Hero remaja, James Franco - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Hero remaja, James Franco

Hari ni macam sukaneka, selepas bertarung dengan pelbagai musibah sebab supervisor project paper dah pass kita dekat masing-masing sebanyak sembilan juta kali. Rasa macam dapat nur cahaya selepas dah finalize tajuk dan segala jadah. Tahniah!

Pada masa ini, tengah menonton buat kali kelapan juta juga filem kegemaran, The Holiday lakonan Kate Winslet, Cameron Diaz,  Jude Law dan Jack Black. Kau tengok sekali dia bagi satu jemaah pelakon handalan hollywood. Bagi yang pernah berborak dengan saya mesti dah bosan dengan sikap obses saya dengan filem ni, konon-konon nak nampak sangat romantiklah, buat muka stim lepas tu cakap,

"Well.. (pause agar tampak misteri), I must say that I cry alot,  I do, more than a woman you've ever met, and it happens to be the truth. A good book, a great film, a birthday card, I weep. I'm a major weeper."


Aku yang terangsang bye.

By the way, dalam filem ni, Cameron Diaz kerja dia buat trailer, BUKAN, bukan dia kerja baiki treler lori tu ya, kerja dia buat suntingan trailer wayang, pastu dapat juta lemon ringgit. Kemain Cameron Diaz pom cerita dia. OK merapu, so ada satu trailer movie yang tetipu digunakan, filem Deception lakonan Lindsay Lohan dengan James Franco. TAK PAYAH nak gatal-gatal search kat google, buat habis minyak engsel kat siku tu, trailer ni olok-olok. Bila tengok James Franco teringat filem yang dia lakonkan watak James Dean. Sebab obses dengan si James Dean haruslah terus stalk James Franco, manalah tahu dia inspirasi sanubari juga, Oh mai, memang inspirasi sanubari rakan-rakan. Punyalah charismatic kalau pakai kain kapan lepas tu ikat reben pink polka dot pun orang kata stylo. Celaka.

Tak caya? Korang tengoklah sendiri,
Kemain, pakai cermin mata classic macam tu pegang camera nampak stylo je, Kalau macamnilah dia main galah panjang pun nampak macam main tenis, kacak je.



Very simple yet very classy.
James Franco terlalu simple bagi anda?


Ambik kau eyeshadow kemain biru. Now?



James Franco as James Dean

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done