kekeliruan durjana. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

kekeliruan durjana.

Aku tak suka post yang emo oleh itu aku namakan post ini, post bukan emotional. Sebelum mencurah ke ladang gandum, aku just nak ingatkan diri sendiri bahawa esok, Sabtu serta Ahad akan berlaku satu ujian yang sangat-sangat membunuh jiwa dan raga. Dahlah Isnin konvo, so how? kena pakai topeng ke hari Isnin sebab muka macam apam gula hangus yang hilang serinya?

Apa yang merungsingkan aku sekarang? aku rasa sekarang LLB ini disekadar dipinggiran, bukan lagi masalah utama. Walaupun acapkali diserang virus meroyan dek kerja yang melambak, tapi masih stabil tanpa sesi air mata, atau sesi mengorilla kan diri. Sihat dan masih sihat. Masalah aku adalah tentang identiti aku, sangat-sangat merungsingkan, umur pun semakin tua, bukan semakin muda, hidup berkerjaya akan berlaku dalam lapan belas saat lagi, tapi aku masih tidak tahu siapa aku?

Siapakah aku, siapakah aku. Kenapa aku rasa macam robot, dan kenapa aku rasa macam ini? Akukah A Galak? adakah aku Alex Pettyfer?

Ada sesiapa yang jumpa identiti aku tak? sila pulangkan. Terima kasih ek?

P/S: Kalau aku rapat dengan sesiapa, tak semestinya aku menjaja jiwa dan raga, habis tu korang rapat dengan abang mat tu, korang merangsang ke? OK bye.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done