Namaku hamdan jailani.

Namaku hamdan jailani.

Ambil peluang sementara buat benda berfaedah mengupdate apa yang patut. Aku rasa lately aku macam teramat blur and high. Aku macam hilang pedoman hidup seketika, tulah rizal, sembahyang tak cukup. First of all aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sanggup melayan kerenah aku yang agak durjana sometimes.

Kadang-kadang bila aku duduk dekat kerusi aku, pandang orang lain, terus terfikir, macamana rasanya dengar celoteh aku. Tapi kalau aku senyap orang kata aku buang tebiat. So how? Tapi makin lama aku rasa group aku sangatlah sweet, walaupun mereka bukanlah segorgeous Karlie Kloss, Magdalena Frackowiak atau Selita Ebanks atau sehandsome Simon Nessman atau Altuzarra, tapi aku rasa merekalah terawesome di dunia, kepada anda  saya hargai anda sepenuhnya.

Berbalik kepada kesengalan aku, people do the dumbness things, tapi aku do the biul things. So cerita dia begini, hari sabtu, sebab esoknya ada test criminal, aku gigih usung buku kemana jua, walaupun tak baca, dah lah penat, lepas tu blur. Dalam pukul 2 petang mama ajak pergi Tesco, seriously peluang yang tidak boleh diketepikan.

Kenapa? sebab dengan mama aku boleh heret satu rak, lepas tu buat bodoh bila time bayar, lagipun earphone aku dah rosak, kena gelek dengan kerusi office aku, OK JAHATKAN? mesti kau kata aku berat gajah tropika, tapi serious, aku sangat selekeh, bila cucuk earphone mesti campak kat lantai, lepas tu kena gelek dengan roda, tinggal sebelah je, dahlah earphone aku bahagikan bunyi, so bila dengar lagudengar sebelah kiri je, dengar suara latar je, SAD.

Harus ikut mama ke Tesco, so bila dah perabis duit, terus ke kereta. Yang penting hari tu pakai seluar tanpa spender dan terima kasih tanpa poket. Gigih jinjing kertas A4 tangan kiri dengan hotroll sebelah kanan, dengan ice blended kepit bawah dagu. Bila sampai kereta letak wallet and phone atas kereta, dan terus pecut tanpa segan silu. Akhirnya, kini pasti aku bergelar Chee Chong Fun pada hari itu, tanpa kad pengenalan, aku memang seperti Jejaka Beijing mata sepet, bila drive tak boleh senyum sebab mata sepet terus tertutup.

Sad, dahlah miskin, lepas tu gemuk, macamana nak ambil gambar untuk lesen memandu. Sedih, lepas tu hari ni, buat test criminal, lepas habis jawab terus bergegas ke Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor, tengok-tengok kosong, YES! terus ambil nombor dan buat. Muka kesian yang penting, minta belas kasihan, cakap kena ragut, dara sekali you alls. Akhirnya hanya perlu bayar $60. Wohoo!

Bila ambil gambar, muka berminyak, gemuk macam ba alip ba ya, lepas tu rambut kering. Abang tu cakap,

"Dik, pakailah blazer tu, cantik sikit gambar"
Balas saya, "Tapi bang, blazer tu kecil ya amat, muat jadikan stokin je, macamana bang? saya kena pakai langsir ni ke? tu je yang muat."
"Pakailah vest tu, size dia besar, feeling-feeling pegawai Jabatan pendaftaran Negara"
(capai vest) "Tapi bang bila saya pakai, macam saya berkabung kematian cina, besar sangat bang, sekali imbas macam pakai bib baby, jijiklah bang, tak rela I"
"Pakai je, bukan nampak pun, OK senyum, 1 .. 2 .. 3 .. (snap), OK cantik gambar"
(tengok IC sementara),  "Muka saya macam platipus salut tepung, dahlah berminyak-minyak, lepas tu senyum macam perogol bersiri" 
Benci! bila ambil gambar, dah practice senyum, bila depan camera, terkedu, lepas tu fokus ya amat, terus jadi Juling. Why?

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home