mama sakit.

mama sakit.

OHMAIGOD TODAY

  1. Mama sakit. Rasanya tak patut letak dekat sini tapi just need a place to share. Mama dah sebulan rasa tak sedap badan, very weak but being the superwoman she is, dia buat dont know until recently, so dia pergi medical checkup and doctor suspected something wrong with THE HEART. like OH MY GOD, tak tahu nak bagi reaksi macamana, well need to be strongkan. Insyallah as I tweeted, just a minor glitch. Please pray for the best ya kawan-kawan.
  2. Happy Birthday Nur Farhana Abd Latiff  Kawan segeli geli kita dah berumur dua puluh dua tahun, dah boleh kawin tiga dah. Walaupun perangai dia agak annoying dan Mahyun namun sangat sayang dia sebab dia kawan tercantik kita ada. CEH! nampak sangat memilih kawan konon konon budget hot padahal kawan boleh bilang dengan jari kaki anak buah umur dua tahun. Selamat hari tua. By the way kita sayang kawan-kawan kita yang lima kerat yang lain, especially Ryn Ahsin, Neeja Yaacub (bapak sama nama, adakah petanda?),  Shazwani Gani, Shahdanizam, Zairan Ishak, Daus Firdaus. Jangan gaduh-gaduh tau, kalau gaduh-gaduh nanti  bila graduation ambil gambar sorang-sorang tepi tong sampah. Kesian.
  3. Project paper. Ingatkan dah sampai hujung saluran najis ni dah tak banyak benda nak tukar, just sikit-sikit kat sini dah kat sana. YALAH KAU RIZAL. mimpi disiang harilah kau, kena buat balik Chapter 4, the worst chapter of all. Kadang-kadang fikir bodoh jugakkan habiskan masa beratus jam baca baca sakan macam aidilfitri, bila dah print, bind kulit keras siap benang emas bagai, lepas tu ikat kemas-kemas hantar dekat lecturer, terus kena campak tong sampah. PEMBAZIRAN! baik duit pergi shopping dekat bundle or vintage store bagi mereka yang nak control jati diri dihadapan rakan-rakan.
  4. Bruno Mars Walaupun bakal datang menghiburkan para peminat di Malaysia lagi beberapa hari namun hari ni dapat jumpa dia, dekat depan Selangor Medical Centre, pakai kereta Satria. Over ya kau bang bertopi bagai, chill sudah bro, makan cendol je.
  5. Oh my fucking Lanvin  Hari ini, sibuk buat research ternampak editorial Daria Werbowy for Vogue, berbaju merah yang turut dipakai Karlie Kloss semasa minggu fesyen di Paris. Karlie tiada lagi persoalan, kaulah ratu hati ku, aku nak kau atas kek hari jadi ke 22 tahun 23 Jun nanti, kau berkabaya nyonya putih. Boleh? 
Happy Birthday Fanna Sukun.
Daria v Karlie, confirm kanan menang, muka dia macam pembunuh bersiri yang sambil makan karipap sambil pegang pisau, cari anak anak kecil buat inti karipap, extra pedas dengan lebih kentang.

Oklah nak mandi, nak pergi hospital, atau spital.

Nota kaki :
  • Kenapa baju nurse kena hodoh-hodoh dengan warna biru atau putih. Kenapa tak berdress sakan? kalau terlanjur buat gitu, terus buat set panggil Joan Rivers rakam Fashion Police.
  • Kenapa doktor yang kata, "Puan kena kuruskan sikit badan sebab merbahaya sakit jantung" tak sendiri kuruskan badan walhal mereka pun spesis obses. Tiada cerminkah?

OK bai.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home