Dajal Fesyen, Anna Wintour? - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Dajal Fesyen, Anna Wintour?

Helo.

Baru sahaja selesai menonton dokumentari The September Issue buat kali ke lapan juta, mencuri konotasi istimewa Israq, Anna Wintour sememangnya dajal fesyen. masih gembira walaupun sekiranya  dialih bahasa ke bahasa Thailand, atau bahasa F.  Hati sentiasa tersenyum lebar dek telatah dajal fesyen, Anna Wintour, kalau dilihat perangai Anna yang sangatlah sejuk beku macam ais rasa kalau jumpa nak dikakikan je, memang confirmlah memang kena reject dengan mak mertua. Kalau mak mertua didapur suruh tolong tumbuk cili buat sambal belacan, mahu sahaja Anna Wintour menjawab keras,

 "I'm sorry mother in law, i'm in my vintage chanel dress, and I will never "tyumbuk (pelat mat salleh)" that thing unless that lesung was designed by Cristobal Belenciaga. 

Lalu mak mertua menyeru semangat langit dan berkata "Kau mat salleh ke, alien ke, orang gila ke, kau dalam baju kelawar canel ke, bebal ke, aku tak kisah, duduk dekat kampung nan sebatang, kau baik tolong aku rewang-rewang. I don't like you very very much care standard (jaga standard) like gadis bandar"


Marah semerbak Anna.

Walaubagaimana pun, saya tetap menghormati Anna sebab, 

  • dia tidak gila glamer seperti rakan seeditornya yang bernama Andre Leon Talley yang suka pakai selimut hodoh kutip tepi jalan, lepas tu gemarkan bercakap gaya blonde diserikan dengan loghat Perancis yang sangat mengelikkan. Kau ingat sebab kau kerja Vogue, berak sejamban dengan Anna Wintour ko boleh gelabah pakai selimut lepas tu satu dunia nak ikut? Kau lupakanlah roda impian kau bang oi.
    Selimut merah baki dari aktiviti menghias khemah rumah merah sempena temasya sukan sekolah.
  • Dia sangat professional dan berani. Kau ingat kau senang-senang nak komen Stefano Pilati punya baju untuk Yves Saint Laurent berwarna terlalu taik hanjing, takde kaler-kaler warna warni aidilfitri? Anna selamba dek je, lepas tu buat muka paling annoying, mata juling sebab nak kasi signal yang baju kau hodoh dan kau patut berhenti jadi pereka busana di paris dan balik ke kampung delek, Klang dan jahit baju kurung  dan baju raya sampai mati.
  • Anak dia cantik, walaupun dibesarkan dengan perangai ibunya yang sangat sejuk beku, namun anak beliau tersangatlah sopan, tidak gedik-gedik dek kuasa veto emak yang mampu mengubah cara pemakaian hidup dunia dengan sekelip mata, bayangkan kalau Anna Wintour cakap plastik sampah hitam cantik pakai dengan pearl, esok memang sold outlah plastik sampah kat serata alam, lepastu mulalah penuh dekat Lookbook tu dengan plastik sampah hitam. Geli I. By the way anak dia nak belajar law. Anak dia gila.
    Berlipstik merah, berkasut stiletto semua lelaki dek kuasa veto fesyen Anna Wintor, anda sanggup?
  • Nama dia Anna Wintor , rasanya kalau nama dia Bedah Jailani mahu ke sapa-sapa dengar apa dia carut-carutkan?, bayangkan Ricardo Tisci ingin bertanya pendapat editor vogue tentang koleksi terbarunya lalu dia menelifon pejabat editor, lalu dijawabnya panggilannya oleh setiausahanya "Bedah Jailani's office" konpem Ricardo letak telifon, geli. 
  • Dia mempunyai seorang kreatif editor berbakat bernama Grace Coddington, wanita yang boleh digelar nenek ini masih lagi creative walaupun diusia emas,kalau dekat Malaysia bukanlah dimajalahlah tempatnya tetapi di taman-taman tasik bergerak tari poco-poco.
    Walau dimamah usia, Grace (kiri) masih mampu melahirkan editorial seperti dibawah. Mak cik vogue gitu.
    Grace didalam dokumentari The September Issue melarang aktiviti mengedit perut Bob yang buncit dek prinsip hidup bahawa ini saiz manusia sebenar.

tengoklah sendiri,



Kesimpulannya walaupun dia tampak jahat tetapi terlalulah  sangat bijak.

Lepas dah tengok selimut bermaharajalela, terus rasa nak belajar rajin-rajin dan masuk parlimen haramkan selimut hodoh macam Andre pakai dimasa hadapan.

I detest you Andre!

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done