Biar mati anak jangan mati fesyen. Gila ke apa? - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Biar mati anak jangan mati fesyen. Gila ke apa?

I find fashion so free. Some people would sell  their kidney or brain for a pair of louboutin or that delicious and sexy Bottega Venetta leather shoes. OK, yang sanggup menjual bukan semua orang, hanya saya sahaja, rizal yaakub. Seriously why bother spending tonnes of cash on all designer items when you can get a cheaper version of each item else where?

Perdajalkan majalah fesyen, rancangan Nona di TV3 dan segala blog-blog syok sendiri. Fashion should be affordable. OK padahal memang nak sedapkan hati sajakan, tiada wang yang begelen-gelen untuk membolehkan kaki ini melangkah ke gedung-gedung fesyen terkemuka di The Garden, Pavillion dan KLCC. Kadang-kadang terfikir macamana kawan-kawan seangkatan boleh terjah ke kedai Zara terdekat lalu menyentap segala baju di rak tanpa segan silu, bila kita hanya mampu melangkah masuk dan mencuba segala pakaian terbaru tanpa membelinya, bila Store assistant menegur sapa,

"Sir, can I help you?"

lalu seraya berkata,

"Oh, the first time I saw this jaket on Sean Opry (sambil jari menunding ke poster iklan Zara), I just blushed away. It looked so perfect. Would love to own this, but maybe I'll come back later. (pada keadaan ini, terus memberikan reaksi yakin tanpa sebarang pertanyaan)"
Sean Opry untuk Zara


Lepas tu tidak kembali sehingga koleksi musim berikutnya.

Dah tak mampu nak buat apa? RM900 untuk sepasang jacket yang dipakai lapan bulan sekali, sungguh tidak rasional. Bercakap tentang rasional, apa rasionalnya memakai jaket kulit pada jam 2 petang semasa resepsi perkahwinan di Klang, bandar kunyit kekuningan, silap diraja.

Berbalik kepada rasional, hari ni berjaya berbelanja baju yang banyak, 9 helai dengan harga RM50.20. Kau nak apa? bila jalan keluar Factory Outlet Store rasa macam baru lepas rompak kedai. Lepas tu muka pucat lesi, sebab excited sangat.

Kali ini berbelanja ala ikut kemampuan, sebab dah rasa kerja jadi kuli, RM4 satu jam, so bila beli barang terus otak automatik kirakan berapa jam perlu berdiri buat muka plastik kepada para pelanggan yang budiman bagi satu transaksi bernilai RM900. Banyak tu.

Ingin sekali sertakan sekawan gambar bersama, tapi sebab kamera tiada disini, akan ditunda sehingga post berikutnya.

Bagi post kali ini just nak ajak kawan-kawan melawat FOS terdekat dan beli belahlah secara histeria.

Jill Sander
Jill Sander
Viktor & Rolf

Siapa rasa ini terlalu gorgeous angkat tangan! Oh my.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done