Word of the day : Kejung - WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

Word of the day : Kejung

Annoyingkan update dua kali sehari, konon-konon glamour, ramai peminat padahal ada lapan orang je yang baca, enam orang rakan firm, Azweena & Associates. Paksa dia orang refresh lapan juta kali, kalau tak aku menyanyi lagu Yayadan nyanyian Sharifah Aini encore, sampai keluar air mata darah.

Recently, someone texted me,
"Jejai/Jal/Jang/Meja belajar/kerusi urut Ogawa/Soda Bikabonat (sila pilih satu nama), "Kejung tu apa?"
Aku faham, kadang-kadang perkataan aku gunakan dalam blog ini, macam hilang pedoman hidup. Ada language sendiri. Oh god, kemain statement macam aku JR Tolkien.

So hari ni, post ringan-ringan ni, sempena kelas Bahasa Melayu untuk undang-undang yang aku terseksa hadapi setiap minggu, aku nak ajar penggunaan loghat homaiblog. So tak adalah aku akan jumpa penggunaan yang salah, pada waktu yang salah.

Word of the day

Kejung
Keh-jung
Definisi : Keadaan statik yang melampau, keras ya amat tanpa sebarang aspirasi diri, atau perasaan.

Penggunaan ayat :
  • Kakak muka kejung itu perlu ditapakkakikan serta merta agar beliau tidak lagi menggangu kesedaran sivik individu.
  • "rambut kejung engkau bukan sahaja mempunyai kualiti dawai, ia turut mempunyai tekstur berus sabut"
  • Sekejung-kejung bibir kak nita sarawak, kejung lagi rambut rafidah aziz.
  • Wanita bermuka jantan itu buka bukan sahaja a fashion disaster malah mempunyai rambut kejung ala kemarau panjang nyanyian Sharifah Zarina.
  • Muka sekejung umat manusia kau layak dikakikan.

Sekarang ni, aku ni Tutor TV ke apa? OK bye.

P/S:  Aku rasa sekejap lagi kawan-kawan aku akan kakikan aku sebab aku macam tertelan speaker masjid.

Share with your friends

Give us your opinion

Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done