Esotik atau erotik? - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Esotik atau erotik?

Homaigod today

  1. Mama's heart operation siang tadi dalam pukul 12 tengah hari, mama went for this minor (suka hati je bagi degree minor dan major, kau ingat kau siapa?). Akhirnya selepas lapan ratus tahun ulang perkataan endoplaty dekat lapan juta baru tahu ejaan sebenar iaitu, angioplasty. OK malu. sekarang blush jadi oren. By the way doktor masukkan apa kebenda belon panas ke belon afrika dalam saluran darah lepas tu kalau nampak ada blockage terus letup, dan Ya bukan seperti main counterstrike atau mercun di Aidilfitri. Insyallah no complication. RM35,000 untuk letupkan belon. Menang juara lagu.
  2. Berfungsi sebagai lori sampah Dah dua hari makan sakan, walhal setiap hari duduk depressed (sambil menunjukkan jari telunjuk ke perut buncit kita) yang perut kita sebesar menara KL, kontena barang elektrik, mesin jahit, masjid jamek,  bas sekolah dan mesin air tin gedegang. Hari ni makan mee wantan soup, bunyi dia tunggang langgang, nahu lari, CONFIRM yang buat menu orang Myanmar, yang pasti rasa dia macam towel jamban, ayam rasa politrin, sayur dia macam makan daun bunga raya.  Tapi sebab tak bayar sendiri, jaja belanja, Zas sudah. By the way selain makan ni, turut menyerikan perut adalah sepeket Chipsmore, Twisties, roti perisa kelapa, Coleslaw, esok telan kereta. Bye.
  3. Jurisprudence semalam waktu menunggu mama terus dapat hidayah buka nota, buka nota terus pengsan. Tak faham benda. Kenapalah kena belajar benda-benda mengarut. Rasanya sang penulis bila buat buku, waktu menaip guna typewriter terus tulis begini. jhdcbibdici hbsdcbodsnco ihdbvijnadjncviad ibdiucndjaoncodw kjbduicnjd iubdcun ihdcbiusxdnkji snb iubewiubcjbdsw, lepas tu ebarkan rakan rakan "All law student must be able to understand my words, failure to understand you are merely an idiotic person. BODOH" Doalah sangat bila final nanti keluar gambar Oscar award lepas tu suruh comment macam Joan Rivers, confirm A++.
  4. Fesyen : Mengamit memori Ceh punyalah kasi tradisional nama. Homaigod tak mampu tengok rasa nak terkam amik baju diorang semua. Gorjes shial.
    Fokus sampai juling. bye.
Nota Kaki :
  • Jururawat lelaki adalah sangat esotik, macam buah dragon fruit warna biru. rasa macam tgk PBSM waktu kokurikulum. OK cepat kawad!
  • Tak sabar-sabar nak tengok dokumentari Billy Cunningham  dari New York Times on Streetstyle.

    Share with your friends

    Give us your opinion

    Notification
    Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
    Done