Mayat kejung kesukaan saya. - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Mayat kejung kesukaan saya.

First of all, saya sangat tak sabar menunggu the next season, Hedi Slimane kembali sebagai designer selepas bersara sebentar. He'll be joining the house of Yves Saint Laurent. Awesome. Kalau siapa yang tak tahu dia siapa, dialah perintis kepada size kosong dalam dunia fesyen.

During his heyday in Dior Homme, dia buat revolusi dari jantan gedang bersalut otot, kepada jantan bereyeliner kurus keding boleh selit belakang almari. Walaupun dia evil in that sense, tapi dia adalah nafas baru. Honestly aku tak suka design dia sangat, very the boring, sama kejung je. Muka model macam minta friskies. Tapi I'm excited tengok apa revolusi baru dia, kebarung moden seethrough ke? Oh god!


OK serious, tiada masa bernafas. Dah lama rasanya tak update. Bila orang tanya, "Gedang, bila mahu update aku perlukan hiburan." serious aku rasa aku macam Adibah Noor, semua nak gomol manja gelak tawa bersama.  I pun rindu you all! tapi sebab ada lapan juta benda kena buat, so kena berkorban masa berak, masa korek hidung dan masa berfesyen senonoh.

Sebelum masuk LL.B kemain semangat fikir nak pakai apa, bila dah minggu kedua, OK sorrylah jah tak kuasa aku nak bangun pukul 4 pagi, pilih baju, buka lookbook.nu, lepas tu camwhore depan webcam. Kalau boleh nak pakai jubah, tak pun pakai je selimut, senang tak payah fikir tetek labuh, perut terkeluar seluar. Tension!

By the way, minggu lepas, selepas dilantik ahli muzakarah sebagai interior designer firm, terus pergi Sunway Pyramid, Daisolah tempat paling senonoh mencari barang-barang paling comel dengan harga murah. Muka memang berminyak, badan bau kerbau, kaki gonjeng sebab kasut ketat sangat, pakai sandals. Tiba-tiba dapat sms,

"You kat sunway? is that you?"
Ikutkan hati nak je jawab, "taklah itu sekadar imaginasi awak, mungkin awak lalu depan kedai elektrik nampak peti ais, tu yang ingat saya". Tapi sebab sayang pada rakan-rakan blog saya, saya balas. Malu gila, dahlah tengah selekeh, lepas tu muka macam Cina Beijing, duduk memondan dekat Sunway Pyramid. Busuk. Seriously melalui blog tak semengah ni, I've met so many people, ada yang pandang aku cakap, you tak nampak macam almari tiga pintulah, you remind me of 7 sitter Alza. Memang celaka you all.

Anyway for fashion update, I don't actually have a time to duduk buka websites kegemaran seperti dulu, kini idea berpakaian hanyalah rakan sebelah kubikel, dan budak-budak di fakulti. Ku semangat, beria habis. People waste too much time trying to impress others, tapi akhirnya kini pasti berakhir di twitter dengan post seperti,

  • "Jantan tu pakai dress hitam hari ni, homaigod teringat Salem Suci Dalam Debu #Khunsaterbabas"
  • "Budak kubikel aku pakai handbag Vera Wang, aku hanya mampu Sungei Weng"
  • "Spender jiran kubikel aku warna pink lepas tu ada koyak-koyak #DonateSpender"
  • "Bau jiran sebelah kiri aku macam jering masak asam #JeringbyMarcJacob"
So how?

Oh yes, bila kawan tanya apa kau belajar dalam course kau, lantas jawab,
"Aku belajar tengok video mayat kejung kena gilis kereta, dan mayat dalam semak kena ikat dekat pokok kena sembelih, darah meleleh-leleh ke ladang gandum, it became Coco Crunch!"
 Mesti kena jeling juling, lepas tu jawab,
"Over! kau ingat kau siapa awan dania? nak drama gila babi!, kerja kau baca kes, bukan tengok mayat. Tu kerja Horatio kepala teleng dalam CSI!"
Malas aku nak layan, baik makan makanan kubikel sebelah.

P/S: I love people interacting with me, kalau rajin addlah aku kat twitter, kacau-kacau, tanya perut kau atas meja ke? OK? I miss you guys alot, now kawan firm dah fixed internet wireless dekat laptop ni, boleh aku update lima saat sekali, biar kau puas.

P/S: Ikmal sorry I balas msg you macam tu, phoen bengong hilang no phone. Serious phone aku macam phone zaman firaun, probably in near future akan balas guna asap je. Bila nak jawab  "And you?" auto correct jadi "Anal?" lepas tu kawan balas, "Masyallah bawa mengucap rizal, takkan aku pun kau nak tibai?" how? (smile)

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done