Hello again, seriously bila berjanji nak update selalu mesti fail, lepas tu gelabah sebab takut kena panah petir sebab menipu.
Minggu ni dah mula rasa pressure belajar, sebab lecturer pelbagai variasi dan jambul dan gaya, setiap satu bagi kerja melambak-lambak. Bila banyak mulalah excited, duduk kemas-kemas, susun pen pensil dan kertas-kertas lepas tu buka kotak raba-raba kotak ambil makanan. Lepas tu koma, tak buat kerja.
By the way, my kudap-kudapan is this cereal treats, well more of a dedak ayam type, dengan kuaci, dried barley, apricot, dedak-dedak and other stuff, bila kunyah terasa macam hamtaro. I don't understand how people can eat such nasty food, whenever people ask me,
"Eh, buat apa rizal makan makanan sugar glider? sedap ke, nampak macam makan dedak ayam. *flips hair*"Takkanlah aku nak ludah dekat bakul sampah, nampak sangat aku macam beli makanan tu sebab kotak dia cantik plus dia buat aku nampak seperti seseorang yang menjaga ketrampilan diri, pukul 6 pagi jogging setempat sambil pakai getah rambut lepas tu buat poco-poco encore sampai mati. So sambil buat muka politician terus jawab,
"Seriously sedap, addicted, suka gila perasaan bila barley kejung tersangkut dekat celah gigi, rasa macam main sorok-sorok dengan barley. Lagi pun fiber is good for your health, it makes your tummy happy, tak payah susah-susah kunyah benang/kain/alas meja nak dapat fiber.
Oh for this week task, aku kena buat wasiat untuk seseorang yang bakal aku mati kan watak beberapa bulan lagi. EXCITED! boleh reka-reka nama, kad pengenalan, geran tanah, barang-barang peribadi, spender. Fun!
Obviously rekaan aku akan ada unsur-unsur kefesyenan, probably Magdalena Frackowiak sebagai si mati. She's f hot OK, kalau aku nak cari isteri international, dia akan menjadi quality pilihan. Muka kotak, bone structure to die for, f tall. Apa lagi kau mahu? cuma tak boleh suruh dia joget ngajat tampi, sebab dia polish, so probably tarian dia duduk berdiri tercengat, goyang kepala.
Magdalena, sebab aku takkan dapat kau, so kau haruslah di matikan watak. Sad. I don't know why, the first time nampak dia dalam iklan Ralph Laurent terus jatuh cinta. She is not the konvensional muka cantik, duduk bersimpuh, makan ketam guna sudu garpu sudu. She is unique, ada kelas tersendiri.
Oh sebelum lupa, hari ni masuk kelas, kelam kabut, biasalah lari-lari. Parking lapan ratus kilometer dari fakulti, dengan jam tangan yang mati, jam handphone masa cepat 4 ratus minit, harulah buat maraton dari parking ke fakulti. Pukul lapan pagi dah ketibaj, Ketiak + Banjir = ketibaj. Bila sampai kelas dah mengah setengah mati, dengan muka tak senonoh, tenung meja, ada,
Sweet gila. Anda membuatkan saya happy satu hari, walaupun dalam hati meronta-ronta mengatakan ada unsur-unsur sabotaj dengan coklat, nak gedangkan aku agar aku membesar lima kali lebih cepat berbanding ayam daging. OK tipu saja. Serious rasa macam nak frame je coklat tu, tak pun buat pendant.
I love you all.
I love you all.
P/s : Air jus durian belanda tidaklah segeli namanya, tidak berasa selipar atau kapur barus. Very soothing. Bila tanya kakak tu, esok ada jus avocado, terus dia jawab, "Adik kena buat reservation." Kemain, kau ingat ni La bodega. Kakak tu cakap, "air avocado baik untuk kulit", sambil pegang kulit mulus dia, dengan mata tenung tajam pada bonjolan-bonjolan dan lopak-lopak minyak dekat muka aku. Esok aku mandi bunga tapi dengan avocado, lantaklah!