Selamat Hari raya, masih belum kaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Hari ni hari raya ke tiga tapi seperti tahun-tahun sudah tak extravaganza pun. Perhaps I have step into a phase where bombastic celebration is not priority in my life. Lagipun abang tak cuti sampailah raya ke enam. OK bosankan raya 30 hari.

Hari raya pertama tak buat apa apa, bangun pagi, sebab rumah macam kapal perang so, kena kemas, lepas tu tolong mama kat dapur dah habis semua, pergi rumah saudara dekat shah alam. Dalam sibuk-sibuk berhari raya, my brother in law and sister decided to break free in IKEA, mestilah after 30 days fasting, that perfectly baked meatballs with that luscious thick sauce would be the ultimate satisfaction.

Tapi malangnya IKEA penuh ya amat, macam pesta menuai. So terus pergi Bangsar Village Mall rasanya, cari Dave Deli's tak jumpa so pergi Chilli's, so kesimpulannya pagi raya disinari cahaya Chili's. Awesome kot, lepas dah habis muntak kedarah, pergi atack Gourmet's A slice of haven, walaupun cupcake dibenci diri ini, tapi ChocCupcake dia dashyat, terus syahdu lepas makan. Lepas dah makan, depressed gemuk.

Lepas tu malam hari, Ayah telefon cakap mama mengalami cherry berry melampau, so terus rush ke hospital, dan kami semua adik beradik pun bertemu di hospital. Drama gila. Konon-konon drama Erma Fatima.



Walaupun raya tak glamer, tapi dek bilik dah dikemas rapi, baju dah disusun color-coordinated rapi. So tetap happy.

Macam-macam nak update, tapi tengah tunggu masa sesuai, banyak objek-objek fesyen yang harus ditunjukkan. I just want to say for now, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Manatahu ada yang terasa dengan saya, yelah mulut puaka. Kalau saya ada terpuaka ke, minta maaf sangat-sangat, tak terfikir nak melukakan hati anda-anda semua, just nak horny-horny.

Bila beraya ingat lima perkara,

  1. Selipar berjenama crocs bukanlah selipar raya, so haruslah dipakai hanya ke jamban. Kalau dah pakai baju Melayu berkain Fendi, jam Patek Phillipe, sekali zoom sepatu dari Crocs, bolehlah bunuh diri.

  2. Kuah lodeh dan sambal kacang bukanlah corak kain Lanvin, tak perlulah nak buat corak tersendiri diatas baju ya. 

  3. Bila makan tu ingatlah orang tersayang, tak perlu jilat mangkuk-mangkuk dan piring-piring. Sedap-sedap makanan jiran, salah makan cherry berry merana oi. 

  4. Bila beraya dikampung tak perlulah bercakap ala ala london dengan accent James Bond bagai, bila nak minta sepiring nasi impit terus cakap "Excusez-moi, can i have a plate of pressed rice with peanut gravy and lodeh gravy on the side?" mak cik di Kubang Kerian atau Pasir Putih bukannya Donatella Versace.

  5. Elakkan bagi komen seperti "Wah, dah berbadan dua kau Maria, kelas kau" dekat rakan-rakan taulan, sebab kadangkala wanita itu bukanlah membawa budak tetapi membawa dua pinggan nasi beriyani dan berbalang-balang tart nenas. So bila komen rakan-rakan beringatlah sebelum melayang bag Salvatore Ferragamo kesemua arah.

Selamat muntah kedarah!


EmoticonEmoticon

wedding flowers, wedding dresses, wedding songs, wedding invitation wording, wedding rings, wedding wire, wedding invitations, wedding paper divas, wedding vows, wedding dresses 2018 wedding flowers, wedding dresses, wedding songs, wedding invitation wording, wedding rings, wedding wire, wedding invitations, wedding paper divas, wedding vows, wedding dresses 2018