Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang wanita gabak berskarf extra ketat sambil menjugil mata, melopong

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang wanita gabak berskarf extra ketat sambil menjugil mata, melopong

OK. Serious, kalau lepas ni ada lagi post fasal kerjaya baru sebagai patung barbie di Golden Screen Cinema mesti kena tukar nama blog jadi Autobiografi seorang patung layar. Bukan paper doll ek kak, tak kuasa aku  nak berkebaya ke, cheongsam ke, saree pelbagai, dengan makeup segayung.

Tak kuasa aku.

hari ini cuma nak cakap, terima kasih kepada pelanggan yang budiman yang dengan penuh tatasusila memaki diri dengan gaya ekstrim. Bukan seperti biasa, pelanggan kali ini bukan seorang yang tergolong dalam golongan fashionista, ceh, macamlah aku ni jaguh fesyenkan main label-label orang.

By the way, hari ini panggung wayang sangat-sangat penuh, sebab hari rabu tiket hanyalah RM6, murah sangat terutamanya bagi yang kedekut dan mahukan penjimatan terbaik, kalau boleh nak tiket RM2 sahaja tanpa memerlukan sebarang kerusi, sanggup sahaja bersila dan bersimpuh di tangga dengan penuh tatasusila sambil menjamah kuih-muih tradisional seperti kuih kesuwi, puteri ayu dan jangan lupa jemput-jemput pisang yang telah dibungkus rapi dari rumah kerana perasaan benci yang mendalam terhadap budaya-budaya barat seperti bertih jagung atau dalam bahasa Inggerisnya Popcorn  sambil mata fokus menonton adegan-adegan ganas Pirates of Caribbean.

Berbalik kepada pelanggan wanita bernama  Sally (Bukan nama sebenar), saya setelah memastikan telinga terpasang bagi mengambil segala pesanan beliau yang tidak jelas dek suara yang dikepit rapi, lantas menekan-nekan mesin gedabak berwarna warni itu. Beliau berbadan agak gempal alam semesta, dengan potongan rambut ala ala remaja lelaki edgy, seperti Agyness Deyn (rujuk illustrasi 1),
Illustrasi 1 : Gaya rambut jantan Agyness Deyn sesuai dengan bentuk muka beliau yang kecil. Kalau selepas sesi beramah mesra di saloon dan rambut kelihatan lebih kecil dari muka, atau seperti memakai tuala lap goodmorning di kepala memang minta pelampanglah tu. Orang kata muka gedabak lebar macam peti ais 7/11 tidak sesuai berambut begini. Apa kata survey!
manusia normal manakah yang mampu menahan pandangan pelik namun dengan penuh gaya kesopanan abadi seperti yang saya lakukan dek kelebaran mukanya berbanding rambutnya? yang saya dengar hanyalah,

"You! I want one legular popcorn and faf  (five) sweet corn wo!!"

"OK, miss gedabak, I mean miss pretty, 5 sweet corn"  balas saya, lantas bergegas ke stesen sweet corn.

Dek fokus maksimum  kepada gaya rambut serta scarf gaya arab terikat ketat dan rapi dileher besarnya terus saya menyiapkan 4 sweet corn, kurang satu daripada jumlah tertera di resit.

Dalam hati kecil terdetik, "patut tak aku tegur? kalau tak tegur mungkin beliau akan tercekik segala bijian popcorn yang ranggup lagi manis ke, mungkin juga foam cup untuk corn in cup, atau sebuah kerusi ke? atau juga teman lelaki kecil dia itu? hanya disebabkan skarf ketat maksimum yang dipakainya. Tapikan mungkin juga skarf itu adalah cara dia nak buat lelemak manis yang bergelimpangan dan melambai-lambai halus dibawah lehernya kelihatan lebih kecil ..."

tiba-tiba terdengar cacian halus. "Hai yo! I order faf  (five) corn you know! hai yah! I paid RM17 for that  you know! hai yah! you hah careful lah! you know! hai yah!" diulang seperti radio lapan juta kali agar semua pelanggan lain terus menepuk tangan bersama berlatarbelakangkan tempo "you know!" dan "hai yah!"

Beliau, dalam usaha untuk memberikan kesan efek serius dan bersungguh-sungguh dengan penuh gaya kesukanan menjugilkan biji matanya berkali-kali.  Kelihatan biji mata beliau meronta-ronta kepedihan, cuba untuk menonjolkan diri disebalik mata sepetnya.

Ingin sahaja mulut ini menjawab,

"Like I care miss gedabak. Please don't menjugil biji mata here miss (dengan accent Australia)."

Tapi teringat kata-kata orang tua, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang wanita gabak berskarf ketat melopong.

Aku melopong jelah. OK hati terus pujuk diri sendiri, "mesti dia laparkan sampai dia marah-marah, kalau makan empat sweet corn  macam makan pencuci mulut sahaja, meneguk air basuh tangan saja" Terus aku capai periuk dan senduk terus menggaul dengan muka bersungguh-sungguh.

Nota Kaki : Aku doakan dia tidak lapar dalam hall nanti, sebab kalau dia lapar nanti dia akan menjugil biji mata dengan orang sebelah, minta suapkan mashed potato dengan nugget 14 biji sekali telan.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home