Apa kejadah dalam beg engkau? - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Apa kejadah dalam beg engkau?

Ami tagged saya,

  1. Garnier Body Light Whitening Hydrating UV Lotion. Bau dia memang semerbak, bila pakai rasa macam nak jilat-jilat tangan sendiri. Lepas dah jilat sapu balik. Jijik.
  2. Black Organizer Aksesori terpenting dunia, walaupun nampak bodoh, dan hodoh, tetapi dek dibimbit organizer kekiri dan kanan, semua berkata-kata "Wow, organizer, mesti you ni gila sibukkan, (sebab fokus pada organizer, muka berjerawat dengan tekstur kertas pasir paling maksimum tidak menjadi isu perbualan rakan-rakan) " Untuk tampak lebih professional, letak colorful paper tebal-tebal, kertas kajang, kertas buku matematik yang kotak gabak-gabak tu, sebab bila masyarakat tengok ketebalan organizer, terus idea keberjayaan kita hadir dalam diri mereka.
  3. Pencil Case, Jangan buat konspirasi pulak kata saya drag setiap hari khamis dan jumaat  dek beg make up ni. Bag makeup sangat sesuai dijadikan tempat letak pencil kerana ianya ada compartment yang banyak, so bolehlah isi segala haramjadah agar nampak kembung, sebab pencil case yang kembung memancarkan kecemerlangan individu pada masa depan. Chewah.
  4. File kotak-kotak  OK, nampak kotor kerana dah jinjit keserata alam. DIY you all, beli kain dekat Nagoya, lepas tu mulalah menjahit. Love and Love, the best way to look differentkan, takdelah kau jinjit file yang warna putih pastu penuh kesan sos keropok lekor ngan sambal udang dari kafeteria tu kehulu kehilirkan. 
  5. Buku Photography and Law by George Chernoff buku dari perpustakaan untuk project paper. Buku ni bosan dia kemain, buka buku terus tertidur, lepas tu bila lecturer tanya "What is the essence of this book?" pusingkan buku terus baca sinopsis dekat belakang sambil  tenung kuku, lepas tu buat muka minta penampar. 
  6. MP3 player Objek wajib, kalau tak bawa rasa nak ponteng kelas, sebab tujuan hidup hilang serta merta. Ceh padahal memang nak ponteng kelas. Kadang-kadang malu sebab intipati lagu-lagu sangat mengelikan seperti lagu Noraniza Idris bertajuk Ngajat Tampi, dan lagu fesyen show dari Paris dan Milan. Bila rakan-rakan tumpang dengar, scroll punya scroll, terus muka diorang berubah, lantas bertanya "Kau biar bonar, dengar lagu Noraniza Idris weh? Kau sangat peliklah makhluk ganjil yang panjang", membela diri terus saya menjawab, "Ya ke, eh bukan aku yang masukkan, ni, anak buah aku nak prank aku, balik siap kau cephia! (muka berkerut agar nampak stress dan marah)" Lepas tu terus rakan peminjan menjawab "Bukan anak buah kau umur 2 tahun ke?" Tersipu-sipu malu saya.
Sepatutnya dekat sini nak post gambar bag, tapi bateri kamera dah habis. 

Semalam pergi The Curve tengok badan kita sebesar rumah pangsa berlaman terus berkobar-kobar nak berdiet, sekali turun Ikano terus beli empat Crepe Coklat yang lazat dan berkalori tinggi. Sambil mulut sibuk mengunyah terus hati kecil dalam badan rumah pangsa  membisik hina,

"Eh Rizal ke? ingatkan rumah pangsa tadi, kau nak kurus? kau lupakanlah roda-roda impian kau tu"
Eh lebar kau!

OK Now depressed you all!


Saya tag anda semua. Anda dah buat, link kat saya ye sayang.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done