Gaya di laut, Dolce & Gabanna didarat, dalam periuk bikin muafakat.

Gaya di laut, Dolce & Gabanna didarat, dalam periuk bikin muafakat.

Hari ini memandu pulang ke rumah dengan berasa extraordinary. Rasa macam disampuk James Dean. Bila  dah sepuluh minit memandu terus buka radio, macam dah plan awal-awal pula, lantas berkumandang lagu Madonna bertajuk Hung up. Waktu tu dalam otak baru teringat gaya kelasi ya all. Bila tengok orang pakai baju belang-belang dengan kasut boat shoes, terus rasa naik ghairah.

Ya Allah cantiknya, ramai yang cakap,

"Eh kau ni bergaya kelasi bagai, bila pergi laut duduk tepi laut je, alasan tak nak gatal-gatal kena air padahal tak nak nampak tetek gelebeh kau kan? ahaa, tetek gelebeh, boleh buat punching beg"

Eh keji ek kau.

Actually memang suka sangat gaya kelasi ni, orang kata gaya navy gitu. Bila start suka gaya ni, lepas tengok fesyen show D&G koleksi musim luruh tahun 2006, waktu tu masih belajar di UiTM kampus Merbok, Kedah. Punyalah obses sampai download letak dalam laptop, sebelum pergi kelas tengok seround, balik kelas lagi sekali dan sebelum tidur sekali lagi. Dah macam gosok gigi aku rasa.


OK serious terpancutkan? cantik sangat-sangat. Jantan bermutu tu. So lepas dah tengok video fashion tu terus berkobar-kobar nak cari baju macam ni. Yalah, nak beli D&G terpaksa bergadai buah  pinggang dan adik beradik. Hari ni jalan-jalan kat Summit nampak sandal ala ala D&G tu, sweater sailor style and white pants atau seluar putih.

Belum check lagi size dia, tapi melalui pemerhatian size dia homaigod kecik kemain. Aku tengok dekat patung elok-elok cantik menarik, aku pakai jadi boxer je.

James Hampson memakai Paul Smith
 
Kardigan Just Cavalli

Ya ampun lawanya, mintak-mintalah bangun esok boleh kurus macam ni, baru sexy pakai gini.

Nota Kaki : Kalau pakai heels setinggi langgit janganlah kau heret kaki kau, aku tengok dah macam banduan pakai besi lapan kilo dekat kaki. And one more thing bagi wanita-wanita  yang gilakan sepatu Charles&Keith, kamu beramai-ramailah berjemaah ke Empire Gallery sebab ada Sale gila babas. Sediakan ubat sawan gila babi sebab korang bakal menjadi gila seketika.

Permintaan abadi : Aku dapat hit kemain banyak, tapi tak tau siapa korang, bagi yang baca sudilah jadi subscriber, bolehlah kita bergomol-gomol.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home