Pak cik Karl penyelamat umat. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Pak cik Karl penyelamat umat.

Selamat sejahtera!
OK, memang serius tak mampu nak update blog minggu lepas, punyalah banyak kerja ya amat, paling berbahagia apabila kerja sekolah yang diberikan pensyarah untuk disiapkan dalam tempoh 16 hari, dibuat 6 jam sebelum proses penghantaran. Nasib baik bukan 3 minit, kalau tiga minit memang wajiblah hantar kertas kosong bersaiz A4 tulis "please refer to own belief and notes about law of privacy" kau boleh?

Dalam minggu lepas tiada apa pun yang menarik, kecuali fesyen show Chanel di Paris ya all!, CEH cakap macam kita yang duduk dekat kerusi paling depan sebaris dengan si gabak Andre Leon Talley dan para editor dunia.
Melalui pembacaan yang teliti pelbagai jenis blog serta segala medium bergossip, ramai yang cakap Uncle Karl, (OK, macamlah dia kahwin ngan mak cik/pak cik aku ) sejak akhir-akhir ni, dalam sedekad akhir-akhir ni design dia dah boleh di agak, kalau dalam bahasa orang putihnya, predictable, kalau orang kita orang cakap dah hilang seri pengantin gitu.

WHATEVERLAH!, Uncle Karl tetap pujaan hatiku, setiap musim memang ternanti-nanti gimik fesyen show dia, dia memang berjaya menukar rupa Grand Palais (disebut Gran Pala(i} ) menjadi extravaganza
.
Apa kau ingat Siti Nurhaliza je boleh buat hall bertukar wajah? Tak percaya?


Untuk pertunjukkan fesyen Chanel bagi musim luruh dan salji 2011/2012 Karl Lagerfeld sekali lagi bergimik sakan. Bagi mereka yang gemarkan gaya-gaya vintage Chanel, bagi musim ini memang tak  dapat nak menolong, kelihatan inspirasi Karl adalah pakaian akhir zaman, berlatarkan lantai kayu lusuh, dengan hembusan asap asap dari batu-batu ala ala di persimpangan neraka, OK silap, gunung berapi. Dia banyak bermain dengan warna kelabu dengan sedikit curahan warna, seperti merah dah sebagainya. Turut memukau adalah penggunaan tekstur, sorrylah kawan-kawan, kau pergi Nagoya ke, Jalan Masjid India ke, memang confirm takkan jumpa kain macam ni.



Lepas dah tengok, terus rasa berdosa lepas tu insaf.

Emo sangatlah Uncle Karl ni.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done