Galliano kena flying kick.

Bukan main excited setiap hari bangun pagi, dengan penuh taik mata, air liur basi berkerak dihujung bibir, rambut sebesar dunia terus capai laptop, buka blogger nak tengok berapa subscriber, OK memang confirm kurang kasih sayang sebab terpaksa terkinja-kinja mengharapkan perhatian masyarakat. Kalau orang tua-tua kata, menyusu tak cukup bulan.

Hari ni officially ada 50 subscribers, walaupun bukan lapan juta, atau sembilan juta atau juga lapan belas juta tapi gembira sangat, kau ingat senang nak menulis, setiap hari bila nak nulis tak tau nak tulis apa, bukan apa, dengan life yang tunggang langgang macam ni, kalau nak ditukar dalam perkataan memang tak menulis je, dok tekan je button keyboard, setiap hari post berbunyi macam ni,
Selamat pagi kawan- kawan, hari ni hjdbckjbkjebfvckjdwocvnkd kjcbd cnlkjdwncvionwkv cjbw bfcbdwbv kjwdvjnw  kjdcvkjdnvkjnwdkjvnldw nvjnevnljefvjler nvnrlnfvrnvjlnd wlnvjkdwnkvlnwelndcrkl sampai mati.
So lepas dah ada 50 subscriber, dengan reka design yang baru, terus semangat berkobar-kobar, tadi waktu kelas undang-undang pengangkutan, lecturer dok sibuk bergomol-gomol dengan rakan sebaya membincangkan tentang kontena terbalik, borang-borang kena isi, tapi kita dok busy bukak organizer hitam kita, sambil buat muka annoying  terus listkan topik-topik yang ingin dikongsi bersama.Telinga pekak, tapi bila lecturer cakap esok kelas Cancel, terus upload masuk otak.

Kau dasar buaya darat rizal!

OK, sekarang nak kongsi informasi hangat fesyen, John Galliano telah disepak terajang keluar dari Dior. Terkejut aku dengar semalam, buat kali kelapan belas tertelan buah halkum, nasib baiklah permanently attach kat tekak kalau tak confirm drop dead mati kat situ jugak. Dikatakan Galliano dengan selamba dek je main Yo mama jokes dengan orang ramai dekat bar, temasya olahraga mulut kot, sapa menang dapat remote tv.

Bila baca berita dekat Yahoo News semalam terus terbayang macamana dia gaduh,

Mangsa : Galliano, I jijik tengok rekaan kau, (sambil merujuk kepada gambar dibawah). Apa kebendalah kau design, kau hengat cantik sangat kau kasi sangkut gong atas kepala? dengan subang kemain besar, kenapa kau tak gantung je satu kapal?  so, tasteless.

Galliano : Please, inilah busana tinggi (high fashion), kau mana tau, sorry lima lori, orang macam kau ni sesuai pakai bundle balen balen je, aku pernah nampak baju kau ni kat balen-balen 5 inggitkan, kaulah tasteless, pakai bundle, dah lah hodoh.

Mangsa : Buaya darat! kau hodoh gila khinzir, bila kau masuk pertandingan orang terhodoh, terus pengadil cakap "Sorry boss, orang professional tak dibenarkan masuk"

Galliano : Kau gemuk gila,  kau sapu lipstik guna berus cat.

(terus gaduh)

OK mengarut, takdelah macam ni, dengan kata pasal racist remarks, memang terbaiklah, dahlah tengah  Paris Fashion Week, 48 jam lagi fesyen show  Dior. 

John Galliano berkasesorikan bunga sejambak. Jenuh dia mengandam.



Dahlah, tok sah gaduh-gaduh. Korang dok sweet sweetlah balik.

OH YA, terima kasih kepada para pembaca, I lap ya. Pleaselah reply kalau ada idea-idea menarik. Gugur rambut dok memikir idea-idea ganteng terbaru.


EmoticonEmoticon

wedding flowers, wedding dresses, wedding songs, wedding invitation wording, wedding rings, wedding wire, wedding invitations, wedding paper divas, wedding vows, wedding dresses 2018 wedding flowers, wedding dresses, wedding songs, wedding invitation wording, wedding rings, wedding wire, wedding invitations, wedding paper divas, wedding vows, wedding dresses 2018