WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Hermes Spring/Summer 2012

Hello fashionista. Feast your eyes with this amazing collection by Hermes. Ceh, macamlah aku ni in house designer, siap bagi ucapan alu aluan. As I was scrolling through this collection, simultaneously I was listening to The Script song entitled If you ever comeback and it feels so right, for me this collection reads young independent lad juggling his life in metropolition, perhaps New York or even Paris. 


OK, syok sendiri. Macamana pun tahniah kepada Hermes, sebab sebelum ni design Hermes tampak tua. Bukan tua ala ala M Daud Kilau, maksud tua tu very matured, maybe ages between 30 - 40 years old. Tapi koleksi kali ni sangat sangat segar @ fresh dan boleh diguna pakai bagi pelbagai umur (walaupun tak ada siapa umur muda muda yang mampu beli melainkan berayahkan Tony Fernandez atau sekutu dengannya).

Sebagai peminat setia warna kuning, bila tengok koleksi Hermes ada warna kuning, terus teruja lepas tu berdebar-debar macam aku Simon Nessman yang berjalan dalam fesyen show ni. Suka sangat tengok how Hermes mix yellow with other color. Tak menyakitkan mata.

OK, bila cakap fasal kuning, teringat bila pergi Penang, sebab konon-konon nak jadi tourist abadi, ala mat salleh terus pergi ke Bukit Bendera dengan harapan bila berdiri dekat atas puncak dengan kesejukan tu, terus hati cakap,

"Rindu dengan kampung halaman di Paris (sambil pegang gambar ibu bapa di dada)"
Bila keluar dari cable car, terus teruja sebab kesejukan ala ala Paris, sekali langkah keluar stesen cabel  car rupa rupanya sejuk aircond  bukan sejuk natural. So tipah tertipu. Again mengarut lagi, OK sambung cerita so pada hari tu, seperti biasa berseluar pendek biru dan berbaju kemeja kuning. Confident, kemudian bila dah bercengkerama di atas bukit sana,dalam perjalanan turun terserempak dengan satu famili,  lantas dia buat thumbs up, sambil terkumat kamit dalam bahasa yang tak di fahami. Seperti biasa muka dah blur, cuba untuk eavesdropping, kemudian terdengarlah omongan keluarga mereka, kata antara mereka,

"Oh god, I saw him on TV, he's one of those BERSIH 2.0 people, wow very good, trying to call for support up here"
So sekarang baju kuning aku statement masyarakatlah? Lagi satu muka aku familiar sangat ke? ada panggil aku Cina Taiping.

OK these are some of the clothes that I would want to have in my closet. It looks so minimal, reminds me of Calvin Klein with a tinge of urban. I am crazy over those sandals. Rasa nak rompak Hermes sekarang.

By the way, blog visit aku meningkat 800% tapi aku tak kenal siapa visitor aku, so harap bolehlah subscribe atau comment sebab bolehlah kita bercengkerama bila bosan-bosan. Alah gigit-gigit nakal.
 BOLEH?
Berhijab, berbaju lace jarang, legging  dan bra electric pink.

Berhijab, berbaju lace jarang, legging dan bra electric pink.

Bak kata pepatah "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan", serious tengah sangat sangat depressed dengan kamera ni, dari petang tadi dok tekan-tekan dan picit-picit. Bukti diri ini sangat naif dengan objek-objek digital. I think an analog camera would be just fine for me, or some kiddy camera that you can get for $50 or so.

Looking at pictures from other blogs, I am so inspired to get my own so I could do the same, but I guess I need to REALLY, REALLY, and REALLY  learn the 101 of this goddamn thing or my photos would only look like a bunch of gambar kocak-kocak. (Fikir kotorlah tu kan? Eh kau gatallah!)

OK, walaubagaimanapun, as I was flipping through pages from the WW magazine (YES that new magazine headed by Wirda Adnan) I realized that how fashion could easily be viral. Contohnya, gambar terbaru Beyonce yang mengandung di VMA, memakai gaun dari koleksi Lanvin rekaan Alber Elbaz, I am sure as the image is being reprinted in many fashion magazines and posted in blogs,  people are barging into stores and tailors trying to get a piece of that truly inspiring clothes.


love lanvin








Dan kerana dress ini retail at $14, 065 ringgit, penuhlah Nagoya, Jakel dan Nilai 3 dengan fashionista dan mak cik yang mencari kain ela berwarna merah mak ngah, sebab Beyonce dah melaram dekat VMA, so harus ikut.

Yang penting kenapa aku mengarut sampai jauh kesini, OK actually just nak kongsi macamana evolusi fesyen kadang-kadang tak bersesuaian dengan  budaya dan  aspirasi individu (Ceh wah ayat punya sophisticated), so cerita dia macam ni, beberapa hari lepas, keluar bersama abang dan kawan, bila balik dan kelaparan teramat, sebab bila pakai seluar pendek ala ala model antarabangsa (rujuk post sebelum ini), mana boleh makan, takut kaki membelon. So harus kosongkan tangki.

Ceritanya, masuklah sepasangan cinta, tampak normal jika dipandang sekali, bila pandang dua kali, terus terjuling. Bayangkan begini, seorang wanita, berhijab ala Hana Tajima (gaya lilit sampai tercekik), berbaju lace hitam, dan berlegging hitam, extra tight. Yang paling penting lace dia see through sangat-sangat, maka ternampaklah bra berwarna pink electric. Sumpah terdiam. Bila dia duduk menggatal sambil melahap, ternampaklah dibelakang dia tali tali halus dan bra merah jambu dia.

dont wear this hijabis










So nak buat apa, dah rezeki tonton jelah, takkan nak berkawad dekat meja dia terus cakap,
"Cantik bra pink awak, ecentric pink. Skiva ke?"
Mahu aku kena debik sekali, tak pun dia pandang jijik sebab ingat aku drag setiap hari rabu dekat mentari court sebab expert sangat fasal bra.

Kesimpulannya, kalau berhijab/tudung, berpakaianlah comel-comel, molek-molek sebab bra pink awak buat saya tersedak mee goreng ayam.

Terima kasih.

Objek gedegang dari angkasa.

Kamera digital dah sampai. I know I have blasted over here on how i really needed a camera. Apa lagi, meroyan dekat lelong dan berjaya membeli sebuah kamera digital. Some people could easily buy things via the internet for me I have this obsessive compulsive disorder to check the tracking system every five seconds. Lepas tu depressed sendiri bila barang tak sampai-sampai lepas 48 jam dan  status barang ditulis sebagai,
"Misrouted to Pelabuhan Klang"
Benci. Thank god barang sampai dengan sukacitanya few hours ago. Its just a regular Nikon digital camera. Dengan keadaan jahiliah fasal digital items memang beli jelah apa yang nampak cantik. Orang kata "Don't judge a book by its cover" tapi sebetulnya nak ke kau bawa kamera gedegang besar rumah jalan-jalan hanya kerana kamera tu bagus? For me practicality is to look for.  So lepas kita dah charge habis kamera tak gedegang tu nanti kita ambil gambar ok.

OK, tukar topik, digital machinery sangat membosankan, macam bola sepak. BORING. Ada orang tanya dekat saya,

 "You looked like a youtube-junkie, apa yang best sangat kau tengok sampai lima jam straight kau tengok kat screen? tak juling ke? "
Tak lah sampai juling tenung dekat screen, cuma mata meleleh-leleh keriangan. Untuk siapa yang nak tahu, I have few channels that I must watch everyday. Macam tertunggu-tunggu apa dia nak update, kira macam aku dah diminyak-dagukan mereka. Usually fashion or lifestyle related videos. Seronok tengok orang-orang kat negara lain bergembira, berfesyen bagai nak rak.

Jim Chapman
Erichben
J Kim
Lepas dah tengok semua video lepas tu mengantuk, lepas tu terus tidur. Boleh?

OK, bye nak tidur.
Melentur anak drag queen biar dari rebungnya.

Melentur anak drag queen biar dari rebungnya.

Beberapa hari dulu, bila beromongan dengan kawan baik fasal segala benda dalam dunia ni, dia ada cakap fasal blog ni, katanya,
"Lama kau tak update fasal fesyen, everything berbunga-bunga bagai. Personal life gitu. (OK tipu, tak adalah macam ni, tapi intipati sama)"
 I know I haven't been posting any fashion-worthy materials. (Padahal dalam facebook punya kencang status fasal fesyen). Serious tak ada masa nak menulis walaupun banyak benda nak ditulis. Lately ni banyak terinspired dengan macam macam benda. So untuk memudahkan para pembaca nak baca, segala akan ditulis mengikut style paragraph comelkan? 

Baju berwarna bogel atau kulit.

YA, bunyi agak jijik, tapi very nice, the first time i saw one particular picture in Glam Lelaki (gambar yang telah di reprint dalam glam lapan juta kali) I fell in love. Dia tulis dekat situ, it was from Valentino collection, but I doubt it, sebab walaupun dah susah payah cari dekat Men Style, dan semua website, masih tak jumpa-jumpa. I like how it looks so natural on the body.  Mungkin sesetengah orang cakap, 
"Jijik, tak maskulin langsung, bukan style warna-warna kulit ni perempuan ke je pakai? apa muka aku ada macam Killa Fairy ke? Tak mau aku, susah-susah mak bapak aku bagi nama Roslan, esok jadi Rosnah"
Bollocks. Kalau fikir macam tu, jangan pakai kain pelikat, sampin, bukan bentuk dia ala ala skirt Givenchy @ Raff Simon ke? For me fashion is so versatile, you can dress up or dress down. You can look super masculine or super feminine. Tapi agak agaklah kalau pakai baju corak lace memanglah kau nampak sungguh anggun, macam wanita melayu terakhir. It all about how you carry yourself. Teringat kisah kawan se-practicum dulu, suddenly out of nowhere dia cakap,
"by the way guys, I took this black shirt @ blouse from my mum's closet"
Sumpah kalau dia tak cakap, never in million years that I would be able to guess that it was actually a blouse with feminine cut.
nude colored shirt

If I am to pick one particular style to stick to for 100 years, I would choose this in a second tanpa ragu-ragu. That shirt is actually a women/unisex shirt, tak suka the low cut neckline, nampak macam stripper, lebih suka normal conservative cut. Nampak classy. Untuk diri ini yang tak berduit, memang tak mampu nak beli sandal Zara ni, or Valentino shirt, so sebagai alternative I sought for cheaper exits, contohnya, the nude shirt berjaya dibeli di Tesco dengan harga $8.  Sandal, I got for much cheaper at Metrojaya sale, I saw the exact design at Zara, retail at $279, mahal ya amat.

Dan untuk seluar pendek, memang sangat obsessed, gilakannya sekarang. Mungkin sebab runway semua tunjuk collection seluar pendek. There are so many design to choose from, kalau tak tau macamana seluar dia, it is very similar to the shorts student in primary school would wear, cuma slimmer. YA, seluar jijik yang kau kata geli tengok waktu kecil.

Ada few options at Topman tapi since harga dia sangatlah tak munasabah, kira kira $200 untuk sehelai, so belilah sahajalah dekat kedai biasa, dan gunakan teknik saya, what I would do to get that slim effect is to fold the end of the shorts twice or thrice (bergantung kepada ketinggian individu ya) So kaki akan kelihatan panjang semerbak.

love








Sorry gambar yang kabur, dek hasil photograpy dari kamera telefon. Sila abaikan badan size gajah ini.

I purchased this shorts (it's actually a normal length shorts but because I am 6'3 so it looks short on me) from the reject shop for merely $11 because of the 70% off sale. Untuk dapatkan effect seluar pendek spring/summer lipatlah dua tiga kali. Tapi jangan pendek sangat nanti nampak macam anda bersiap sedia nak berjuang di lorong haji taib atau lorong-lorong yang sewaktu dengan nya.

Tapi kepada yang nak try gaya ni, kena terima risiko dicerca masyarakat, contohnya bila berjalan dengan kawan-kawan yang tampak lebih tua sambil bergurau senda mulalah masyarakat sekeliling pandang serong, terdengarlah komen-komen seperti,
"Confirm anak ikan, tapikan anak ikan selalunya jambu-jambu ni muka lepat pisang, dah lah gergasi lepas tu buat-buat comel pakai seluar macam tu. Jijiklah weh."
"Kesian dia, tak ada duit nak beli seluar kot, terpaksa pakai seluar adik dia. Kesiannya."
"Geram I tgk kaki dia, rasa nak tolong shavekan je, tak pun tocangkan bulu kaki dia."
Bila dengar suara sumbang macam tu, terus jeling tajam seraya terus cakap ngan dia,

"So? You think you can dancelah? "
Terus chow. 

Selamat Hari raya, masih belum kaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Hari ni hari raya ke tiga tapi seperti tahun-tahun sudah tak extravaganza pun. Perhaps I have step into a phase where bombastic celebration is not priority in my life. Lagipun abang tak cuti sampailah raya ke enam. OK bosankan raya 30 hari.

Hari raya pertama tak buat apa apa, bangun pagi, sebab rumah macam kapal perang so, kena kemas, lepas tu tolong mama kat dapur dah habis semua, pergi rumah saudara dekat shah alam. Dalam sibuk-sibuk berhari raya, my brother in law and sister decided to break free in IKEA, mestilah after 30 days fasting, that perfectly baked meatballs with that luscious thick sauce would be the ultimate satisfaction.

Tapi malangnya IKEA penuh ya amat, macam pesta menuai. So terus pergi Bangsar Village Mall rasanya, cari Dave Deli's tak jumpa so pergi Chilli's, so kesimpulannya pagi raya disinari cahaya Chili's. Awesome kot, lepas dah habis muntak kedarah, pergi atack Gourmet's A slice of haven, walaupun cupcake dibenci diri ini, tapi ChocCupcake dia dashyat, terus syahdu lepas makan. Lepas dah makan, depressed gemuk.

Lepas tu malam hari, Ayah telefon cakap mama mengalami cherry berry melampau, so terus rush ke hospital, dan kami semua adik beradik pun bertemu di hospital. Drama gila. Konon-konon drama Erma Fatima.



Walaupun raya tak glamer, tapi dek bilik dah dikemas rapi, baju dah disusun color-coordinated rapi. So tetap happy.

Macam-macam nak update, tapi tengah tunggu masa sesuai, banyak objek-objek fesyen yang harus ditunjukkan. I just want to say for now, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Manatahu ada yang terasa dengan saya, yelah mulut puaka. Kalau saya ada terpuaka ke, minta maaf sangat-sangat, tak terfikir nak melukakan hati anda-anda semua, just nak horny-horny.

Bila beraya ingat lima perkara,

  1. Selipar berjenama crocs bukanlah selipar raya, so haruslah dipakai hanya ke jamban. Kalau dah pakai baju Melayu berkain Fendi, jam Patek Phillipe, sekali zoom sepatu dari Crocs, bolehlah bunuh diri.

  2. Kuah lodeh dan sambal kacang bukanlah corak kain Lanvin, tak perlulah nak buat corak tersendiri diatas baju ya. 

  3. Bila makan tu ingatlah orang tersayang, tak perlu jilat mangkuk-mangkuk dan piring-piring. Sedap-sedap makanan jiran, salah makan cherry berry merana oi. 

  4. Bila beraya dikampung tak perlulah bercakap ala ala london dengan accent James Bond bagai, bila nak minta sepiring nasi impit terus cakap "Excusez-moi, can i have a plate of pressed rice with peanut gravy and lodeh gravy on the side?" mak cik di Kubang Kerian atau Pasir Putih bukannya Donatella Versace.

  5. Elakkan bagi komen seperti "Wah, dah berbadan dua kau Maria, kelas kau" dekat rakan-rakan taulan, sebab kadangkala wanita itu bukanlah membawa budak tetapi membawa dua pinggan nasi beriyani dan berbalang-balang tart nenas. So bila komen rakan-rakan beringatlah sebelum melayang bag Salvatore Ferragamo kesemua arah.

Selamat muntah kedarah!

wedding

[australian native wedding][recentbylabel2]

Featured

[Featured][recentbylabel2]
Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done