WEDDING FLOWERS
News Update
Loading...

kubikel sexy #8

Hello gorgeous people.

Saya sedang tersangkut di kubikel aku, sendat dan padat. Meja ini sangatlah kecil, aku rasa kat bawah meja ni kaki aku boleh sentuh hujung meja, lepas tu kaki kejang terpaksa buat muka sexy walhal kaki kejung rasa semut.

By the way I'm supposed to puasa nazar sebab lulus exam hari tu, tapi lepas niat, berkobar-kobar cari kurma, bila sampai office terus kunyah biskut. OK puasa 7 hari akan di pecah selerakkan selama durasi 19 tahun. Matilah aku.


Lunch anyone?


Mayat kejung kesukaan saya.

Mayat kejung kesukaan saya.

First of all, saya sangat tak sabar menunggu the next season, Hedi Slimane kembali sebagai designer selepas bersara sebentar. He'll be joining the house of Yves Saint Laurent. Awesome. Kalau siapa yang tak tahu dia siapa, dialah perintis kepada size kosong dalam dunia fesyen.

During his heyday in Dior Homme, dia buat revolusi dari jantan gedang bersalut otot, kepada jantan bereyeliner kurus keding boleh selit belakang almari. Walaupun dia evil in that sense, tapi dia adalah nafas baru. Honestly aku tak suka design dia sangat, very the boring, sama kejung je. Muka model macam minta friskies. Tapi I'm excited tengok apa revolusi baru dia, kebarung moden seethrough ke? Oh god!


OK serious, tiada masa bernafas. Dah lama rasanya tak update. Bila orang tanya, "Gedang, bila mahu update aku perlukan hiburan." serious aku rasa aku macam Adibah Noor, semua nak gomol manja gelak tawa bersama.  I pun rindu you all! tapi sebab ada lapan juta benda kena buat, so kena berkorban masa berak, masa korek hidung dan masa berfesyen senonoh.

Sebelum masuk LL.B kemain semangat fikir nak pakai apa, bila dah minggu kedua, OK sorrylah jah tak kuasa aku nak bangun pukul 4 pagi, pilih baju, buka lookbook.nu, lepas tu camwhore depan webcam. Kalau boleh nak pakai jubah, tak pun pakai je selimut, senang tak payah fikir tetek labuh, perut terkeluar seluar. Tension!

By the way, minggu lepas, selepas dilantik ahli muzakarah sebagai interior designer firm, terus pergi Sunway Pyramid, Daisolah tempat paling senonoh mencari barang-barang paling comel dengan harga murah. Muka memang berminyak, badan bau kerbau, kaki gonjeng sebab kasut ketat sangat, pakai sandals. Tiba-tiba dapat sms,

"You kat sunway? is that you?"
Ikutkan hati nak je jawab, "taklah itu sekadar imaginasi awak, mungkin awak lalu depan kedai elektrik nampak peti ais, tu yang ingat saya". Tapi sebab sayang pada rakan-rakan blog saya, saya balas. Malu gila, dahlah tengah selekeh, lepas tu muka macam Cina Beijing, duduk memondan dekat Sunway Pyramid. Busuk. Seriously melalui blog tak semengah ni, I've met so many people, ada yang pandang aku cakap, you tak nampak macam almari tiga pintulah, you remind me of 7 sitter Alza. Memang celaka you all.

Anyway for fashion update, I don't actually have a time to duduk buka websites kegemaran seperti dulu, kini idea berpakaian hanyalah rakan sebelah kubikel, dan budak-budak di fakulti. Ku semangat, beria habis. People waste too much time trying to impress others, tapi akhirnya kini pasti berakhir di twitter dengan post seperti,

  • "Jantan tu pakai dress hitam hari ni, homaigod teringat Salem Suci Dalam Debu #Khunsaterbabas"
  • "Budak kubikel aku pakai handbag Vera Wang, aku hanya mampu Sungei Weng"
  • "Spender jiran kubikel aku warna pink lepas tu ada koyak-koyak #DonateSpender"
  • "Bau jiran sebelah kiri aku macam jering masak asam #JeringbyMarcJacob"
So how?

Oh yes, bila kawan tanya apa kau belajar dalam course kau, lantas jawab,
"Aku belajar tengok video mayat kejung kena gilis kereta, dan mayat dalam semak kena ikat dekat pokok kena sembelih, darah meleleh-leleh ke ladang gandum, it became Coco Crunch!"
 Mesti kena jeling juling, lepas tu jawab,
"Over! kau ingat kau siapa awan dania? nak drama gila babi!, kerja kau baca kes, bukan tengok mayat. Tu kerja Horatio kepala teleng dalam CSI!"
Malas aku nak layan, baik makan makanan kubikel sebelah.

P/S: I love people interacting with me, kalau rajin addlah aku kat twitter, kacau-kacau, tanya perut kau atas meja ke? OK? I miss you guys alot, now kawan firm dah fixed internet wireless dekat laptop ni, boleh aku update lima saat sekali, biar kau puas.

P/S: Ikmal sorry I balas msg you macam tu, phoen bengong hilang no phone. Serious phone aku macam phone zaman firaun, probably in near future akan balas guna asap je. Bila nak jawab  "And you?" auto correct jadi "Anal?" lepas tu kawan balas, "Masyallah bawa mengucap rizal, takkan aku pun kau nak tibai?" how? (smile)

neraka

Esok adalah hari paling besar dalam hidup aku. Bagi yang tak kenal aku, aku ditawarkan untuk program Sarjana Muda undang-undang, atas sikit dari degree yang aku graduate hari tu. Dengan degree yang baru ni, barulah aku boleh buat chambering lepas tu masuk court.

Berdebar kenapa? sebab aku kena pakai baju hitam putih setiap hari, bosannya. Kalau perempuan, untunglah boleh pakai baju kurung, kebaya, skirt, kemeja, everything under one roof, lelaki? hitam putihlah kau sampai mati, kalau kau pakai kebaya mahu kena panah petir, so kesimpulannya hidup akan menjadi kelam selama setahun.

One year, sartorialist style, I don't think it will be too bad. Aku pun bukannya kemas-kemas urban sangat, so suit for a year tak adalah menakutkan. Susah nak ikut trend suit ni, sebab the new urban style, its very body fitting and almost tersedak susu bila kancing butang.
imej dari thesartorialist

Aku suka yang selesa, tak membunuh, tapi ada gaya tersendiri. Sebenarnya teringin juga nak pakai yang body fitting ni, tapi disebabkan keadaan tubuh yag tidak mengizinkan, so kena postponed to a later date, bila badan haiyoh, ada bentuk.



nyum

Ekspedisi peti ais ke Sabah


Selamat pulang ke kehidupan masing-masing. First of all ini diberitahu kini aku adalah dugong terdampar, serius bila di Sabah dah perasan berat aku dipam-pam, tetek semakin bergelimpangan, perut pula not bad, tapi tak sangkalah makin padu macam menelan baking powder, bila balik dari Sabah, terus cuba skinny jeans kesayangan, memang ketat, lepas tu mama cakap,
"Yang kau pakai sarung nangka ni kenapa? dah sendat tu, terbonjol bontot kau tu. Ni seluar tahun bila ni? pergi pakai seluar lain"
Weh! seluar tu baru alter, sebab besar sangat, sekarang aku dah jadi nangka, sad. Whateverlah, aku nak start bergusti perut, secepat mungkin. Hari ni daftar pelajar dekat UiTM, sanggup tak buat medical checkup sebab gentar pada mesin penimbang yang dirasuk syaitan itu. Tah-tah nurse suruh aku timbang dekat kastam, sebab gemuk sangat. OK Bye!

Whatever pun, Sabah is a f awesome place, to be honest, aku ni macam dumb blond, kalau nak bercuti di kota metropolitan. Nak masuk hutan? aku beli poskad jelah. Bila sampai sana, Oh my god, aku terkejut, dahlah cantik, lepas tu orang dekat sana friendly habis, rasa macam nak menari "Aku stacy" dengan dia orang.


Weh, air dia hijau, cuba kau tengok Port Dickson, kau dapat kelabu-kelabu najis dengan serpihan-serpihan abu mayat. Lepas tu dekat bawah restoran ada bermacam ikan, siap ikan tuna. Kau mampu?

By the way, kerana jumlah gambar terlalu banyak, aku akan post part by part. Hanya gambar yang tidak menonjolkan kegemukan dan kegedangan aku akan di post. Ada gambar dekat Pulau Manukan. 
Hot!
Sabah I'm in Love

Sabah I'm in Love

Hello awesome people.

"Sekarang sedang berjimba di Sabah. Bila mula-mula dengar 4 hari akan berada di Sabah rasa macam lamanya. Hari ini hari kedua, baru balik Semporna, dan di Sandakan sekarang, menjamahketam-ketam saiz almari dua pintu atau Adibah Nor. Esok ke Kota Kinabalu. Cepatnya dah nak balik!"
Whateverpun, nak duduk Sabah lepas tu nak cakap "Boleh ba kalau ko, Stacy!"

 p/s : I have tonnes of pictures, dan akan update secepat mungkin, I love you all alot! tapi sekarang ketam-ketam, udang dan lobster sedang mengoda ku! I ternoda you all!

Lisa + Yusri = aku yang gemuk.

Aku masih geli tengok video Lisa Surihani dengan Yusri, bila Lisa Surihani cakap, "Apa itu cinta?" Kalau aku mesti muka merah padam, lepas tu jawab,
 "Cinta itu like seriously like homaigod like seriously C I N T A. tapikan, kalau Cinta itu size zero, badan skinny tanpa lelemak dan sepasang suit Thom Browne pun awesome juga."
I seriously don't believe in love, I don't know why maybe sebab tak pernah rasa in love, abang kandung aku cakap aku ni Aseks, so kira kalau aku nak anak aku buat pendebungaan lepas tu aku tiup-tiup sambil nyanyi lagu Amy Mastura, bintang berkelipan, lepas tu dengan magisnya ada anak.

Bukan masanya lagi kot, sebab kawan-kawan aku pun semua macam otak senteng macam aku, so kami tidak hidup untuk berkahwin, mungkin hidup untuk membesar dan tua dan duduk dekat kerusi malas sambil mengusap kucing bernama "Lilo" atau "comel" untuk unsur-unsur tradisional.

Apa-apa pun semoga perkahwinan anda berdua kekal sepanjang hayat, dan semoga cepat mendapat anak mata stim macam Yusri.

Ini kejadian malam semalam.


Lepas tu balik, depressed sebab makan macam ba alip ba bi. I tension you know, my lelemak ring at my perut tak pernah melimpah ruah dari seluar, now I can feel it. Esok pergi Sabah, makan macam lori sampah, lepas tu balik  jumpa Adibah Nor, minta jadi penari backup. 

xoxo

P/s : I wonder if vintage, princess like wedding means sambal tumis udang with paceri nenas. If so, Garden party would probably be terung sambal dengan ayam kunyit and desert semestinya kuih lompat tikam.  Air sirap selasih on the rock, atau virgin sirap bandung.

P/S : Rumors has it that Hedi Slimane is joining YSL dan Raf Simon akan ke mana tah? Cheras kot.

wedding

[australian native wedding][recentbylabel2]

Featured

[Featured][recentbylabel2]
Notification
Wondering what style of flower bouquets you'll choose for your big day?
Done