lelemaks dan apam gula hangus. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

lelemaks dan apam gula hangus.

Hello uolls.

OK, again gagal update dengan kerap. Bila orang tanya,
"Rizal bila mahu update? sila anjingkan diri anda secepat mungkin supaya kami dapat membaca kisah hodoh kau, bagi mengurangkan tekanan hidup,"
Terharu OK, especially bila tengok rakan-rakan sebaya buka blog hina ini disebelah anda, aku rasa macam nak menyorok belakang tetek aku. Seriously sangat sibuk, aku rasa macam dah pindah rumah semua sekali, isnin sampai ahad di pejabat, muka dah macam karipap pusing, berminyak-minyak, berjeragat dan hidup tunggang langgang.

Bila balik rumah, parents dah tidur, abang dah tidur, hidup macam seorang diri. Yang ada kawan-kawan sepejabat, rasa macam family sendiri, bila dekat pejabat tak rasa penat, rasa happy sebab bila pusing belakang nampak kawan-kawan semua buat kerja sekali, hilang rasa penat. OK syok sendiri.

Tahlah, baru tiga minggu bersama, tapi rasa selesa sangat, macam dah kenal lama, walhal dulu siap benci-benci, bila tengok muka dia orang rasa macam,
"eh main tarik tali. lempang kang"
Sekarang dah macam reborn, I see world differently, so people, these people are my new family members, dalam bahasa melayu, rakan-rakan secara rasmi, inilah rakan-rakan yang akan saya buat video clip lagu nayid "Keluarga bahgia" nyanyian Saujana bersama.
Gambar ni diambil sewaktu orientasi pelajar LLB, atau Carpr Diem, semua cantik, masalahnya apasal ada apam gula hangus kat tepi tu berbaju hitam? Serious aku macam almari kelamin lima pintu OK, no wonder aku tak muat dalam kubikel aku, bila duduk lepas dua minit kaki kebas, lepas tu bila turunkan kerusi pusing pejabat aku sampai bawah, rasa macam bersila/bersimpuh walhal orang sebelah nampak macam di syurga. Why?

Kembali kesesi hati-ke hati,  disini, saya mohon maaf kepada sesiapa yang aku pernah benci tanpa kenal anda, sebab  dulu rasa diri hebat sangat, sebenarnya diri masih peti ais, seorang diri. First perception is never always right, so bila jumpa orang kenalilah, gomol-gomol, geletek-geletek, lempang-lepang lepas tu happy-happy.

Update fasal diri? Masih gedang, bila tertekan terus makan, lepas makan depressed lepas tu sedapkan hati cakap esok nak diet, lepas tu nak puasa tiga ratus tahun. Lepas tu bila lunch time melantak macam lori sampah (terima kasih ima mastura ramli *wee*), benci OK. Tapi tak apa, sebab cermin dalam firm buat muka bersinar-sinar, kurus, slim-melim, bontot tak selebar landasan kereta api lepas tu rasa diri kacak, sambil jerit,
"Kenapa Edward Cullen jeling dekat aku ni?"
Haiyoh.

P/S : Siapa dah tengok Padini punya look book? homaigod cantik bangat! Bila belek-belek rasa terangsang,




Bila dah belek, pandang perut, terkeluar dari seluar, OK bye, aku muat beg plastik balut baju je. Thanks.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done