Oh my Gucci! - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Oh my Gucci!

Sweet sangat, bila post sebegitu emo, ramai yang hantar message cakap "good luck! jangan stress". Sayang sangat dengan anda semua. To be honest, hidup dalam keadaan sangat tertekan sekarang, banyak perkara yang mesti diselesaikan dalam masa yang sangat singkat. Bila dicampak dengan kerja lepas kerja tanpa masa yang cukup, kita jadi semakin hilang fokus. Dengan tidur dua jam satu hari, bila hujung minggu yang dipenuhi test dan work completion, haruslah redha, sambil tangan didada.

Macamana pun so many things happened in this world disebalik kekusutan aku, contohnya:

  • H&M di Malaysia I have never been so excited in this life, bila hari-hari kebosanan buka video-video di youtube, segerombolan manusia berkhemah depan H&M sempena koleksi Versace x H&M, dan Lanvin x H&M terus rasa nak camping depan Tesco untuk koleksi Tesco dan Melinda Looi. I can't wait days dimana semua anak muda akan bertawaf dekat H&M dan lapan juta manusia memakai baju yang sama di Pavilion. Oh yeah.
  • Zara di Sunway Pyramid I love the concept of the shop, sekarang diasingkan lelaki dan perempuan serta golongan diantara. sangat sleek dan clean, tidak pedihkan mata bila memilih pakaian. Walaubagaimanapun pekerja di sana masih lagi agak sombong, haruslah feeling-feeling kerja Gucci, tak dapat jadi salesperson Gucci, dekat Zara pun jadilah feeling-feeling golongan ahli sunnah.
  • Zalora Malaysia v ASOS tahniah dengan pengenalan konsep one stop center for fashion items. Cuma masalahnya Malaysia punya store pakaian agak limited, dengan pakaian yang tak ada taste of fashion, not even close to trend, haruslah pangkah sahaja bila buka pages dia. Tidak terkejut lagi beberapa minggu, akan tambah koleksi dari jenama pakaian Hari-hari dan juga Al-Ikhsan. 
  • Kejatuhan zaman filem-filem wayang Bila sekarang pergi dekat wayang rasa seperti mati pucuk tanpa nafsu serakah, rasanya seperti industri filem dunia telah mencapai tahap tiada idea untuk filem, olehitu mulalah wujudnya filem-filem kelas ketiga seperti MIB3 dan sebagainya. Kerana konsep filem-filem masa kini yang ringkas dan independent haruslah hanya print sinopsis atas  pamphlet untuk tontonan umum. 
Oklah itu sahaja untuk kali ini.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done