Dari gabak dinasaur, terus seksi meksi.

Hello hello rakan-rakan!

Bila baca komen. terus tergelak sorang-sorang, lepas tu mulalah walk down the  memory lane, jalan slowmotion terus buat muka paling annoying dalam sejarah tanda rindu. Geli I. By the way, dapat respond dari rakan pembaca, dia cakap terima kasih sebab buat yang plus size feel better, Oh yeah, I like. Untuk pengetahuan, OK geli lagi sekali dek tahap keskemaan  ayat itu, Balik semula, kalau nak tau, zaman dulu-dulu kita tersangat lah gabak, besar gila woo, cakap je segala tohmahan rakan-rakan kejam sekolah pernah diharung. Paling annoying skali bila ikut mama pergi kenduri kendara, lepas tu mulah para makcik meroyan, Mulalah carutan-carutan berbaur rasa nak kena sepak berkumandang,

"Eh Pah, Ku semangat anak kau! sihat!, apa yang kau bagi budak ni makan? Baja asli?" (Sambil segala anggota badan cuba mendemonstrasikan size besar gabak kita)
Payudara bergelimpangan disisi. Battle nak?

Tak ke ngong mak cik-mak cik ni, kau ingatkan si rumah pangsa ni pokok bunga kertas? suka hati je kau bagi hipotesis sendiri, mentang-mentanglah aku melebar kiri dan kanan, atas dan bawah, Dek pembolehubah ni, kau kata aku makan baja asli. Kau hebat makcik!. Tengok dah mengarut. OK berbalik kepada cerita telenovela saya, so zaman dulu-dulu pinggang boleh mencecah 44 inci, kalau tengok sekali dah macam kayu balak dah, muka tak boleh cakaplah, dah macam sebiji pinggang. Aksesori terbaik zaman ni, perut yang kian memboyot. Pernah kawan kita cakap, dalam nada paling annoying,

"Kaukan Rizal, dari jauh boleh tau kau datang!"

Gembira dek kemungkinan dia kata muka kita macam celebrity ka, artis ka lantas menjawab dengan nada paling minta penampar,

"Ya ke? macamana tu, terangkan?"

"Perut kau. Bagaikan membuat persembahan orkestra sendiri, kiri dan kanan bergerak, bila tengok dua kali perutkau seperti asyik menari inang dan zapin tanpa menghiraukan orang awam yang terkesima dek choreograf bersahaja kamu."

Akur. Buat muka redha, terus berlalu pergi.

Bila lama lama makin bosan pula dengan komen-komen  luar biasa orang awam. Paling annoying bila diorang cakap, " Eh Rizal, kalau kau pergi bandar metropolitan Kuala Lumpur, berdiri depan KLCC, orang ingatkan kau bangunan baru dekat sana, or maybe rumah pangsa 60 tingkat.  Perasaan bercampur aduk, bangga pun ada, sebab layak aku jadi bangunan dekat KLCC lantas dikurniakan inspirasi untuk mengarang cerpen autobiografi darjah 5, "Saya sebuah bangunan gabak di kota metropolitan"
Aku sebiji bangunan gabak.

Kadangkala telinga dan mata pantas menangkap gerak geri orang awam yang cuba mendemonstrasikan keadaan fizikal saya, pelbagai aksi-aksi ganas, seperti aksi ahli sumo, gorilla, Adibah Noor (jahatkan, dia besar pun dia pandai menyanyi, kau pandai buat tohmahan je. Siapa dashyat?) dipertontonkan dihadapan saya, kira macam nak bagi inspirasilah supaya  terus kurus esok pagi, dek tekanan hidup. Kalau makanan dah hobi masa lapang, macam kumpul setem, duit syiling, plastik tesco,  lantaklah, yang penting mulut perlu disuap suapkan, mata tutup. Sok lusa kuruslah, mama kata kena berangan baru apa yang kita nak boleh dapat. YA, saya faham dalam bahasa melayu, quote mama rasa sedikit jijik tapi tulah ayatnya selepas dialih bahasa. So selama empat atau lima tahun terus berangan sampai mati.

Sehinggalah tingkatan 2, dek peristiwa hitam (rasanya tiada siapa kisah pun kehitaman cerita ni, so kita skip ya) terus terinspired nak kurus, berkobar-kobar dek non. So kita kongsikan rahsia kita kurus dalam bentuk bullet-bullet tu, agar senang dibaca, taklah muntah baca tulisan bagai. Untuk kurus kita buat bendalah ni,

  1. Menolak kesedapan dan nikmat terulung karbohidrat bernama nasi. Ya tak kisahlah nasi apa, nasi impit, nasi goreng, nasi basi, semuanya diharamkan buat seketika dalam diet. OK, sebab tak boleh makan nasi, tak perlulah anda capai plastik kampit beras tu lalu dikunyah tanda protes. Gantikan nasi anda dengan pilihan alternatif seperti roti wholemeal, yang warna coklat tu, bukan bun coklat ya. Makan bukan sebuku ya, sekeping dua tu cukuplah kira cam nak cukupkan syarat.
  2. Haramkan minuman bergas. Sentiasa tanamkan dalam minda kita ya, minum setin minuman-minuman ini akan meruntuhkan moral anda sepanjang tahun. Sebab kalau korang bersenam sampai keluar buah pinggang ke atau keluar darah putih mahsuri pun , takde effectnya pada badan montel kita ya kalau diselangselikan dengan tegukkan demi teggukan air color warna warni ni. Kalau teringin sangat nak minum, beli sahaja Diet Coke atau air kosong letak sepotong lemon. Kau mandi luluh dengan air ini atau nak minum, SILAKAN! kau nak togak sambil berdiri, duduk atau semasa buat poco-poco, tidak akan mengemukkan.
  3. Jadikan bersenam sebagai satu adat pusaka. Tidak perlulah pujuk ibubapa, atau para suami, atau para isteri, atau para para untuk beli mesin threadmill sebesar alam semata-mata nak bersenam. Berlari setempat, buat aktiviti-aktiviti kardiovascular, agar peluh peluh menitis membasahi kulit bersih munggil anda semua.  Aktiviti bersenam tidak perlulah dibuat selama 6 jam back to back sebab anda bukan dalam rancangan the biggest loser, macam 10 minit setiap sesi tapi setiap hari sudah cukup. Kira satu minggu 70 minitlah. Tujuan nak bersenam ni, bukan setakat nak mempercepatkan sesi kembang kempis anda, ia juga mengelakkan kulit anda menjadi flabby, sebab gusar, nanti bila hujan-hujan, dek ketiadaan payung, orang asing disebelah anda pantas mencapai lebihan-lebihan kulit dibahagian perut anda lalu dijadikan payung sementara. 
  4. Kawal diri anda. Selepas dah cuba segala cara, dah kurus, silalah control diri anda. Bila makan tak perlulah pelahap sangat sampai bila ke kedai Syed Bistro lantas memesan segala roti yang wujud dalam menu. Cake sedap dimakan tapi tak perluah kau sarapan kau makan chocolate indulgence, makan tengah hari, nasi ayam penyet dengan desert satu kotak donut Big Apple dan makan malam satu set Double  Cheese Burger, dan satu kapal french fries, bila tanya kenapa makan satu kapal french fries lantas menjawab "Kesian tengok Ronald McDonald duduk depan seorang-sorang, lagipun cashier tu juling, kesian dia, tulah sebab beli sekapal". Biasakan diri anda untuk tidak melantak makanan berat seperti pasta, atau segala haramjadah selepas pukul 7 malam. 6.59pm last minute mengunyah, lepas tu, chow pergi berzikir ka, beramal ibadat.
  5. Kalau lepas dah cuba diet bagai, masih tak kurus, korang buat tak tahu jelah, terimalah hakikat yang korang dilahirkan untuk menjadi semontok Kim Kardiashian. Kalau orang ramai masih menjeling, anda jeling juling dekat mereka, terus membalas dengan "Oh please guys.. Qada dan Qadar saya untuk menjadi montok seperti Kim Kardashian, berdosa lawan takdir!" lepas tu cekak pinggang agar tampak sedikit kurus dan terus berlalu pergi.

Ajaibnya dengan diet ini, saya bukan lagi seorang manusia bersaiz rumah pangsa, kira kira ukur lilit pinggang bersaiz 44 inci, kini saya bersaiz 31 inci. Dengan ketinggian 6'2 ini saya rasa saya telah berkembang dari rumah pangsa ke menara KLCC. Pernah rakan karib tanya

"Rizal, kau gayatkah? (sambil menghulurkan gula-gula getah)"

saya dengan muka paling blur lantas menjawab,

"Kau buat tebiat ke Ahmad Jais(bukan nama sebenar), aku gayat apa nya?"


"Gayat, dekat atas tu, kaukan menara KLCC, by the way, mak aku cakap kalau gayat, kau kunyah chewing gum, kurang sikit rasa gayat"

"Buaya darat kau Ahmad Jais (Bukan nama sebenar)"

terus berlalu. Dalam hati kecil lantas mencarut-carut dengan penuh kesopanan, "Ok dah kurus org kata aku tiang lampu ngan KLCC, depressed"

Kepada mereka yang mendambakan tubuh badan lebih kurus, cubalah diet ni, tak janjilah. Kalau kurus terus pakai kebaya ambil gambar, post dalam blog, relink dekat saya ya. Lelaki jangan pulak kau gatai dah kurus terus capai kebaya mak atau kak kau, terus flaunt. Berdraq queen bagai pulak kau.
Bagi yang memang dah lama mendambakan tubuh badan Victoria Secret lepas dah kurus, terus pakai kepak, pergi kenduri kahwin. Kalau orang jeling nista, terus zas dia dengan kepak kiri dan kanan lepas tu cakap "I'm so Hot.. Oh my Gok. (dalam nada paling blonde paris hilton)"


Selamat menjadi seksi!


EmoticonEmoticon

wedding flowers, wedding dresses, wedding songs, wedding invitation wording, wedding rings, wedding wire, wedding invitations, wedding paper divas, wedding vows, wedding dresses 2018 wedding flowers, wedding dresses, wedding songs, wedding invitation wording, wedding rings, wedding wire, wedding invitations, wedding paper divas, wedding vows, wedding dresses 2018