Teddybear anda kejam.

Teddybear anda kejam.

Semalam, sempatlah buka facebook, CEH punyalah nak market terus cakap macamtu padahal 24 jam bukak facebook, bila orang tanya kenapa kau punya facebook online 24jam, terus nak nampak hebat cakap, taklah sebenarnya bukan aku ada depan laptop pun, aku saja bukak, manatau ada important message dari rakan sebaya, walhal sedang busy stalk orang.

OK, ternampak video kejam, satu mamat ni dok pijak-pijak anak kucing. Kejam gila, rasa macam nak sepak-sepak je mamat tu, memang tak ada otak, kalau kena jentik marah, cakap sakit, kau ingat kucing tu tak sakit, kau ingat dia spongebob? bodoh punya orang. Kalau manusia sikit-sikit cakap perangai macam binatang, at least binatang tak buang anak, tak rogol anak sendiri. Please jangan membinatangkan binatang.

Marah sangat.

OK, dah telanjur cakap fasal binatang, nak kongsi serba sedikit fasal kekejaman keatas binatang, banyak kita yang tak perasan kita serba sedikit menyokong industri kekejaman kepada haiwan. Marilah saya kongsikan serba sedikit informasi.

Patung anda adalah kucing anda.
Ramai yang cakap, taknak bela binatang sebab takut nanti terabai, nanti buat dosa je. Tapi tahukah anda kebanyakan atau hampir 80% patung-patung yang dibuat di China dan dipasarkan di Malaysia menggunakan bulu kucing atau anjing. OK confirm by now, semua terus sibuk-sibuk check patung, cari label dekat teddy bear lepas tu nampak tulis "Faux Fur" terus terkinja-kinja kegembiraan. Tapi, awas, tu semua auta aja, kalau korang terberak dalam seluar, nak ke korang cakap "Kawan-kawan aku tercerry berry dalam seluar!"? Confirm terus duduk bersimpuh buat muka paling ayu, lepas tu control je. Market diri.

Kematian dashyat haiwan
Untuk pengetahuan mereka yang tak tahu, binatang-binatang ni dilayan dengan sangat kejam, di campak sana sini. Teringat bila kali pertama tengok video pembuatan barangan bulu haiwan dekat youtube untuk presentation, meleleh air mata bila tengok satu bahagian dimana sangkar yang berisi puluhan kucing dicampak dari lori, dek impak lemparan banyak kucing-kucing cedera, patah tulang, lepas tu ada satu imej yang saya takkan lupakan sampai saya mati, dimana kawan kucing yang lain nampak kawan dia patah kaki, terus duduk sebelah, jilat bulu kawan dia, maybe dia cakap "Sabar ya kawan, kejap je lagi, lepas ni kita dah tak kena seksa", beberapa saat kemudian datang manusia kejam terus sentap kawan kucing yang sakit tu, lepas tu sembelih dan siat hidup-hidup depan kawan dia yang patah kaki tu. Oh my god, memang melelehlah air mata. Kejam sangat manusia. Bagi yang tak dibunuh begini, diorang samaada direbus hidup-hidup atau dielektrikkan sampai mati. Kejamnya.

Menunggu masa dilapah.





Please, berhentilah membeli soft toys atau segala produk berunsurkan bulu-bulu, anda boleh mengubah dunia.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home
personal, fashion, travel, loan, insurance, health, real estate, home, marketing, personal, fashion, travel, loan, insurance, health, real estate, home, marketing,