rizal cinta pom - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

rizal cinta pom

Hello kawan-kawan yang budiman, Ceh macam Globe Silk Store je bunyi dia, minggu ni sangat-sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti haramjadah, setiap kali balik rumah lewat petang, berkobar-kobar hendak menulis post, tapi bila dah depan laptop, mula menaip mukadimmah terus tertidur mati atas keyboard, meleleh air liur atas keyboard, busuk bai. Lepas tu bila bangun pagi, cepat-cepat buka organizer, nak catat idea blog semalam lepas tu lupa. OK Thanks.

By the way, bila dah seminggu kelas, OK padahal kelas dah dua minggu tapi punyalah sangat komited untuk ponteng rasa cam baru lima saat pergi kelas,  rasa sangat berkobar-kobar untuk menyedut segala semangat 2011, tahun baru dengan harapan baru. Buat masa sekarang ni life agak kelam kabut, untuk menyenangkan hidup so, perlulah buat summary dalam bentuk list down sebab mak kita pernah cakap, kena sentiasa jot down everything agar nampak sangat organize and pandai, tak nak orang kata kita bodoh pastu lembap pastu bersepah, dahlah muka kau bersepah sambil tunjuk kat bontot kita, babi.

Celaka eh kau.

OK sekarang ni nak list out misi hidup. Misi hidup untuk tahun 2011 adalah seperti berikut

1.Menjadi seseorang yang lebih fokus
OK, misi hidup utama tahun 2011 yang pertama rasanya macam nak gagal je. Walaupun mak kita pernah cakap bahawa hidup ni umpama beli spender dekat Tesco, you'll never know what you get, kadang-kadang spender warna merah huduh najis berat tu, lepas tu buka kotak tukar spender kaler hitam agar tampak maskulin bila pakai kelak. Namun dek kehendak sekililing rasanya nafsu serakah untuk berjayadalam hidup serba sedikit tergugat, paling najis apabila subject ni memerlukan pembacaan yang teliti serta pendengaran yang teliti tapi bila kita duduk komited nak belajar, mulalah terfikir pasal nak makan dekat mana, dah Clear history firefox ke? dekat mana phone? (waktu ni sangat kelam kabut sebab tak jumpa phone), bila dah jumpa rasa lapar, pergi cafe, beli air dengan wafel lepas tu jalan-jalan jumpa junior, terpaksa borak sebab mama kita kata kena sentiasa friendly dengan orang. Abis borak sedar-sedar dah pukul 12.30 pagi, kelas dah habis.

2. Menjadi lebih jujur dalam hidup
Mama kita selalu cakap, kalau nak orang hormat kita, kita kena jujur, kena luahkan ketidak puashatian sebab kalau simpan dalam hati bukan kemana pun, sebab perasaan bukan macam twitter, post indoor satu dunia boleh baca.  So tahun baru, aspirasi baru, jadilah saya seorang yang lebih jujur.

Ok sebab nak jadi jujur kena cakap pasal manusia yang gantung DSLR dekat leher diorang berjalan pergi pavilion. Memang sangat tak puas hati, sebab kesian dengan leher diorang. Setiap kali jumpa diorang dekat tepi jalan, rasa nak tegur je, nak cakap "Awak ni Supermanlah, boleh angkat kapal guna leher je?," OK dah gantung dekat leher tu takpe, sekali masuk TOPMAN, tengok buat photoshot diri sendiri dalam changing room. Aduh what de bro? gunalah je handphone camera ke, tak pun camera digital biasa tu, tak perlulah digandarnye segala haramjadah body kit dan segala kit semata mata nak amik gambar vain diri sendiri. Lepas tu bila tanya "Brother, siapa photographer that inspires you?" muka confident gila babs, dalam hati cakap budak ni memang tahu apa dia buat, sekali jawab "Noh, Hujan bang, sekali nampak dia ambil gambar dekat pavilion nampak stylo gila, tulah terus beli" rasa cam nak tampar je laju-laju.


3. Menjadi kurang annoying
Ini masalah dunia, semalam satu hari nyanyi lagu Rihanna Whats My Name, tak tau lyrics suka hati tambah lirik dekat kawan-kawan. Lepas tu muka diorang tension gila babi, tapi saya tahu suara saya merdu, so macam whateverlah, sebenarnya diorang tension dengan kesedapan suara saya, Jeleslah tu. (sila gelak walaupun fake). Yang pentingnya nak menjadi kurang annoying sebab kalau jadi annoying tak boleh jadi hakim sebab bila jadi hakim orang tengah bentang case, kita dok sibuk nyanyi karaoke lagu Elyana Main tarik Tali  dekat tempat hakim, lepas tu sibuk update facebook sambil garu pungkoq, memang berprestijlah saya jadi hakim.

4. Belajar pakai contact lens
 Bila nampak kawan-kawan tak payah pakai cermin mata terus jeles, tapi bila nak beli takut, sebab first sekali mata sangat sepet, dulu waktu zaman jahiliah kawan-kawan selalu marah saya bila bawa kereta sambil  gelak sebab diorang kata berbahaya, bila gelak mata tertutup, tak nampak. Ok korang betul-betul evil, lepas tu sebab kedua sebab tak ingat power mata, oleh sebab itu kena check up, dek takut doktor cakap saya juling memang takkanlah check mata. Ish.



Bila baca balik, rasa berkobar-kobar, terus nak bukak buku tenung sampai juling.

Bye.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done