, I cepat blushing memang genetik familylah, kira macam I ni Oh my good like natural beautylah" Padahal bak kata pepatah macam najis dihujung tanduk. OK kita tak suka.

So, sebab nak menyahut saranan mama terus je listkan 5 benda yang sampai akhir zaman takkan faham.

Berbaju kurung berkasut sneakers.
Ini adalah style yang selalu saya nampak, sangat unik rasa macam nak telan buah halkum lepas  tu keluar kan balik lepas tu cakap Tadaaaa!. Bukanlah kita ni expert kemain berfesyen tapi kenapa? why l'amour? why sneakers dengan baju kurung? adakah bagi mengaplikasikan prinsip Mix and Match yang digembar gemburkan dalam dunia fesyen lantas terus mencantumkan gaya sporty dengan gaya keayuan abadi? Tak suka sangat, takdelah nak paksa pakai baju kurung dengan stilettos Nina Ricci 
Kasut tumit ala ala jamban merah Nina Ricci, Bila tengok rasa macam nak cirit birit.



Pakai mekap setebal awan 
Pemenang utama dalam anugerah keyakinan tertinggi, dari zaman sekolah dah perasan dengan spesis ini, dulu zaman sekolah ada cikgu sekolah pakai eyeshadow kiri warna biru kanan warna merah jambu, konfiden je, lepas tu semua dewa-dewakan dia puji sakan lepas tu cakap "I harap one day you ada collection make up sendiri sebab you are an inspiration, you make up better than Bobbi Brown, kalau dia tengok confirm esok dia tukar nama Bobbi Brown jadi Bedah Brahim.
Tips untuk gaya ini : Gantikan bedak foundation ada dengan tepung gandum sebungkus untuk tampak lebih realistik gunakan tepung beras bario. Lipstik, gunakan perwarna merah perisa ros. Eyeshadow gunakan warna cokelat gelap, lapan belas kali lebih gelap dari warna kulit anda bagi menampakkan kegigihan anda bangun pagi pukul 3 pagi demi kecantikan abadi.
Contact lens warna-warni aidilfitri.  
Paling anti gila khinzir, especially kalau yang pakai tu muka kemain jawa belgium, lepas tu mata biru air laut gitu. Kau ingat mata kau biru kau boleh jadi mat salleh? kau ingat mentang-mentang kau speaking berabuk bahasa inggeris siap terkeluar lidah nak sebut With kau jadi secara rasminya caucasian, lepas tu cakap "Oh mi gok, this is like my original color, i dont like wear like contact. Seba b dah jadi mat salleh lepas tu fofulat terus pakai contact lens sebelah warna biru laut sebelah lagi warna hijau-hijau lumut kolam. Terus rasa nak tanya "Do you eat belacan chili paste?" Oh gok.
Cita-cita abadi memiliki DSLR Rasa sangat tak faham dengan semua makhluk yang tergila-gila kan DSLR, rasanya dah lapan juta kali cerita pasal ni, bosan tulis tapi bila tengok kawan-kawan punya page, siap tulis "Kalau dapat DSLR dah tak nak any gift, noktah" Apa yang korang dok gila-gilakan dengan DSLR, nak jadikan pendant ke? gantung dekat leher? ambik gambar sendiri depan cermin dalam Forever 21? Gambar Broga, lepas tu bila dah beli siap bagi nama lagi DSLR tu, kau ingatkan comel? kau ingat tamagotchi Izdikoni Musawir. Paling kelakar sekali bila dah beli DSLR terus cita-cita nak jadi jurufoto professional, tangkap gambar daun, papan tanda jalan dekat Melaka, lepas tu tangkap gambar kawan posing dekat Tasik Seksyen 7, Shah Alam pakai satu almari siap make up lima inci terus official photographer. OH MY GOD, you so weird. Kawan yang dia ambil gambar terus gelarkan diri model, lepas tu masukkan pencarian model tudung lepas tu pom dekat facebook. Geli I.
Lapan juta kamera DSLR menggamit suasana aidilfitri, gantung Bang jangan tak gantung.
Tatabahasa Muda mudi. 
Ni paling annoying skali.Bila baca status atau message dihantar yang berbunyi gini : "Ka dwkat manew tew? Blerw kew free? jom lewparks?" Annoying. Rasa cam nak gigit gigit je keyboard. Siapalah yang ajar diorang eja ginikan. Paling annoying eja Shah Alam siap tambah z dekat belakang agar nampak hype, Shah Alam jadi shah alamz, Kuala Lumpur jadi Kay-el, Klang jadi Clunk, Oh my god, please sakit buah testikal aku dengar dan baca, plewse, stwop.

    Aku tak faham.

    Nak tagged dekat kawan-kawan leh tak?

    0 comments:

    Post a Comment

    Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home