selamat pagi dunia.

selamat pagi dunia.

OHMAIGOD TODAY
  1. Masa, kenapa satu hari tak boleh 89 jam? perlukan lebih masa untuk kertas projek dan twitter, sebab baru belajar dan mahu menempa nama. GILA GLAMOR SHIAL! 
  2. Gadis-gadis tropika,  berhak menerima anugerah sebab penuh yakin bergaya, make up bukan main tebal rasanya setiap hari bangun pukul 3 pagi untuk bancuh makeup dalam gayung atau cawan politrin.
  3. Pak Brahim seperti kelas sejarah dunia, semalam belajar tentang sejarah pampers dewasa dan aktres-aktres zaman batu serta filem-filem lama. Baru tahu bahawa ibu kepada anita sarawak adalah siput sarawak dan bukan siput sedut.
  4. Empat minggu ke final Walaupun kini sudah dihujung dubur, masih lagi tak tahu haram apa yang belajar, tulah bila mak suruh belajar, ponteng pergi IKEA. Kau jawablah berapa biji meatballs ada pada seorang lelaki yang membeli 10 biji meatballs dalam final nanti.
  5. Hero fashion : Rick Genest Rangka yang dalam videoklip Lady Gaga, born this way.


6.00 am - 9.40 am
Hari ini bangun sangat lewat, memang sentiasa set alarm pukul 6 pagi, tapi memang hari ini super malas, sorry adik tak rajin nak bangun awal. Pukul 6 tepat mama kita kejut, bukak pintu yang sangat ketat kita, lepas tu berdiri tercegat dengan pose paling garang lepas tu cakap,

"Kau nak aku jirus kau dengan air panas ke? dah kelas pagi-pagi buta kau nak aku kejutkan, nak aku terus mandikan ke?"

Confirm, kalau korang mesti terus bangun siap-siap lepas tu chow pergi kelas lupa nak mandi. Sorry beb, dengan saya sangat berbeza, terus capai handphone blueberry saya (dan, ya BLUEBERRY bukan BLACKBERRY) lepas tu buat muka paling suprise, gosok-gosok mata dengan sedikit muka kekesalan lantas cakap,

"Alah, kelas pagi cancellah mama, baru je nak belajar rajin-rajin nak mengharumkan nama keluarga, lepas tu nak jadi orang berguna lepas tu bawa mama dengan ayah jalan-jalan satu dunia"

(gelengkan kepala tiga kali)

"Dunia.. dunia", lepas tu sambung tidur.

10.30 am - 6.00 am

Walaupun gila lambat ke kelas Pak Berahim hari ini namun selamba je drive, dengan penuh tatasusila sambil dengar lagu Taylor Swift, Back to December diselangseli dengan lagu baru Jennifer Lopez on the floor, muka sememeh gila, pakaian paling geli rembat je baju apa, takde masa nak buka GQ.com, majalah Glam Lelakinya, lepas tu pilih kasut kemain, kalau macam tu, takyah kekelas sebab lepas dah habis bersiap umur dah 56 tahun, boleh ambil pencen.  Sampai kelas, Pak Berahim, 370 tahun belum sampai terus meluru ke kerusi belakang terus berjimba sakan dengan rakan-rakan dicintai.

Hari ni jumpa kembar tropika (golongan pelik-pelik), kemain kau dressing bagai, ala ala 80s gitu tinggal menari lagu Maya sebuah diari biru je dengan penyanyi latar pakai wig warna warni bagai. Macam ni,
Apa kau nak apa?

10.44 pm - sekarang
Terkinja-kinja tengok video clip lady gaga, nampak rangka tu, ingatkan dia main makeup-makeup, sekali betul da, dengar cerita sekarang dia muse, ataupun dalam bahasa melayu dia, idola hangat Nicola Formichetti dan Thierry Mugler. Bersama Lady Gaga, dia join sekaki jalan untuk pertunjukkan fashion Thierry Mugler.

Awesome dowh dengan sedikit perasaan takut momok.

Models.com

OK takut sekarang. Please.

Nota kaki
Suka tak blog baru saya. OK sangat annoyingkan tukar-tukar design blog setiap hari, nampak sangat tak ada kerja, orang sibuk-sibuk kerja kita sibuk main tukar kiri kanan dan segala bagai konon-konon nak nampak edgy.

Edgy kepala kau rizal.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home