rahsia hitam seorang ***

rahsia hitam seorang ***

What's a nickname only your family calls you?
Aku dekat rumah paling kecil, ok kejap, rephrase, aku adalah paling bongsu dekat rumah so haruslah nama slut, so nama dekat rumah aku Edward Cullen. OK bye. Tak adalah, dekat rumah mama, ayah dan lisa dan abang ipar panggil aku ADIK, bukan hadek-hadek atau adeq OK. Tapi bila dah besar panjang berbulu-bulu, geli you alls bila dipanggil sebegitu rupa, bila diorang panggil adik rasa macam nak lompat bintang Nasib baik dia tak panggil aku jejai, very classic pemetik kelapa name.

What's a weird habit of yours?
Aku suka pegang hidung dengan jaw aku sekali, Yahlah, dulu aku baca dekat internet kalau kau tekan-tekan hidung kau, gosok-gosok, hidung penyek ala ala proton wira pun boleh mancung, so aku pun buatlah, tak ada jadi apa apa pun, batang hidung pun tak ada, esok kena beli eye liner lukis sendiri. Bahagian jaw tu, sebab aku nak kuruskan jaw aku, aku rasa besar gila, aku nak kecil je comel, nampak muka panjang bukan macam peti televisyen. Esok bila fafa (anak buah) dah besar, belajar lukis segi empat, dia rujuk muka uncle dia. Annoying!

Do you have any weird phobias?
Dulu aku geli tengok mancis, batang mancis. Psychokan? tahlah aku geli tengok tak tau kenapa. Sebab tu bila abang aku yang jahat tu buruk lantak taknak bagi aku makan-makanan dia, dia hias dengan mancis. Jahatkan? mula-mula dia jilat karipap dia, aku whatever je, namapun adik beradik,  makan je, lepas tu dia berjaya mengorek fobia aku, dia pun jadikan mancing sebagai pendinding. Jahat!

What's a song you secretly LOVE to blast && belt out when you're alone?
Aku tak ada reseptor malu-malu anjing bab lagu-lagu ni, aku pasang je lagu apa-apa, dari siti nurhaliza, ke U2, ke the fray ke Ramlah ram. Lepas tu nyanyi bagai nak rak. Bila  lagu Elyana special sikit,

 Bukak selipar, lepas tu lompat-lompat bajet macam urbanite sekysen 2, shah alam.

What's one of your biggest pet peeves?
Manusia yang control, bajet lawa dan handsome. Kalau muka kau macam celebrity pun, ramai lagi orang yang lagi cantik dan lawa dari anda. Aku juga tidak gemar akan individu yang penuh dengan semangat kegenderan, maksud aku macam yang control macam Mr Malaysia dan pengacara jemputan NONA 24 Jam, relax lah hamdan dan siti kau berak muka kau sama je, tak adanya macam Angelina Jolie.

What's one of your nervous habits?
Bila aku gementar, aku akan menggigil, atau pun aku akan macam terstop lapan saat, muka kejung lepas tu reaksi macam lepas botox.

What's the drink you ALWAYS order at starbucks?
Air paip.  Kalau kau dah lah miskin, tak handsome, so kau takkan pergi Starbuck selalu,  kalau pergi pun orang belanja. Bila dekat counter pandang board hijau, lepas tu tengok harga, terus cakap dengan dia, saya nak bekas kosong dengan straw jelah, saya ambil air sendiri dekat toilet. Walaubagaimanapun kalau kaya nanti, aku nak perfume rumah dan kereta aku bau Javachip chocolate. Cancel, aku nak kahwin, buat istiadat bersiram ala ala diraja, tapi guna Javachip Chocolate. Boleh?

What's the beauty rule you preach.. but never ACTUALLY practice?
Don't wear all your dresses dan cekak diamond, dan heels lapan ratus inci, rantai mutiara  dan cardigan dan almari baju dua pintu sekaligus because remember a statement accessories or dress requires no lampu chandelier or rantai kapal untuk bergemerlapan. Minimal dan minimal. Kenapa aku tak practice? kalau aku pakai dress dengan rantai kapal dengan berheels bagai, orang kata aku buang tebiat, dah lah susuk badan macam mesin gedang air, tetek tak ada ada hati nak pakai macam Rohani. I jantau uols, ada zakar dan testikel.


Which way do you face in the shower?
Everywhere, you kencing one side and you mandi everywhere. Selalunya tak kisah arah mana pun sebab kalau bangunsetiap hari seperti biasa dah lambat ke kelas so akhirnya mandi macam masuk Olympic, sukan mandi berirama.

Do you have any 'weird' body 'skills'?
Boleh mengeluarkan bulu hidung dengan magis. I hate when mu hidung keluar bulu bagai pokok mencari cahaya matahari. Kalau belajar sains, pemboleh ubah dimanipulasikan lubang hidung, bergerak balas kepanjangan bulu hidung. I malu tau.

What's your favorite 'comfort food'/food thats 'bad' but you love to eat it anyways?
The peti ais.  I can easily melahap the entire peti ais at once, so sekarang tengah membentuk jati diri agar membenci almari kabinet dapur nombor 3 dari kanan dan peti ais, sebab diorang adalah jahat.  Kenapa kawan boleh makan gajah seekor dan masih kurus, aku melahap sezarah zarah, boleh buncit nampak perut. Benci


What's a phrase or exclamation you always say?
Haiyoh. Kalau jumpa yang gorgeous cakap haiyoh, lima harakat, kalau nampak benda yang tragis pun sama cuma panjangkan "ohh" sebanyak sembilan harakat.

Time to sleep- what are you ACTUALLY wearing?
Bogel tanpa seurat benang.

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home