Carutan-carutan halus - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Carutan-carutan halus

Lepas peperiksaan hari tu, terus berkobar-kobar mencari kerja. Pelan jangkamasa panjang konon-konon nak memartabatkan budaya mempertingkatkan produksi negara. Minggu pertama, dengan suka cita penuh rasa tanggungjawab terus pergi Sunway Pyramid, manalah tahu ada kerja yang seronok-seronok. Nampak kedai sign vacancy  dekat cermin butik Guess, tetapi melihatkan para perkerja aku rasa soalan  cepu cemas lemas dia mesti,

"Do you speak chinese?"

kelakar juga, kenapa orang selalu tanya do you speak chinese? kalau aku balas aku cakap bahasa Melayu sahaja. Tunggu sampai dia bagi reaksi nak-kena-pelempang terus cakap orang cina kena cakap cina ke?bukan kita Malaysia ke?

merapu.

By the way, sementara jalan-jalan cuci mata terus masuk kedai Topman sebab ada sign color hijau tulis VACANCY!, tapi bila aku tanya dekat manager store dia, terus direct dia cakap "NO!". Lemas betul aku, yelah aku tau aku sekiranya memakai seluar dekat topman hanya boleh jadikan stokin je? tapi apa? tak boleh ke dia cakap nicely, manis-manis.

"Encik giant, disebabkan anda bersize agak gergasi, saya rasa awak tidak akan memenuhi kriteria size kanak-kanak ribena kami disini. Lagipun kalau anda bekerja disini, tiada uniform sesuai untuk anda kecuali selimut atau sarung guni sahaja. Thank you"

sejuk perut emak mengandung.

Satu tempat je yang aku rasa dengan tangan terbuka ambil aku, Golden Screen Cinema. Oh yes, aku bukanlah bekerja sebagai director atau berkerja di kaunter tiket. Aku hanyalah pelayan concession atau bahagian makanan tu. Alah yang sodok-sodok popcorn, buat 1901 hotdog, bancuh kopi panas, buat Mashed potato. Seronok gila. Tetapi lepas kerja seminggu lebih terpaksa resign sebab ayah masuk hospital.

OK baru je berapa hari tak kerja, dah rasa bosan. Teringat anak-anak ikan di kaunter concession, teringat bau hotdog. Bila kerja selalu cakap dalam hati,

"OK, lepas ni takkan makan popcorn lagi, ni je kali terakhir"

Tertipu I, sekali aku makan satu guni. Lepas tu terus pergi tandas tengok cermin, takut muka terus tembam. Bahaya kerja dengan makanan ni.

Sekarang bila dah berhenti,  aku makan satu peti ais, kalau tong sampah tu candy dah lama aku telan sekali.

Homaigod, aku rindu kerja dekat GSC Summit. Minta-mintalah manager aku bagi aku masuk balik.

amin.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done