Siapa kata lelaki tak perlu berbra Victoria Secret? - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Siapa kata lelaki tak perlu berbra Victoria Secret?

Bak kata pepatah, seperti melukut di tepi peti ais, begitulah kehidupanku. Dulu sebelum exam, punya  berkobar-kobar cakap nak badan yang cantik, lean tanpa perlu risau akan tarikan graviti menarik lelemak ke semua arah. Bila berkobar-kobar boleh siap, buka laptop, click webcam, lepas tu cakap dengan diri sendiri,

"Awak harus membantu diri sendiri agar badan secantik Alex Mcloughlin agar lebih tabah di masa hadapan, ingatlah pesanan Nouvelle Visage, Kejelitaan adalah hak milik setiap insan oleh itu haruslah kita berpoco-poco secara extreme agar mencapai tuntutan keluarga"
Seperti ini,

atau ini
Seperti biasa kelaut, bila mula exam mulalah bernafsu buaya, sambil buat muka setimpal, berkawad di tesco, dan tanpa segan silu meluru ke aisle biskut, dengan muka paling bernafsu memerhati setiap label, terutamanya Oreo; ingredients atau bahasa peranchisnya ingrédients. Lepas tu mulalah cakap sorang-sorang, kata hati,

"Ish, kata laman sesawang, gula boleh mengakibatkan masalah busung lemak, Elakkan mengambil gula berlebihan, lagipun diri cukup manis tanpa gula tiruaan (Ceh, kemain). Jijik dengan gula" 
(Sambil tangan  gigih mencampak 3 paket biskut Oreo kedalam bakal, menggunung bersama, 10 biji sushi, 3 paket twisties pelbagai perisa, Cadbury Hazelnut dan variasi Gummi bear)

What de bro? what de? Kini setelah  berhari-hari, badan sudah lali, dulu majalah Glam, August Man dan pelbagai website sebagai inspirasi, kini peti ais dua pintu jenama Panasonic menjadi inspirasi. Tapi berjanji di masa hadapan akan cuba kembali.

Berdoa dengan kental seperti ini,

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done