Selimut berair liur basi aksesori fesyen?

Selimut berair liur basi aksesori fesyen?

Selamat tahun baru cina everyone!. Walaupun tahun baru cina tak perlulah rakan-rakan terus capai cheongsam, yang lelaki draq bagai semata-mata nak tunjuk semangat satu malaysia tu. By the way, walaupun masih pagi buta, kejap, OH kesilapan. tengah hari buta, tetapi dek kegemaran masa kini menulis,lalu dicapainya keyboard untuk dicanang-canangkan kata hati. OK Geli sebentar.

Buka mata pagi ni, selepas bermaharajalela bersama cinta-cinta semalam di kota metropolitan Kuala Lumpur, terus buka blogger, dan ternampaklah susuk-susuk komen Ami, dia cakap fasal blanket style. Bila nampak perkataan blanket terus mata menjeling tajam dekat blanket kesayangan saya, mata sepet juling terus memproses keadaan fizikal entiti selimut itu, kelihatan jelas tahap kedaifan dengan carikkan carikkan halus, benang-benang berjuluran kiri dan kanan, rasanya dek air liur basi, keasidan bau, warna dan rasa selimut ini memang tidak dapat disangkal membahayakan. Tertanya-tanya dalam hati "Kenapa tak dicampak saja selimut busuk, koyak rabak ni?" Bila akhirnya berkeputusan nak dicampak, hati  terus tak tenteram lalu dikepamnya selimut sampai masa kini, zaman moden. Namun bila terbuka link Ami, terus excited. Tak sangka berguna juga selimut dalam masyarakat.


Ada tulisan-tulisan dalam website tu, tapi memang malas nak baca, sebab case melabak-lambak pun tak baca, ni kan tah fasal sejarah kain ni, tapi dia kata kalau jenis selimut yang kau balut badan dari atas kebawah tu, dan bukan, kain kapan balut mayat tu tidak termasuk dalam kategori ini, dipanggil Jainsem. .

Inilah penggerak dunia fesyen sebenar, mereka yang penuh dengan gerak hati fesyen didada. Kalau anda dalam golongan yang  geli tengok cara masyarakat berpakaian sebab bukan berjenama Calvin Klein atau Gucci dan sekiranya misi hidup anda selain bergatal mesra adalah untuk  borong secara berjemaah dekat kedai berjenama, sebab designer reka pakaian cantik-cantik, kaler warna warni aidilfitri, anda sebenarnya dah sesat, (geleng kepala), anda sememangnya Ayah Pin moden. Ini kerana fesyen designers get their inspiration from street, tak taulah, maybe zaman dulu-dulu bolehlah korang nampaklah Vera Wang, Coco Chanel, dan Karl Lagerfeld bertenggek dekat bus stand Klang tak pun dekat Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat depan Globe Silk Store dapatkan idea, tapi dengan kewujudan entiti-entiti street scout macam The Sartorialist, Face Hunter , Look Book, tak yah susah susah dah diorang nak bergelumang dengan bau ketiak orang, kutu berterbangan, naik bas intrakota semata-mata nak tengok style pemakaian masyarakat.

So pengajaran hidup, bila tengok orang, sila senyum lepas tu dapatkan inspirasi, tapi janganlah anda celik biji mata terus ke dapur, dengan mama dan kakak anda berkain batik, abang berkain pelekat terus dapatkan inspirasi sanubari, lepas tu terus kemain berfesyen kain batik, rambut ala ala berpantang lepas beranak, lepas tu berselipar jepun terus ke Pavillion ke, atau kemana sahajalah. Bila tanya "Apa inspirasi anda?" terus jawab "Inspirasi dari mama yang gigih  mengukur kelapa di dapur" atau "Inspirasi dari identiti kakak lepas beranak anak pertama, very perempuan gila meroyan" Memang confirm ada kemungkinan besar anda kena penyepak dua kali.

Kalau anda tak percaya, sila tenung sampai juling gambar-gambar dibawah,
Damir Doma

OK, Kaler dia lari sikit, tapi gaya tu adakan? Suka, this this inspiring pieces. By the way jangan pula lepas tengok gambar ni terus meluru pergi dekat Nagoya, beli kain hitam ngan kelabu satu papan, terus balut badan macam lepat pisang. Lagi satu Comforter serta toto beli dekat Pasar Khadijah, Kota Baru pun tak sesuai ya sebagai kain balut balut.

OK, muka macam zombie, nak mandi, kalau anda rasa saya menjijikkan atau haramjadah silalah comment ya. Oh by the way bila semalam dalam perjalanan pulang dari Hartamas nampak kereta paling hodoh, lepas dah kutuk sakan, baru perasan kereta sama macam kereta kita, confirm kereta kita bentuk macam toaster, lepas tu jalan tengah jalan macam tengah mencari roti gardenia dua keping, sambil jerit "Jem! Jem!"

Eew.

Damir Doma
www.damirdoma.com

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home