WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...
ghairah ghaib

ghairah ghaib

Saya ghaib selama dua hari. Tiada inspirasi untuk menulis, haruslah, takkan nak menulis fasal cat hitam, awning rumah, bau jantan berleluasa dek perpeluhan abang-abang kontraktor dan aksi tak mandi satu hari sebab busy tolong kemas rumah? bosankan? Jijikkan? 

Rumah tunggang langgang, kaki berkematu, kucing gemuk. Hidup macam variasi sekarang ni. By the way sekarang dekat ruang tamu dah ada spotlight, so walaupun badan macam ba alip bi (read fat pinky pig) dan muka berkematu macam tapak kaki bila duduk bawah lampu terus bersinar-sinar macam Edward Cullen. Rasa macam celebrity kot, walaupun panas tapi sanggup sebab nak nampak berkilau. Cantik jugalah bila rumah guna spotlight. 

Dulu bila cakap dengan mama fasal spotlight dia jijik, dia bagi WTF look. Haruslah bila hidup zaman pra sejarah @ zaman firaun mana ada lampu spotlight/ lampu sorot, zaman tu guna obor ala ala pelita tujuh likor, lepas tu pasang sekeliling rumah atau sangkut dekat dinding. Semalam bila siap pasang, buka lampu terus bagi muka excited, macam Eric Leong bagi suprise, muka macam Elizabeth Taylor tambah Anna Wintor tapi pakai serkup penuh dengan cat hitam. Aku tak nampak sangat sebab aku dekat bawah lampu spotlight, sebab nak nampak glowy. 

Awning dah siap pasang, tapi lampu gantung ala reban ayam belum gantung. Tak sabar, sayangnya bila dia pasang aku akan berada di Sabah, menghargai kecantikan alam, sambil nyanyi lagu Sound of Music.  Balik nanti aku akan menghargai kecantikan lampu reban tu sebelum aku mendaftar balik ke neraka, faculty of law.

Cerita fasal Sabah, Isnin flight pukul 7 pagi, ke Sandakan. Aku berdebar-debar sebab tak pernah naik flight Air Asia. Aku takut kalau pramugari dia paksa aku beli makanan. Aku lagi takut kalau aku nampak bulu kaki dia tak shave. Macamana ni? 

Kini tidak gentar pada osteoporosis dan undang-undang

Akhirnya kini sudah bergelar graduan undang-undang. I knew my result a week before, tapi tak sedap nak kongsi bersama sebab orang lain tak tahu lagi. I was quite shocked with the result. Haruslahkan, dalam final exam tanya fasal cara nak makan nasi, aku jawab cara nak mandi wajib tapi lecturer aku bagi B juga. Sweetkan? nak peluk ketat-ketat.

Bila fikir balik, jauh perjalanan aku. Lepas SPM result keluar, aku tak tahu nak buat apa. Result macam longkang, confident gembar gembur, result aku OK, padahal A, sejarah, English, Bahasa Melayu dan EST. Bila mama dengan ayah tanya nak belajar apa, jawab dengan jayanya,
" Ayah, I don't care, any course will do, tapi mesti UiTM sebab dah hafal lagu UiTM dihatiku sejak darjah 6. Secretarial Science pun tak kisah, redha I pakai lipstick merah dengan short skirt kaki bulu-bulu jantan"
Dapat Offer, UiTM Kedah, asasi undang-undang aku pun gembira enrol tanpa sebarang ketakutan, walaupun berdebar tapi dalam hati seronok sebab, boleh pakai suit pergi kelas dengan kasut hitam kilat-kilat. Kepala aku, mana ada, budak-budak pergi kelas pakai selipar, aku pakai baju kolar T warna biru, nampak nipple pink aku, lepas tu ada budak datang dekat aku lepas tu picit nipple aku sambil cakap,
"Tekan button lif, nak pergi tingkat 7"
Malu I, tapi dekat Kedah, aku memang drama queen, bila tak boleh jawab soalan aku telefon mama, cakap dengan mama sambil kusut masaikan rambut,
"Mama get me out of this hell!, I terseksa mama! jiwa, raga dan batin. Mama I feel ternoda, like orang tusuk-tusukkan hati ku mama, terobek-robek jantungku mama. I just want to go home and dance around the pelanggi made of Nutella" 
Mama tak pernah marah, mama cuma cakap, just do your best, its not about the result, or how many As you get, its all about the money dan bil-bil yang dibayar untuk aku ke Kedah. If I quit, mama akan potong aku dalam bentuk kiub lepas tu masak daging aku dalam inti karipap pusing dia.

Oleh itu aku belajar rajin dan rajin. Acapkali kepenatan. Tidur lewat sebab cari abang jual jambu yang gendong backpack. Curi nasi dining, bertengek dekat koperasi sebab nak nasi lemak reject dia, dan jangan lupa membuat lawatan ke food court semasa kelas berjalan.

Segala usaha aku berhasil bila keputusan asasi membolehkan aku masuk ke UiTM Shah Alam. Berbaloi penat lelah, ponteng ceramah tutup lampu menyorok bawah katil, berjalan zombie serata Pulau Pinang dengan duit sebanyak $5 dalam poket. Bila bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda, perangai pun kena tukar, aku menjadi aku, lebih annoying dari biasa. Aku rasa ramai yang tak suka aku, sebab mereka rasa aku ni unik, macam ulat beluncas warna hijau neon. Aku tak kisah, yang penting aku happy.

Setiap kali awal semester, aku berjanji pada diri sendiri akan mencapai keputusan cemerlang dan akan merubah hidup aku. Aku berjaya, dulu belajar 2 minggu sebelum final, tetapi bila part 6, menjadi lima saat sebelum masuk ke dewan exam. Bila dipanggil masuk ke dewan baru gelabah-gelabah ingat nama case, selalunya lupa. Aktiviti mereka nama-nama case pun bermula, selalunya nama-nama glamour, aku suka Jamil v Jamal untuk apa apa case, nama agak tradisional tetapi ada suntikan evergreen gitu.

Whateverpun, aku kini pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, so esok aku nak apply kerja dekat pejabat pos, sebab aku seronok tengok kerja koyak setem.

Sekarang aku berdebar nak pilih baju untuk graduation.

why you syok sendiri ah?

Aku bukanlah sehebat Anna Wintour atau segenius dan kreatif Grace Coddington, tapi aku rasa majalah-majalah di Malaysia tidak setanding dengan nama yang dibawa. There's too much of Photoshop and color manipulation. Kadang-kadang bila melangkah dalam kedai buku, terus tersipu-sipu malu, contohnya cover Glam Lelaki, Khairul Fahmi, tak ada keseimbangan gambar, dan mata Khairul Fahmi sebelah kecil dan sebelah besar.
Bukan tidak menyokong industri fesyen Malaysia, tetapi sebab sayanglah kita berkongsi pendapat. I think the name itself has the potential to be one of the most influential magazines in Asia sebab itulah details sangatlah penting. Didot sebagai font untuk header Glam, genius. Susun atur layout yang ringkas dan berkesan. Sayangnya warna cover dimanipulasi secara extreme dan pilihan bagi cover man and woman terlalu syok sendiri. Kalau perasan ada pattern bagi penyeri cover. 

Aku pernah ditegur ramai sebab bagi terlalu banyak comment tentang majalah, design dan fesyen Malaysia, tapi kata Grace Coddington dari Vogue US,
"Don't be too nice, not even to me, because you'll lose."

Hitam itu seksi meksi.

Aku memang suka hitam, walaupun orang cakap hitam panas, aku sanggup pakai hitam tengah-tengah panas. Berpeluh-peluh badan, meleleh-leleh peluh dekat dahi, dagu dan lipatan-lipatan perut tapi sebab hitam itu chic I pasrah you all. Bila orang tanya,

"rizal aku tengok kau dah berpeluh-peluh macam orang jogging dekat highway, kau OK tak ni? ke nak pitam?"

Aku selalunya senyum lepas tu cakap, eh ni bukan peluhlah, ini air-air kegembiraan, padahal dalam hati meronta-ronta kepanasan. Takpalah janji nampak slimkan. Lagipun kawan-kawan aku cakap lelaki yang pakai kemeja hitam ni seksi. Naik ghairah kata mereka.

Rela aku pengsan dek heat stroke.

Hari ni aku cat almari buku mama warna kayu kepada warna hitam, rancangan jahatnya nak pindahkan almari buruk ni dekat luar, dekat sudut bacaan/gossip/dosa-dosa besar. Sebab lampu reban ayam akan digantung, bila almari warna hitam lebih menonjol. Aku pun gatal bagi cadangan, ambil kau pukul 10 pagi, mama dah ketuk-ketuk bilik macam nak roboh, paksa pergi hardware, beli cat hitam, bukan kawan-kawan bukan kucing hitam, tetapi cat hitam.

Habis cat almari, mama gatal pergi lenyek berus dekat pintu bilik. Mungkin mama menyeru semangat kak nita sarawak, mama terus kata, marilah kita cat pintu kita hitam, lebih exclusive gitu.

 I f love it. I've always wanted a black door, mama selalu cakap, macam pintu ke neraka. Mama suka over drama, dulu kata nak cat dinding bilik warna kelabu mama cakap macam warna debu-debu tayamum. Bila aku cakap, nak pilih warna kereta hitam, dia kata cepat kotor, tapi bila aku tengok sekarang kereta aku nampak macam lori sampah penuh lumpur. So betul juga kadang-kadang.

Anyway bila dah siap cat semua rasa macam Deja Vu, hitam rasa sangat familiar, bila fikir punya fikir punya fikir teringat  DKNY Fall Winter 2012. Black galore! macam pesta pergi funeral. Hot.


Kan? Aku musykil macamana baju ni nampak dekat badan normal people, mesti nampak macam lampshade tak pun macam baju buat alas nangka yang diaksesorikan dengan tali pinggang kulit. Macamana pun kaki model-model ni macam  lidi. OK bye.

p/s: Perhatian kepada pengguna tegar pakaian hitam, bila ada anak-anak kecil sentiasa perhatikan kat mana anak-anak sapukan hingus dia. Pengalaman hidup, fafa (anak buah kandung), sapu hinggus dia dekat baju kemeja aku, dekat dengan bahagian kemaluan, bila kering nampak macam tompokan sperma, semua pandang serong aku, kata aku gila seks, sebab dukung budak kecil. Aku boleh senyum lagi tanda terima kasih, aku ingat diorang pandang sebab rasa aku gorgeous. 

Badang gedang


Sangat sibuk dengan hal rumah, mama tiba-tiba nak buat perubahan rumah secara mengejut so saya telah terjerumus ke kancah mengemas rumah. Bagi yang kenal aku, aku memang tak suka buat kerja-kerja mencangkul, menebang atau kerha-kerja yang sewaktu dengannya.  Bagaimanapun mama dengan jayanya telah mengumpan, dia kata tolong potong dahan pokok Christmas depan rumah.

Dahan pokok gajah adalah. Pokok Christmas tu ditanam waktu aku umur 3 tahun, sekarang dah 23 tahun, dah akhil baligh dan dah kena bercukur setiap dua hari sekali, dulu Brazillian Wax clean ok. Bersih. Whateverpun memang terseksa, habis jari melecet, tapi puas sebab boleh memarang pokok gajah tu. 

IKEA selepas itu. Makin lama makin bosan dengan IKEA, semuanya nampak sama, bersepah dan bersepah. Bersenggama dengan pelbagai lampu dekat sana, mencari lampu untuk dipasang dekat luar rumah. Mama nak buat tempat relaxing,chilling, bergossip corner dekat luar rumah, dengan black bookshelf at a corner, with lighting fixture ala reban ayam. Tak ada pilihan sangat, ada yang saiz gedang sangat, probably besar sangat untuk kami yang tinggi-tinggi, aku rasa kepala termasuk dekat lubang chandelier. Ended up dengan reban ayam.

Oh lagi satu, ada manusia yang kaya raya borong the goddamn spotlight yang kami cari, yang lain mahal-mahal. Kami ni under a tight budget, so sama ada guna pelita hari raya atau that goddamn cheap spotlight. Tak jumpa, terpaksa ambil yang mahal sikit, but looks good.

The food however not so good nowadays. Melahap roasted chicken breast with vegetable pasta. Daging ayam dia agak kejung dan dia punya sos agak tepung gomak sedikit.


Tepung gomak pun, sepinggan licin OK, tak membazir.  Tu jelah yang aku buat dua hari, makan, makan dan makan. I think I probably be as big as kereta Alza by the end of the month, matilah aku.

By the way, aku tak tahu kenapa but the collection dari Simon Spurr Fall/Winter mengingatkan aku kepada sesuatu.


Ini.
ringkas dan minimal

Fashion Friday : tua-tua keladi, makin tua kemain nak kena kaki.

First thing first, I just want to say I f love my new header. Kan? kemas je. Aku memang suka ringkas dan kemas sebab bila kemas hati rasa senang, bila hati rasa senang tak sakit kepala dan bila tak sakit kepala kita tak tikam jiran sebelah atau menari bogel dekat tengah jalan. 

Kalau siapa yang kenal aku dia akan tahu aku suka gaya minimalistic, sebab tu mama selalu maki aku bila aku nak campak perabot kayu jati bagak dia yang mengganggu jalan atau pun hiasan dinding yang meruah-ruah ke ladang gandum dia tu. Mama suka gantung bunga telur kahwin yang hodoh dekat paku-paku dia kata naik seri, aku kata naik kaki.  

Aku rasa ni semua angkara majalah Midi dia tak pun majalah Anjung Seri dia, majalah tu kan macam ajaran sesat, dahlah busuk lepas tu tah apa apa yang dia tunjuk. Bila tengok gambar mak cik tua rambut terjeluak jeluak lipstik warna merah menyala, rambut merah Rihanna, berblaus bunga besar lepas tu cakap,

"Untuk kecantikan, saya menggunakan produk Clean & Clear, dan mengamalkan minum banyak air dan bersenam poco poco lapas belas kali seminggu supaya badan kekal langsing dan muka kekal muda, ramai terkejut saya masih aktif walaupun di usia emas, 77 tahun"
Aku rasa nak hantar email, nak cakap,

Dear Mak Cik rambut kecolor neraka, 
Mak cik udah-udahlah nak mengecapi keremajaan makcik. Mak cik tidak nampak muda malah nampak gedang dengan baju warna warna tanah mak cik. Lebih baiklah mak cik duduk rumah beramal ibadat sebab mak cik tidak hidup lapan ratus tahun macam Anita Sarawak. xoxo
Tapi akukan makhluk yang baik hati, so tak jadi. By the way kenapa aku merapu punya jauh? I'm here to tell ou about my love for minimalistic. Rasanya sebab tengok gambar parents zaman muda-muda dan memang sangat-sangat teruja tengok gambar mama dengan ayah. I think mama and ayah have had the best time during their younger days and it shows in their photographs. Dan sebab gambar aku semua busuk-busuk younger days aku busuk je. (sigh)
I have been the biggest fan of my mama's style. Mama ni jenis manusia bukan beria-ria sebab tu memang pasti waktu zaman muda dia dia stylekan pakaian dia ikhlas dan bukan beria-ria. I know her very well, dia ada satu kasut oxford shoe, anyam dengan ribbon dekat depan dia, brown in color, dia cakap dia pakai kasut tu dari dia zaman umur 25 tahun dan sampai 1998 dia masih pakai lagi, dan kasut tu sekarang sangat hot dekat runway. At least I think so.


Our parents made it so effortless. Waktu zaman tu tak wujud lagi Fashion TV, dan magazine Vogue tak sampai kot, nak rujuk pun artis-artis zaman tu, I'm sure everything was based from their fashion instinct, dan menjadi kot, simple and stunning. Satu lagi fasal mereka ni, kalau perasan diorang tak sarat, one statement dress, and yang lain simple. Zaman sekarang pakai baju warna pelangi, hijab warna neon, rantai leher burung hantu, rantai basikal fixie, DSLR (gantung dekat leher), studded heels, Hobo beg, boyfriend untuk camwhore bersama. Rakan taulan dan jangan lupa pegang cupcake/macaron or red velvet cake.

Adui.

Effortless je warga tua kita ni, cuba aku, nak kena berdoa kurus, pumping, lari setempat, main getah, aerobic, poco-poco, lepas tu tengok TVchannel Lifestyle & E!,  lepas tu  cross reference dekat Lookbook.nu lepas tu kena tanya pendapat kawan dekat facebook, jiran tetangga, sepupu di kampung, biras dan kerabat last sekali barulah buka wardrobe yang penuh baju, tenung sepuluh minit lepas tu jerit,
"Aku tak pergi! baju takda! aku nak duduk kat rumah nak sembahyang hajat Zara tutup lepas tu dia jual longgok 4 helai $5"
Ok bye.

wedding

[australian native wedding][recentbylabel2]

Featured

[Featured][recentbylabel2]
Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done